Wednesday, July 27, 2011

Colgate anjur kempen bantu anak yatim



Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate), jenama penjagaan mulut terkemuka meneruskan tradisi menderma sempena kedatangan Ramadan dengan mengadakan kempen Mari Beramal Bersama Colgate untuk kali keempat dan berhasrat mengumpul RM150,000 untuk disalurkan kepada 15 rumah anak yatim seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusannya, Issam Bachaalani, berkata, program seperti itu bukan sahaja telah mengukuhkan lagi jenama Colgate-Palmolive sebagai barang keperluan harian kegunaan ramai tetapi sama-sama membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban.

“Colgate berhasrat untuk meningkatkan lagi sasaran sumbangan pada tahun ini kerana percaya kepada perubahan yang mampu dicapai menerusi sumbangan tesebut kepada kehidupan kanak-kanak berkenaan. Sasaran pada tahun ini mungkin agak mencabar, namun kami yakin akan dapat mencapainya memandangkan sifat pemurah rakyat Malaysia,”katanya.

Pelancaran kempen itu telah dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh a/l Hardev Singh, dan Pengarah Pembangunan Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Wan Noraidah Wan Mohd. Zain, yang telah dihadiri hampir 300 orang kanak-kanak dan wakil dari rumah-rumah kebajikan seluruh negara.

Menurutnya, kempen itu adalah salah satu cara Colgate menyumbang kembali kepada komuniti menerusi bantuan untuk memperbaiki kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Dengan hanya membeli ubat gigi yang merupakan barangan keperluan harian pengguna secara tidak langsung menderma terus kepada golongan yang memerlukan,”katanya.



Colgate berjaya mengutip sebanyak RM386,000 melalui tiga kempen yang diadakan sejak tahun 2008.

Sepanjang kempen tahun lepas Colgate telah berjaya mengumpul RM200,000, melebihi sasaran asal RM120,000 untuk didermakan kepada 12 rumah anak yatim. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Kempen ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ akan berlangsung mulai 1 Ogos 2011 hingga 30 September 2011. Setiap pembelian pek amal itu, RM0.10 daripada pek tunggal atau RM0.20 bagi pek berkembar akan disumbangkan kepada rumah anak yatim terpilih.

Optimis koleksi baru sumbang lebih 40 peratus

Guna teknologi bio mechanics beri keselesaan kaki



Berazam meningkatkan kesihatan, keselesaan, dan kesejahteraan masyarakat melalui kaki, jenama kasut terkemuka dunia, Scholl optimis koleksi 2011, mampu menyumbang 40 hingga 60 peratus ke atas keseluruhan jualan tahun ini.



Pengarah Urusan Reckitt Malaysia, Veronika Rost, berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu kerana koleksi Scholl 2011 menawarkan lebih 100 pilihan untuk lelaki dan wanita dengan pelbagai gaya dan warna menggunakan teknologi bio mechanics yang memberi kelainan tanpa mendatangkan kesakitan pada kaki walaupun terlalu lama berdiri mahupun penggunaan yang kerap.

Menurutnya, koleksi itu juga mempunyai potensi jualan yang besar kerana bakal menjadi pilihan pengguna menjelang sambutan hari raya nanti.



"Koleksi Scholl 2011 terdiri daripada kasut untuk bersantai, acara rasmi, kasual lelaki dan wanita, bersukan meliputi jenis selipar bersarung, dan sandal.



"Dalam setiap rekaan, fokus utama kami adalah untuk menyerlahkan gaya bagi memenuhi citarasa selain membangkitkan keyakinan kepada pemakai tanpa mengabaikan aspek keselesaan kaki,”katanya selepas melancarkan koleksi 2011 sempena Karnival Scholl di pusat membeli belah Sunway Piramid bermula 25 hingga 28 Julai 2011.



