Tuesday, February 02, 2010

Jenama Az Zain pengeluar ayam kampung organik halal





Didik masyarakat guna produk halal

Perjuangan suami isteri usaha Al-Mumtaz bekal ayam kampung organik, makanan sejuk beku



PENGHIJRAHAN seorang doktor kepada penternak ayam kampung organik adalah tekad dan kesungguhan yang diperjuangkan Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja dalam memenuhi fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal kepada umat Islam.

Beliau dibantu isterinya, Dr
Mumtaz Abdul Razak yang turut
‘terpanggil’ untuk melepaskan jawatan apabila memikirkan tentang maruah dan status halal makanan tempatan yang sering mengelirukan pengguna Muslim.

Pasangan suami isteri itu
menubuhkan Mumtaz Meat and Marine Foods Sdn Bhd (Al- Mumtaz) sebagai syarikat membekalkan ayam kampung organik dan mengeluarkan makanan sejuk beku jenama Az Zain pada 2006.

“Saya begitu tersentuh
memikirkan tentang soal makanan yang kita masak setiap hari.

Adakah setiap apa yang masuk ke
mulut kita itu benar-benar halal dan bebas daripada kimia,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainol berkata, idea untuk
menubuhkan kedai berkonsepkan halal tercetus sejak 1990. Pada masa itu, beliau terlibat secara aktif dalam industri perkhidmatan dan penjualan produk makanan kesihatan antarabangsa di Dubai.

Zainol mempunyai banyak
berpengalaman dalam bidang formulasi dan farmakoterapi berkaitan makanan kesihatan tambahan, malah pernah menjadi salah seorang perunding pensijilan halal bagi sebuah syarikat makanan kesihatan.

Beliau mendapati kebanyakan
makanan sekarang hilang khasiatnya berikutan wujud benda asing seperti bahan kimia dan pengawet dalam makanan.

Beliau sebagai Pengarah Urusan Al-Mumtaz berkata, penubuhan syarikat melihat tanggungjawabnya mendidik masyarakat supaya menggunakan produk halal.

“Konsep halal dan
toyibban yang diamalkan beliau sekali gus memberi
kesedaran mengenai kepentingan makanan halal kepada masyarakat Islam.

“Atas rasa
tanggungjawab sesama Muslim, produk seperti ini
sepatutnya diketengahkan kerana makanan jika diambil dari sumber yang
haram boleh mempengaruhi hati dan jiwa seseorang,” katanya.

Membuka
lembaran baru tahun 2010, Al-Mumtaz melalui jenama Az-Zain mensasarkan 400 pengedar baru di seluruh negara bagi memenuhi permintaan dan setakat ini, terdapat 100 pengedar.

Zainol berkata, lebih ramai
pengedar diperlukan kerana jenama tersebut bukan sahaja dikenali, malah diyakini kerana cara pemprosesannya adalah seratus peratus halal.

Menurutnya, produk itu turut
menjadi pilihan bangsa lain dan bakal dieksport ke Thailand, Indonesia dan Singapura padatahun depan.

“Produk halal bukan sahaja
memfokuskan soal hukum, tetapi menitikberatkan soal kualiti pemprosesannya yang bersih dan selamat daripada bahan kimia,” katanya.

Menyingkap penglibatan awal dalam bidang penternakan, beliau
berkata, perniagaan bermula pada 2006 menggunakan modal sendiri dengan membuka kawasan ladang ternakan seluas 0.8 hektar.

Terletak di Sungai Lui, Hulu
Langat, ladang berkenaan menumpukan aktiviti pengimportan ayam dan pada masa itu menempatkan 40,000 ayam.

Projek
ternakannya berkembang dan
pada 2008, beberapa ladang baru dibuka di Kulai, Segamat, Pekan Nenas dan Kluang bagi menampung 60,000 ayam.

Ayam kampung diternak secara
organik menggunakan sumber herba kaya dengan anti oksida dan dibiarkan bebas bagi menghasilkan daging berprotein tinggi.

