Thursday, June 30, 2011

2 hari 3 mlm akan berada d bentong utk kursus team building...

antara latihan dan cabaran yg kami jalani semasa kursus team building...


berkawad dengan sesuka hati...



melalui titi ... seramm... gayat jgok



bab2 bercakap.. serah pada saya... he.. he.. gerenti



selamatkan mangsa cedera dan bawa turun ke tanah lapang dari atas bukit...




tunggu giliran untuk main paintball... kena 1 peluru.. lebam... biruuuuuu


senaman di pagi hari....bakor lemakkkk


halangan demi halangan.. gayat ...

pembentangan projek kumpulan.. kami kumpulan bersih ...

inilah ahli kumpulan bersih .. 1 suara 1 azam 1 matlamat 1 sinar


yo.. yo!!!!!



2 hari 3 mlm akan berada d bentong utk kursus team building....


mula2 sampai.. sesi suai kenal

kerja dlm kumpulan

menyanyi...



Wednesday, June 29, 2011

Jualan model Vios dijangka cecah 30,000 tahun ini



Kumpulan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) menyasarkan jualan model Vios akan mencecah 30,000 pada keseluruhan tahun ini.

Presidennya, Ismet Suki berkata, Toyota Vios muncul sebagai kenderaan paling laris bagi katogeri kenderaan bukan nasional dengan purata jualan 3,000 setiap bulan.

Menurutnya sejak diperkenalkan pada 2003, hampir 200,000 unit Toyota Vios telah dijual di Malaysia. Pada 2010, kenderaan itu telah merekodkan kenaikan 15 peratus daripada 33,700 unit pada 2009.

“Toyota Vios mendapat sambutan menggalakkan kerana memberi lebih nilai wang, menawarkan penggunaan bahan api yang berekonomi, bergaya dan berprestasi baik,”katanya selepas melancarkan variasi Vios 1.5G edisi terhad baru di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berkata, pengenalan Toyota Vios baru menunjukkan komitmen Toyota dalam memenuhi keperluan pelanggan di samping mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar kenderaan bukan nasional paling popular di negara ini.

Vios baru ini dijual pada harga RM89,000 dan didatangkan dengan tempoh jaminan pengeluar selama tiga tahun. Sejak tawaran dibuka 23 Mei lalu tempahan diterima telah mencecah 2,000 unit.

Ismet berkata, Vios bukan sahaja popular di Malaysia tetapi mendapat sambutan di lebih 16 negara lain seluruh dunia. Di Malaysia, pengeluaran model Vios secara keseluruhan adalah 33,000 daripada 94,000 pengeluaran keseluruhan kenderaan Toyota.

“Tahun ini kami berhasrat untuk mengeluarkan 94,000 unit kerana berkeyakinan penuh dengan kemampuan berdasarkan 90,000 pencapaian pengeluaran tahun lalu,”katanya.

Saturday, June 25, 2011

cubalahhh

WhatsApp Messenger: Android + iPhone + Nokia + BlackBerry
Published with Blogger-droid v1.6.9

biskut kudapan sedap

Published with Blogger-droid v1.6.9

cerita prodiluk kita @sinar harian

Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, June 22, 2011

celoteh che wan dlm mmm... sedapnyer ayamas




kali ni pengambaran di Sepanyol... resipi baru n sedaappp
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, June 20, 2011

Semua produk ayam brand adalah halal




Ayam Brand, jenama barangan makanan terkenal seisi keluarga, seperti sardin dan tuna di dalam tin, disahkan selamat dan dijamin halal kerana dipantau dan diiktiraf oleh badan persijilan sedunia (HACCP, ISO 9001, JAKIM dan EU).

Pada sidang media bertarikh 14hb Jun 2011 lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan penarikan semula tiga jenama yang mengeluarkan produk makanan khinzir salai daripada pasaran. Salah satu daripada produk tersebut dikenali sebagai `Cap Ayam’, yang memaparkan logo ayam bertinju.

Ayam Brand menegaskan bahawa, penarikan jenama itu tiada sebarang kaitan dengan produk tersebut dan Ayam Brand tidak mengeluarkan produk khinzir salai.

“Ayam Brand hanya mengeluarkan dan memasarkan produk yang dijamin halal dan semua produk kami mempunyai sijil halal yang diperakui sah. Tiada satu pun produk keluaran syarikat Ayam Brand yang diarahkan ditarik balik daripada pasaran,”katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila lawati laman ayambrand.com.my, atau facebook `Ayam Brand™ – a world of recipe’ atau hubungi kami di talian 03 5191 1069.