Katanya, walaupun saiz pasaran jenama ini masih kecil tetapi dari segi penguasaan pasaran kasut jenis mementingkan keselesaan, Scholl jenama teratas dan syarikat berazam untuk terus mengekalkan kedudukan jenama ini kerana ia mempunyai kelompok pengguna setia tersendiri.



"Kami berpegang teguh pada prinsip pengasas Scholl iaitu Dr William Mathias Scholl, bahawa penjagaan kaki yang baik adalah asas kepada keseluruhan tubuh badan, jadi penjagaan yang sempurna akan memberi lebih kebaikan kepada struktur badan,”katanya.

Scholl adalah jenama dunia yang diasaskan pada 1904 oleh Dr William Mathias dan telah bertapak lebih 100 tahun di 70 negara seluruh dunia. Di Malaysia, jenama itu diuruskan Reckitt Benckiser.Malaysia dan menjadi pengeluar untuk pasaran Asia.

surprisessssss



pagi ni bangun-bangun surprisesss... maklum la ari ni bukan besday pun so x de la terkejut sgt... rupo2nyer my hubby hadiahkan jam tangan ni.... ini semua gara2 jam yg dah rosak masa g kursus team building ari tu...emmm.. ini adalah jam ke 3 sejak kami kenal... daripada bercinta sampailah usia perkahwinan yg dah masuk 3 tahun ni... alhamdulillah... semoga ikatan perkahwinan kami terus utuh dan bahagia selalu hendaknya... semoga lebih banyak lagi hadiah-hadiah yang tidak terduga menjadi penyeri dalam rumah tangga kami... bukan bersifat kebendaan tetapi ia adalah satu penghargaan untuk insan yang kita sayang.

Secara peribadi cermin diri sendiri, ikut kemampuan.. barang yang kita hadiahkan buat pasangan kita bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi cukup la kita saling membahagiakan hati pasangan. Pernah dulu aku terbaca tentang hadiah yang tidak dirangcang ini boleh mengeratkan lagi ikatan rumah tangga... berbalik kepada diri sendiri, memang betul... sesuatu yang boleh membahagiakan pasangan kita... apa pun ikut kemampuan... jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain...kita beli apa yang kita mampu.. jangan paksa tetapi jika hadiah mahal itulah yang kita rasa boleh mendatangkan kebahagian kepada pasangan kita, apa salahnya kita beli... ops...i sanggup sanggup menabung demi cincin permata yg diidamkan..he.. he...



terima kasih my hubby... tunggu surprise daripada mama n nana pk yerrr.... we love uuuuu.....



Monday, July 25, 2011

Bangunkan blog jual barangan bayi

Memanfaatkan internet sebagai sumber rezeki

MUKADIMAH

Bayangkan dari rumah kita mampu menjana RM2000 malah ada ketikanya lebih daripada apa yang dijangkakan. Lumayan bukan? Keadaan itu menjadi lebih seronok apabila kita juga bergelar bos dan sudah pasti bebas mengurus dan paling penting pendapatan kita mampu menyamai

gaji mereka yang bekerja makan gaji.

Kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu muda lulusan Ijazah Kejururawatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk membangunkan blog ukidsmart.blogspot.com dan laman social Facebook untuk menjual barangan kelengkapan bayi.

Ruangan niaga online kali ini bersama wartawan SALWANI MD ZAIN berkongsi rahsia dan kejayaan suri rumah sepenuh masa, Mawaddah Sabarudin, 25, memanfaatkan teknologi dihujung jari sebagai saluran utama mencari rezeki di samping membantu menambah pendapatan keluarga.

Idea bangunkan blog

“Untuk membangunkan blog saya dibantu suami dan semuanya dihasilkan berpandukan e-book yang dibeli berharga RM65,”katanya yang menerangkan tentang langkah awal dalam memulakan perniagaan secara online.

Menurutnya, perniagaan itu diusahakan secara serius pada November 2010 selepas melahirkan anak kedua menggunkan modal sebanyak RM1000.

