Monday, July 05, 2010

aksi anakku.. Nana

Aksi2 si Manja ku yg semakin hari semakin membesar... telatahnya.. amboi... semua dia nk tunjuk pandai.. tgok la gmbr2.. cara dia main.. tunjuk kepakaran dia...






Ha.. ha.. penat main.. tertido...

Maira Trading


Tingkat pemasaran menerusi pengedar dan stokis

Maira Trading terus kukuhkan jenama dalam negara


Dibina menggunakan modal perkongsian sebanyak RM15,000 seorang, dua wanita berjaya ini memberi aliran baru kepada cita rasa fesyen tudung wanita muslimah masa kini.


Pengurus juga merangkap pemiliknya, Noraini A Rani dan Jama’ayah Che Ros masing-masing komited menyasarkan jualan mencecah RM1 juta hingga hujung tahun ini.


Menurut Noraini, sasaran itu bukan suatu yang mustahil memandangkan setiap bulan jualan tudungnya mencecah RM130,000.


“Fokus utama yang sedang kami gerakkan adalah pelan pemasaran, pengenalan produk baru, penambahan stokis dan pengedar,”katanya ketika ditemu ramah Sinar Harian di premis Maira Trading Resources, Apartment Sri Tanjung, Jalan USJ 16/7, Subang Jaya, Selangor.


Maira Trading Resources adalah syarikat yang bertindak sebagai pengeluar dan pemasar pakaian dan tudung muslimah jenama Maira Collection.


Maira adalah gabungan dua pemilik syarikat yang mula beroperasi awal 2009 mendapat sambutan luar jangkaan kedua-dua pemiliknya.


“Jualan kami berada pada tahap yang begitu memberangsangkan kerana keluaran sulung kami, sebanyak 500 helai tudung, berjaya dijual dalam masa satu bulan,”kata Noraini yang mesra di sapa Aini.


Katanya, jualan stokis juga turut mendapat sambutan kerana kebanyakan mereka berjaya menjual 400 helai dalam tempoh seminggu.


Noraini berkata, Maira menjadi jenama terkenal kerana 50 peratus pelanggan menggunakan internet sebagai medan membuat pesanan.


“Walaupun jenama kami kurang menyerlah di media, tetapi tetap popular dikalangan pengguna dalam talian (online),”katanya yang akan memperuntukkan RM10,000 sepanjang tahun ini untuk ruang pengiklanan dan promosi melalui pelbagai saluran media.


Bercerita mengenai keunikan Maira, beliau berkata, setiap corak yang dikeluarkan adalah eksklusif dengan 40 corak untuk setiap keluaran dan hanya 20 keluaran untuk corak terhad.


Selain corak, Maira menjadi pilihan kerana bahan yang digunakan untuk membuat ‘awning’ adalah berasaskan ‘raw silk’ berlainan daripada jenama yang sering menggunakan ‘Thai Silk’.


“Kami membawa masuk bahan daripada Korea dan dianggarkan bernilai RM100,000 untuk satu kontena setiap bulan,” katanya yang turut menjadi pengeluar kepada lima jenama lain.


Bagi mengukuhkan lagi pasaran dan jenama, Maira akan memperkenalkan baju kurung bermanik serta ‘inner skirt’ sebagai produk baru sempena sambutan hari raya.


“Dengan adanya dua produk baru itu, kami bakal menjadi tempat tumpuan wanita dalam mencari dan memilih pakaian,”katanya.


Menurut Noraini, perkembangan jenama Maira adalah sangat agresif dan pasarannya berkembang bersama stokis dan pengedar.


“Setiap negeri di seluruh negara kini mempunyai pengedar dan stokis dan kami masih mengalu-alukan penyertaan mereka menjadi sebahagian daripada pemasaran kami,”katanya.


Katanya, individu yang berminat menjadi stokis memerlukan modal awal RM20,000 dan dibekalkan dengan 1,000 tudung, manakala RM600 untuk menjadi stokis dengan 20 helai pelbagai corak.


“Mereka yang menjadi pengedar dan stokis boleh membuat tukaran corak sekiranya tidak mendapat sambutan, dan kami akan membantu dari sudut promosi,”kata Noraini.


Beliau berkata, medan pemasaran Maira kini meliputi Brunei dan Singapura selain merancang ke United Kingdom dan England tidak lama lagi.


Noraini berkata, individu dari utara dan Johor yang berminat untuk menjadi pengedar dan stokis amatlah dialu-alukan.


Menurutnya, beliau akan terus mengekalkan konsep pengedar dan stokis tetapi berhasrat membuka butik pameran suatu hari nanti.


“Kami akan membuka satu butik pameran untuk memudahkan pemborong datang memilih, dan perniagaan ini tidak akan dikembangkan secara cawangan,”katanya apabila ditanya tentang perancangan penubuhan cawangan.


Menurutnya, Maira mempunyai visi yang lebih kepada jualan secara borong berbanding runcit.

Katanya, sebagai usahawan beliau memandang perniagaan ini satu perkara yang begitu menarik dan kejayaan itu ingin dikongsi bersama wanita lain.


“Tudung dan pakaian adalah bahan yang begitu sinonim dengan wanita, jadi peluang untuk berjaya dalam perniagaan adalah begitu cerah,”katanya yang turut menceburkan diri dalam bidang kecantikan.


Individu berminat untuk menjadi stokis dan pengedar boleh menghubungi Noraini 6012-2504236 atau Maya +6012-5707859. Email, maira_trading@yahoo.com juga kunjungi ibu pejabatnya di Subang Jaya.


INFO:

  • Noraini, 42, adalah graduan lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan, bukan sahaja berpengalaman dalam bidang perniagaan, tetapi mempunyai lebih 30 tahun pengalaman menguruskan salon kecantikan.
  • Wanita ini berasal dari Pahang dan kejayaannya turut disokong keluarga dan tiga anak-anaknya.
  • Rakan kongsi dan kawan karibnya Maya pula berusia, 39, dan lebih 11 tahun terlibat dengan perniagaan.
  • Maya juga mempunyai syarikat sendiri dan menjadi ibu kepada lima cahaya mata yang berusia sembilan hingga 16 tahun.
  • Maira Trading adalah milik seratus peratus bumiputera.
  • Maira pengimport fabrik dari pelbagai negara seperti Korea, China, Dubai dan Thailand.
  • Semua fabrik yang dipilih bermutu tinggi kualiti serta rekaan terkini.
  • Dengan tenaga kerja yang berpengalaman Maira berupaya menghasilkan minimum 200 helai tudung sehari.
  • Kualiti jahitan di kawal sendiri oleh Noraini dan Maya.
  • Selain tudung, Maira turut memasarkan patung, baju kurung manik, sanggul arab dan penyangkut pakaian.

Tingkat pemasaran menerusi pengedar dan stokis



Maira Trading terus kukuhkan jenama dalam negara