Menurutnya, amalan
pemakananan organik membantu ayam ternakan mendapat
makanan berkhasiat dan bebas daripada unsur kimia.

Melihat pasaran ayam
ternakannya meningkat setiap tahun, Zainol mengambil
keputusan untuk meneroka pasaran makanan sejuk beku berasaskan daging, ayam dan puyuh.

Bermula pertengahan 2007,
jenama Az Zain memasuki pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang yang tertumpu di Seksyen 17 Shah Alam, Subang Jaya, Subang Perdana, Bukit Indah, Ampang dan
seterusnya ke Johor Bahru.

Kini produk sejuk beku
keluarannya mencecah 200 jenis meliputi nuget ayam, daging dan puyuh.

Kembang bisnes secara
francais

Berdasarkan sambutan
memberangsangkan, Zainol menambah pelaburan kepada RM4 juta pada awal 2009 bagi membeli mesin penyembelihan dan pemprosesan makanan.

“Aktiviti dan tahap pemprosesan ayam kini meningkat kepada 30,000 ekor sehari berbanding kaedah manual sebelum ini yang hanya
memproses 5,000 sehari,” katanya.

Beliau kemudiannya
mengembangkan perniagaannya
secara francais yang dibangunkan pada awak tahun ini.

Setakat ini, terdapat lima kedai
beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor menggunakan nama Zainol Halal Organic Chicken.

Sistem francaisnya terbahagi
kepada dua iaitu kedai menjual ayam siap diproses dan perusahaan ladang ternakan ayam.

“Saya mensasarkan untuk
membuka antara 40 hingga 50 cawangan baru tahun depan, masih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Setiap cawangan
membabitkan peruntukan antara RM60,000 hingga RM70,000 dan akan mempunyai dua fungsi utama,” katanya.

Dua konsep tersebut meliputi
jualan ayam kampung organik yang sudah siap diproses pada waktu pagi dan bertukar konsep kepada restoran pada malam yang menjual makanan berasaskan ayam dan jenama Az-Zain.

Selain itu, pelan francais kedua
memerlukan usahawan boleh melabur antara RM70,000 hingga RM80,000 untuk membuka ladang ternakan berkeluasan dua hektar.

Masih ada kurang prihatin


Menurutnya, Al-Mumtaz akan
menyediakan 5,000 anak ayam untuk diternak francaisi berdasarkan formula yang diberikan syarikat.

“Anak ayam itu akan dibesarkan
selama 90 hari dan selepas tempoh matang, kami akan membeli semula ayam berkenaan.

“Dengan kaedah ini, ia
memudahkan usahawan mendapat pulangan lebih cepat selepas enam bulan beroperasi,” kata Zainol.

Francaisi juga boleh
mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar di ladangnya yang bertindak sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sebagai francaisor, beliau
berkata, Al-Mumtaz bukan sahaja mengembangkan produk tetapi mahu menjadi perintis sebagai pengusaha makanan produk halal.

“Ia juga patut dikembangkan
bukan sekadar satu bentuk perniagaan, namun sebaliknya sebagai tuntutan fardu kifayahdalam membantu masyarakat memperoleh makanan halal,” katanya.

Mengenai perniagaan, sebagai
usahawan, beliau juga tidak lari dari dibelenggu masalah dan cabaran.

Antaranya apabila membabitkan
usahanya untuk mendidik masyarakat terutama penggun Muslim supaya mereka sedar dan berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Beliau berpendapat, masyarakat
Muslim sekarang kurang prihatin, bahkan ada yang langsung tidak berminat dengan produk seperti ini sedangkan inilah cara pemakanan yang betul,” katanya.

“Umat Islam sekarang lebih
senang memilih produk jenama asing berbanding jenama tempatan kerana terpengaruh dengan iklan tanpa memikirkan khasiat barangan tersebut.