“Saya dan suami, Mohd Hafiz Mohd Norrizan, 25, mempunyai minat yang mendalam terhadap baju dan barangan bayi berjenama, jadi kami sering mencari baju bayi berjenama untuk anak sulung kami; Ketika sarat mengandungkan anak kedua

suami memberi idea dan sokongan untuk saya membuka perniagaan secara online,”katanya sambil menceritakan bagaimana timbul idea memulakan perniagaan online.

Katanya, ilham membuka perniagaan itu juga lahir setelah melihat kejayaan ibunya yang pernah berkecimpung dalam bidang itu.

“Bagi saya perniagaan online ini cukup menyeronokkan. Saya berasa puas menjadi ibu yang bekerja dari rumah. Saya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan dalam masa yang sama berinterkasi dengan pelanggan dalam suasana yang terurus.

“Kebanyakkan pelanggan saya pada hari ini telah menjadi rakan baik, mereka bukan saja membeli dari U Kids, tetapi sering berkongsi pandangan serta khidmat nasihat dalam aspek keibubapaan, kesihatan, perkembangan anak-anak dan kekeluargaan,”katanya.

Waktu tumpuan pelanggan

Mawadah berkata, waktu yang sering menjadi tumpuan ramai adalah ketika awal bulan dan kebanyakkan mereka akan membuat tempahan awal untuk sesuatu barangan.

“Ketika memuat naik gambar dan catalog baru, saya akan nyatakan perincian tentang produk tersebut, jika mereka berminat, mereka boleh membuat tempahan awal dan membuat bayaran pada masa yang ditetapkan,”katanya yang telah menjual 300 keping kain lampin moden sepanjang bulan ini.

Menurutnya, sambutan pelanggan terhadap produk-produk baru sangat menggalakkan.

“Saya tidak menang tangan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel, terutamanya sewaktu kakitangan kerajaan mendapat gaji setiap bulan.

Walaubagaimanapun, setelah menggunakan `shopping cart`, segala urusan tempahan dengan pelanggan lebih bersistematik,”katanya yang masih dalam proses menaiktaraf blog agar lebih mesra pengguna.

Beliau berkata, pelanggan tidak akan dikenakan caj penghantaran tetapi dikenakan caj untuk berat berat barang yang ditempah mengikut kadar yang dikenakan Poslaju

dan National Courier.

“Setelah pelanggan membuat tempahan dan bayaran sebelum jam 11 pagi, saya akan buat penghantaran pada hari yang sama melaui Pos Laju.

Kebiasaannya, barang akan sampai pada keesokan harinya, terutamanya sekitar Lembah Klang,”katanya.

Cabaran

“Saya menerima keadaan itu sebagai cabaran kerana kunci utama dalam perniagaan jenis ini adalah kepercayaan,”katanya yang

tidak membuat publisiti secara offline tetapi pernah mempromosikan barangan di portal jual beli Mudah.my dan setiasa mengemaskini status Facebook.

Menurutnya, pada awal pembabitan beliau pernah berdepan dengan pembeli yang menipu. Namun mengambil iktibar daripada pengalaman itu, beliau lebih berhati-hati dan jika keadaan mencurigakan deposit akan dikenakan.

Perancangan akan datang

Menurutnya, melihat potensi perniagaan yang semakin mendapat sambutan, U Kids sememangnya mempunyai perancangan untuk membuka bilik pameran agar pelanggan dapat melihat produk dengan lebih dekat.

“U Kids kini sedang dalam proses untuk mengimport sendiri barangan bayi dari luar negara dan menghasilkan produk jenama U Kids. Kami akan menambah beberapa produk yang lain yang sukar didapati di Malaysia,”katanya yang kini menjual lebih daripada 10 produk.