Habib Jewels

Published with Blogger-droid v1.6.9

Habib Jewels

Published with Blogger-droid v1.6.9

Twisties perbanyakkan pertandingan dan promosi

Ingin kekal sebagai jenama paling digemari sejak 30 tahun lalu


Makanan ringan paling digemari, snek jagung berperisa keluaran Kraf Foods Malaysia sejak 30 tahun lalu, Twisties akan menganjurkan lebih banyak promosi dan pertandingan yang melibatkan pengguna selaras rangka promosi dan mendahului jenama lain dalam pasaran makanan ringan.

Pengarah Pemasarannya, Jason Chin berkata, Twisties telah menganjurkan beberapa acara dan pertandingan yang melibatkan pelbagai peringkat umur dan terbaharu menyediakan Volkswagen Polo sebagai hadiah utama kepada juara peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) Twisties Mata Mania yang berlangsung bermula 1 April 2011 hingga 27 Mei lalu.



Menurutnya, sambutan untuk peraduan itu sungguh menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 200,000 penyertaan SMS pelbagai golongan yang telah menikmati snek Twisties “irretwistiesble” yang berpeluang memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama, sebuah Volkswagen Polo merah.

“Dengan adanya pertandingan seperti ini kami secara tidak langsung dapat mengetahui bahawa Twisties memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan di nikmati oleh semua lapisan golongan dan pertandingan ini meneruskan lagi legasi kemahsyuran jenama ini berbanding makanan ringan yang lain,”katanya ketika menyerahkan kunci kepada pemenang utama peraduan SMS Twisties Mata Mania, Tam Choong Liang dari Damansara.



Sebagai pemenang, Tam berkata, beliau telah menghantar 4508 SMS untuk menyingkirkan saingan sekaligus membawa tuah kepada dirinya yang pertama kami menyertai penyertaan seperti ini.



Selain Twisties, jenama snek yang juga mendapat sambutan hangat keluaran Kraf adalah Cheezels. Jenama keluaran kraft untuk produk segmen ini juga muncul sebagai jenama ikon yang telah menjana pendapatan tahunan sehingga $1 billion.

Saturday, June 18, 2011

Thursday, June 16, 2011

Lisa Surihani duta Sofy

Cantik, pintar dan berbakat.... sesuai untuk semua jenis acara.. itulah Lisa Surihani ... Kini dilantik pula selama setahun sebagai duta Sofy...




Pelancaran permainan di laman sosial FB ... layannnn... best jgk game ni .... di bawah ni pk.. rupe org kuat Sofy.. Mr Toru.... Produk ni dr Jepun dan setakat ini pilihan terbaekkkk... secara peribadi... produk ini unik kerana ukuran pjg sehingga 35 cm.. selesa utk aliran bnyk dan utk 1 mlm... saya pengguna setia produk nie...




Sofy jenama nombor 1 di Indonesia... kt Malaysia belum lagi dan sedang mengukuhkan strategi...lain2 tempat seperti Taiwan, Korea n China, produk ini ditangga teratas...

Modenas perkenal motosikal elektrik


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) berhasrat menjual 500 unit motosikal elektrik (Modenas CTric) berteknologi hijau setiap bulan bagi pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ismail berkata, motosikal elektrik itu adalah yang pertama di Malaysia yang teleh lulus kedua-dua piawaian Piawaian dan Penyelidikan Perindstrian Malaysia (Sirim) MS2413 dan ujian piawaian Japan Industries Standard (JIS).

Menurutnya, motosikal berelektrik itu bakal dipasarkan di Iran hujung bulan ini dan bakal meneroka beberapa pasaran Asia lain seperti Korea, Vietnam, dan Eropah seperti Greece dan Poland.

“Sebagai permulaan sebanyak 100 unit akan dihantar ke Iran dan kami juga sedang merancang untuk memasarkan 200 unit kenderaan ini setiap bulan ke sana bergantung kepada permintaan dan kapasiti terbaru yang dijangka mampu mengeluarkan lebih 250 unit setiap hari,”katanya selepas hadir pada majlis pelancaran yang telah di sempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, 80 peratus daripada komponen kenderaan itu adalah keluaran tempatan dan segala proses penyelidikan dan pembangunan seratus peratus dikendalikan rakyat tempatan.

Katanya, motosikal yang berkuasa penuh elektrik itu dilengkapi dengan lima unit bateri 12v/20A berasaskan teknologi nano yang boleh dikitar semula sehingga 500 kitaran dan mempunyai nilai beli semula yang boleh didapati dengan harga RM800.

Motosikal ini berupaya mencapai jarak 60 kilometer setiap cas penuh dan berkemampuan mencapai hala laju sehingga 70km sejam dan boleh bergerak dalam radius 30 hingga 50 km sehari. CTric didatangkan dengan dua warna pilihan hijau dan jingga dengan harga RM4,888 termasuk cukai jalan dan insurans yang disasarkan untuk kegunaan golongan muda dan mereka yang prihatin dengan alam sekitar.