“Walaupun ramai memandang
saya sebagai peniaga, tetapi jauh di
sudut hati, saya sebenarnya mahu mendidik masyarakat supaya menggunakan produk halal demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru

Makanan Warisan ke persadan dunia
Nasi Lemak Antarabangsa terus gah, jadi perintis generasi akan datang




MALAYSIA bukan sahaja kaya dengan budaya dan keramahan rakyat, bahkan makanannya sebagai hidangan tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Seperti nasi lemak, ia antara
makanan bercirikan Malaysia mendapat tempat di hati rakyat tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam.

Malah, nasi lemak kini
diumumkan sebagai Warisan Kebangsaaan 2009 apabila disenaraikan antara 100 jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika ia
boleh didapati di mana-mana, dari gerai jalanan, restoran hingga hotel, malah dihidangkan kepada penumpang dalam pesawat.

Namun, siapa sangka
perniagaan nasi lemak milik seorang usahawan hanya bermula daripada gerai kecil di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru kini bakal melebarkan sayap ke luar negara.

Begitulah perkembangan perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru (NLA) yang dibangunkan sejak 1973 oleh Pengasasnya, Normi Tandoh.

Jenama NLA bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat setempat, tetapi turut berkembang dengan cawangan baru di Sabah menjelang Disember ini.

Walaupun terdapat perubahan
masa dan kepantasan teknologi sejak 35 tahun berniaga, namun rasa dan kualiti nasi lemak itu masih sama.

Normi berkata, ketika itu
beliau tidak menyimpan sebarang hasrat untuk Makanan warisan ke persada dunia Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru terus gah jadi perintis generasi akan datang mengkomersialkan perniagaan nasi lemaknya seperti yang dilihat hari ini.

“Dulu, ia dilakukan secara
kecil-kecilan sahaja, makcik dibantu oleh beberapa anak dan hanya beberapa segantang beras sahaja dimasak,” katanya.

Transformasi gerai kecil Ketika itu perniagaan bermula seawal 6.30 pagi dengan membuka gerai di tepi jalan, depan rumahnya di Kampung baru, Kuala Lumpur.

“Makcik terpaksa buka awal sebab kebanyakan pelanggan bekerja di pejabat, jadi mereka akan singgah dan membeli untuk kawan-kawan sekali,” katanya.

Permintaan terhadap nasi lemak Normi semakin meningkat menyebabkan beliau menambah beras kepada lima kilogram sehari.

Bermula awal 1980, Normi
menggandakan kepada 50 kilogram beras sehari untuk kapasiti lebih banyak apabila nasi lemaknya mula mencipta nama.

“Ketika itu, nasi lemak mula
menambat hati pelanggan bukan Melayu dan terfi kir untuk menyediakan warung bagi membolehkan pelanggan menjamu selera.

“Operasi perniagaaan juga diubah kepada dari jam 6 petang hingga 10 malam dan membuka semula awal pagi hingga jam 11 pagi,” katanya.

Perubahan waktu perniagaan dan konsep warung itu menjadi titik tolak kepada penubuhan pertama restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru.

Dengan pelaburan berjumlah
RM1.5 juta, cawangan berkonsepkan kafe pertama dibuka di Danau Kota, Kuala Lumpur pada Disember 2008.

Konsep perniagaan itu terus
berkembang di Lembah Klang dan kini baru membuka cawangan baru di Dataran Pahlawan Melaka.

“Makcik lihat sudah sampai
masanya nasi lemak yang diusahakan itu dinaik taraf seiring usianya yang menjadi sajian pelbagai kaum, agama dan keturunan.

“Secara ringkas, usaha ini dilihat sebagai sokongan kepada konsep Satu Malaysia (1Malaysia),” kata Normi.

Menurutnya, beliau amat
terharu berdasarkan apa yang diusahakan sehingga kini kerana keluarga banyak memberi dorongan.