“Kain lampin pakai basuh moden atau lebih dikenali sebagai Cloth Diaper (CD) adalah produk utama kami selain baju, dan kelengkapan bayi seperti beg, hadiah, selimut dan lain-lain,”katanya.

Profil

Nama penuh: Mawaddah Sabarudi

Umur: 25 tahun

Saya berniaga online sepenuh masa

Lokasi perniagaan: Cheras, Kuala Lumpur

Ibu muda kepada dua cahaya mata, Ukasyah dan Uwais al-Qarni.





Friday, July 22, 2011

Piza makanan pilihan sedunia




Pelbagai kaedah disediakan untuk memudahkan pesanan

Mukadimah

Ramai yang menggemari piza. Makanan ini boleh dikatakan mempunyai pengikut yang tersendiri baik yang masih kecil mahupun sudah berusia. Apa yang menjadi lebih menarik, masyarakat kini boleh menikmati piza setiap hari walau di mana berada.
Kaedah jualan piza kini bukan sahaja boleh dinikmati di restoran tetapi menerusi telefon, dan 30 minit selepas itu pesanan akan terus sampai ke rumah anda. Boleh dikatakan piza dinikmati secara santai bagi menggantikan sajian utama ketika kesibukan mahupun untuk sambutan hari-hari tertentu.

Melihat pelbagai cara orang ramai menikmati keenakan makanan ini, kami mendekati orang ramai dan bertanya pandangan mereka tentang apa kaedah dan bagaimana mereka menikmati makanan suka ramai ini.

Sejarah Piza

Makanan yang cukup popular di seluruh dunia ini mempunyai sejarah yang tersendiri namun tiada bukti yang jelas berkenaan asal usul perkataan ‘piza’. Pada 997, piza merupakan makanan bagi warga miskin dan belum dianggap sebagai resepi yang agung sehinggalah 1889 makanan ini melonjak menjadi resepi popular setelah menjadi hidangan khas yang dihasilkan Raffaele Esposito dan isterinya. Piza yang dipenuhi sos tomato, keju mozarella dan daun basil itu akhirnya menjadi kegemaran Ratu Itali lalu nama dinamakan Piza Margherita.



Tentu ramai yang menyangka bahawa pizza berasal dari Itali. Sangkaan itu meleset sama sekali. Piza mempunyai lagendanya yang tersendiri. Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti piza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila teknologi bertambah tinggi manusia telah pandai menghasilkan api dan piza di bakar.

Pada waktu itu, perkataan piza merujuk kepada alatan tukang roti yang digunakan untuk menentukan suhu oven. Piza dianggap sebagai makanan orang miskin dan dijual di jalanan.


Pada 1720, piza dijaja oleh orang ramai dan terdapat larangan untuk menjual makanan itu. Piza dilarang di bawa masuk ke istana dan semua bangsawan istana di Itali di larang makan Piza bagi menjamin kedaulatan istana. Bagaimanapun, Raja Ferdinand I(1751-1825) secara diam mencuba makanan yang menjadi kegemaran rakyat jelata itu.



Baginda sanggup menyamar menjadi rakyat biasa untuk mencuba makanan itu. Baginda sungguh menyukai kelazatan makanan itu dan secara terang-terangan mengakui bahawa ianya sedap dan menyihatkan.

Setelah bangsawan lain mendegar khabar itu, mereka akhirnya memberanikan diri mencuba dan larangan menjual piza dihapuskan.
Selepas larangan itu dibubarkan, piza menjadi semakin digemari oleh bangsawan dan golongan elit. Seterusnya, kegemaran makan piza ini turut disukai oleh keluarga diraja generasi ke II, Raja Ferdinand II.

Pada waktu itu, pizza dibuat dengan melemparkan adunan piza ke udara dan memutarnya. Kaedah itu dikatakan dapat melembutkan adunan serta membentuknya menjadi sebuah piringan yang tepinya sedikit lebih tinggi. Bentuk seperti itu menjadi lapisan dasar yang sempurna untuk sebuah piza.



Ada juga beberapa sumber berpendapat, perkataan piza lahir daripada perkataan Yunani iaitu picea.

Menurut satu sumber lain pula, penciptaan piza yang sempurna berlaku pada zaman renaissance di Napoli, Itali.

Kota Napoli dianggap sebagai ibu kota pizza. Piza Napolita adalah salah satu piza yang paling popular di dunia. Piza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan istana.



Piza akhirnya dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Kini piza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia.

Pizza di Malaysia


Di Malaysia, Piza menjadi salah satu makanan paling popular. Antara kedai yang menyajikan makanan ini adalah Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, Carlifornia Pizza Kitchen dan lain-lain.




Penyediaan Piza di Asia berbeza dengan piza di seluruh dunia. Contohnya piza di Thailand ditambah dengan sos cili manis manakala Jepun dengan sushi dan negara kita menggunakan ayam, nenas dan cendawan.

Pizza Hut, Domino’s Pizza restoran piza popular di Malaysia




Di negara kita, dua restoran popular mendominasi pasaran jualan piza adalah Pizza Hut, dan Domino’s Pizza. Kedua-dua jenama ini menyediakan piza secara 24 jam dan pesanan boleh dibuat menerusi telefon dan atas talian (online) di samping berkunjung ke restoran tersebut.



Pizza Hut adalah rangkaian restoran yang dikendalikan secara francais oleh makanan antarabangsa yang berasas di Dallas, Texas dan mengkhusus dalam piza gaya Amerika Syarikat.


Pizza Hut diuruskan QSR Brands Bhd, pemegang francais rangkaian Piza di Malaysia dan Singapura yang mempunyai lebih 260 restoran di kedua-dua buah negara tersebut.
Di negara kita juga, wujud beberapa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi pengeluar piza. Satu jenama yang sedang meningkat naik adalah Pizza Pah. Pizza Pah diuruskan Syarifah Rofiah Syed Hassan dan menyediakan piza sejenis sejuk beku dan siap di masak. Pasaran Pizza Pah dikembangkan ke seluruh negara secara pengedar dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai menjalankan perniagaan secara kiosk dan Kafe Pizza Pah.

Tinjauan orang ramai

Saya menikmati piza di...

1. Nor Azlinda Muhamad
Piza adalah makanan kesukaan keluarga kami. Saya menikmati piza sekali dalam seminggu. Bagi saya menikmati piza di restoran cukup menyeronokkan kerana dapat berkumpul bersama keluarga dan saya sering menjadikan aktiviti itu sebagai masa kami bersantai bersama keluarga. Hawaian Chicken dan Sup Pizza Hut adalah menu kegemaran kami.



2. Siti Hajar Kamaruddin
Saya suka menikmati Domino’s Pizza. Bagi saya, piza Domino’s menepati citarasa saya kerana ranggup. Dalam sebulan saya menikmati sekurang-kurangnya sekali sahaja. Melalui pengalaman saya ketika membuat pesanan untuk penghantaran ke rumah, saya berpuas hati dengan layanan mereka kerana penghantaran dibuat dalam masa yang dijanjikan. Layanan jurujual mesra pengguna dan saya memang berpuas hati dengan apa yang disediakan Domino’s.



3. Norsuraini Mohd Hassan
Jika diberi pilihan untuk memilih piza dan nasi saya rela memlih nasi sebagai sajian utama saya. Walaupun bukan penggemar piza namun saya tetap mengikuti perkembangan jualan dan menu-menu terbaru yang disediakan kerana sebahagian daripada ahli keluarga saya suka makan piza. Bagi saya tidak semua orang mampu menikmati piza kerana harga yang ditawarkan boleh dikatakan agak mahal berbanding sajian makanan lain. Piza yang sering saya pesan adalah Pepperoni.