Bakal lebar sayap ke UK
Perniagaan NLA kini diuruskan menantunya, Abdul Halim Jamaluddin sebagai Pengarah di bawah pengurusan Syarikat Shaha Corporation Sdn Bhd.

Nasi Lemak Antarabangsa
Kampung Baru menggunakan dua konsep perniagaan iaitu warung dan restoran kafe. Bagi konsep warung, ia boleh didapati di Kampung Baru, dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Konsep kafe pula mempunyai
10 cawangan seperti di Ampang Point, Ampang Park, Taman Melati, Bangsar, AEON AU2 Setiawangsa dan Kota Damansara.

Setiap cawangan
membabitkan pelaburan antara RM450,000 hingga RM1 juta bergantung kepada lokasi, kos pengubahsuaian dan keluasan.

Abdul Halim berkata, perniagaan yang diusahakan bersama keluarga mertuanya tetap kukuh kerana beliau sendiri mempunyai wawasan tinggi untuk NLA.

Beliau bukan sahaja ingin
melihat NLA membarisi restoran terkemuka lain, namun turut berhasrat untuk memartabatkan nasi lemak ke persada dunia.

“Kebanjiran jenama asing
menyebabkan ia perlu dipromosikan lebih agresif kepada masyarakat luar, malah segelintirnya pernah menikmati nasi lemak apabila mereka berkunjung ke Malaysia,” katanya.

Langkah itu adalah peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan ke Indonesia, Singapura dan United Kingdom (UK) menjelang suku ketiga 2010.

“Mengenai pasaran tempatan, terdapat rancangan untuk membuka 15 cawangan di seluruh negara hingga 2011,” kata Abdul Halim.

Bukan mudah cipta nama Permintaan semakin meningkat menyebabkan NLA kini dalam proses untuk mengembangkan perniagaan melalui francais.

Rancangan itu masih dalam
peringkat keempat proses penilaian bagi kelulusan lesen oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Abdul Halim berkata, walaupun francais akan diwujudkan tidak lama lagi, konsep warung dan restoran kafe tetap mempunyai daya tarikan tersendiri.

“Konsep warung seperti di Kampung Baru akan dikekalkan sebagai mercu tanda kejayaan dan mengingati segala kesusahan dan cabaran sejak berniaga.

“Francais tidak akan
menjejaskan kedai sedia ada, malah ia dilihat sebagai jentera mengembangkan perniagaan NLA lebih meluas,” katanya.

Tidak
kira apa jua bentuk dan konsep perniagaan yang diusahakan, beliau akan memastikan jaminan kualiti produk.

Jika pelancong merasa sambal
nasi lemak NLA di Malaysia, maka rasa yang sama akan dinikmati apabila menembusi pasaran luar.

Walaupun jenama sudah
dikenali, namun Abdul Halim berkata, perniagaan NLA juga tidak terlepas berdepan dengan masalah.

Antara masalah adalah menghasilkan produk terbaik bagi mencapai standard dan piawaian yang ditetapkan terutama keasliannya.

"Apa yang lebih penting adalah penerimaan pelanggan berterusan," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk mencipta nama dan tidak susah juga menjadi terbaik, tetapi beliau yakin semuanya akan tercapai dengan usaha berganda.

Jika dinilai, perkembangan
sekarang baru sahaja mencecah dua peratus dan masih ada 98 peratus lagi usaha perlu dicapai.

“Masih terdapat kekurangan, namun saya akan terus berusaha bagi memastikan Nasi lemak Antarabangsa Kampung Baru disenaraikan pada papan ketiga Bursa Saham lima tahun akan datang.

Itu wawasan saya.


“Seperti juga lambang daun kelapa pada logo NLA, tiga daun itu melambangkan tiga generasi. Saya berharap perniagaan ini akan diusahakan bersama keluarga dan menjadi perintis kepada generasi akan datang,” katanya.

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru turut menambat hati pelanggan bukan Melayu termasuk pelancong asing.