4. Normazita Rahman
Saya boleh dikatogerikan sebagai penggemar piza dan Pizza Hut adalah pilihan saya ketika menikmati sajian itu. Saya memilih untuk makan di restoran kerana ia boleh menimbulkan ‘mood’ makan piza yang sebenar kerana aroma ketika mereka memasak itu dapat dihidu pelanggan walaupun daripada jauh, berlainan jika kita menikmati makanan itu di rumah atau tempat lain. Saya akan menikmati piza dua bulan sekali dan menu kegemaran saya adalah Supreme Pizza.



5.Aliyah Azizi
Saya suka makan piza dan wajib bagi saya menikmati makanan ini sekaLi dalam sebulan. Saya menggunakan semua kaedah yang disediakan dalam membuat pesanan. Bagi saya semua saluran itu penting terutama pda zaman serba teknologi ini, lagipn jika di barat pelbagai kaedah disediakan untuk orang ramai memesan piza. Pada pendapat saya, saya lebih suka makan di restoran penyediaannya cepat, lagipun pelbagai pilihan dan menu baru dapat dibeli. Bagaimanapun jika ingin berkelah, saya akan membeli dan bawa makan di taman sambil bersantai. Setakat ini, Extra cheese and crust adalah pilihan. yummy!







DSG permudah kerja melampin


Pasarkan produk berkualiti untuk bayi dan dewasa

Kumpulan DSG International (Thailand) PLC, pengeluar dan pemasar lampin bayi dan dewasa yang berpangkalan di Bangkok, Thailand dengan operasi utama di Malaysia, Singapura dan Indonesia berhasrat menjadi jenama pilihan nombor satu di kalangan pengguna Malaysia bagi segmen lampin pakai buang.

Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (DSG), Kuan Mun Jen berkata, antara jenama popular yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Fitti, Fitti Basic, Baby Love dan Pet Pet selain lampin dewasa, Certainty.

Menurutnya, dari segi penguasaan pasaran jenama itu kini menduduki tangga kedua berbanding pesaing tetapi sudah menguasai sebahagian besar pasaran Thailand, dan semakin mencipta nama di Indonesia dan Singapura. Kumpulan juga sedang meninjau peluang pemasaran baru seperti Vietnam.

“Jenama PetPet semakin berkembang pesat dan pemasarannya sudah mencecah 15 tahun di Malaysia, jadi adalah tidak mustahil untuk kami mencapai sasaran dalam dua tiga tahun akan datang,”katanya selepas menghadiri bengkel keibubapaan anjuran PetPet di Petaling Jaya.

Bengkel itu diadakan sebagai strategi mengukuhkan pasaran di Malaysia, selaras membantu ibu-ibu muda menempuh alam keibuan di samping berkongsi petua dan pengetahuan bersama pakar terutama dalam aspek penjagaan kebersihan lampin untuk menguruskan bayi baru lahir.

“Ini adalah bengkel pertama dan jika ianya membuahkan hasil seperti apa yang kami inginkan, usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang agar jenama kami sentiasa menjadi kawan sejati golongan ibu bapa dalam mencari lampin berkualiti, mudah dan selesa,”katanya.

Katanya, rangkaian lampin keluaran DSG akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik berserta pilihan yang pelbagai bermula daripada bayi baru lahir sehingga ke peringkat dewasa agar ianya bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna tetapi satu pencapaian terbaik produk berbanding jenama lain.

Dari segi jualan, pasaran Thailand menguasai 45 peratus, Malaysia (40 peratus), Indonesia, Singapura dan lain-lain (15 peratus) dengan kilang pembuatan di Thailand,
Malaysia, dan Indonesia. Kumpulan juga telah beroperasi di Amerika Syarikat, United Kingdom dan mempunyai lebih 14 kilang pemprosesan di seluruh dunia.

Kotex kongsi tips jaga kebersihan dalaman wanita

Pembekal utama produk penjagaan kewanitaan di Malaysia, Kotex memperkasakan
wanita dengan memberi pendedahan dalam penjagaan terbaik kebersihan bahagian sulit wanita menerusi pengenalan terbaru rangkaian liner Kotex Fresh Plus.

Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark (Malaysia) Haniza Tahir berkata, dengan pengalaman hampir 60 tahun di Malaysia, Kotex sentiasa berusaha membawa kempen serta produk yang inovatif membantu wanita kekal segar dan sihat.

Menurutnya, produk ini adalah rangkaian liner pertama yang diperkenalkan Kotex selaras memulakan revolusi V-Zone bagi mendidik wanita supaya menjaga kebersihan diri sebagai sebahagian daripda rutin harian.

“Dianggarkan hanya 23 peratus wanita yang menggunakan liner untuk menjaga kebersihan V-Zone, jadi dengan pengenalan produk ini diharapkan agar wanita lebih prihatin dengan kebersihan diri sendiri,”katanya.

Sementara itu, Pakar Sakit Puan, Dr Premitha Damodaran berkata, penjagaan V-Zone adalah amat penting dalam kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan seseorang wanita.

“Jika aspek kesihatan kewanitaan ini diabaikan, jangkitan dan penyakit mungkin terjadi dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan juga keyakinan diri,”katanya.

Rangakaian liner ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi berharga RM7.70 (pek 32 keping) dan RM4.90 (pek 20 keping).

Biskut kudapan ketika bersantai

Sebut sahaja biskut, pasti ramai yang mengenali dan biskut sebenarnya adalah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut boleh dijadikan kudapan rangup yang menyelerakan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Kehadiran biskut dengan pelbagai bentuk dan warna pasti memeriahkan suasana.

Jenis biskut pula boleh dibahagikan kepada moden dan tradisional. Biskut tradisional kebanyakkannya lebih popular dan dijual secara besar-besaran ketika musim perayaan dan hanya beberapa jenis seperi bahulu dikomersilkan, berlainan pula dengan biskut moden yang dikeluarkan dalam pelbagai jenama bersama khasiat yang tersendiri seperti biskut keluaran Kraft Food, Munchy’s, Julies, Hap Seng dan lain-lain.

Barisan jenama biskut moden seperti Oreo, Chipmore, Tiger, Jacob, Cream Craker Cap Pinpong, Julie’s, Munchy adalah barisan jenama popular yang sering menjadi pilihan ramai sekaligus mendominasi pasaran ketika ini.

Biskut moden lebih senang didapati dan selalunya dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dan pasarannya bukan sahaja dalam malah ke luar negara.

Biskut tradisional sering dihidangkan ketika musim perayaan dan kebayakkan diusahakan bermusim oleh pengusaha kecil dan sederhana (PKS). Kini terdapat juga beberapa syarikat PKS mula memasarkan produk biskut buatan tempatan ke luar negara seperti biskut keluaran Noraini’s Cookies.

Biskut moden dan tradisional tidak jauh beza mahupun rasanya. Unsur-unsur seperti manis, berperisa, berkhasiat dan lazat adalah pendekatan penting yang digunakan untuk menawan hati pembeli. Biar apapun kandungan dan tahap kelazatannya, pasaran biskut memang berpotensi tinggi kerana makanan ini tergolong sebagai produk kegunaan seharian yang ada kalanya digunakan sesetengah orang sebagai diet menggantikan nasi sebagai rugi makanan harian.

Panduan memilih biskut berkhasiat

Biskut yang berkualiti mestilah mempunyai kandungan zat dan nutrisi yang baik. Salah satu aspek khasiat yang sering digunakan dalam menghasilkan biskut ialah oat.

Oat sering digunakan sebagai bahan tambahan dalam biskut kerana mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid dan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat juga adalah makanan ideal untuk semua peringkat umur. mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Selain Oat, bijian juga adalah bahan penting yang sering digunakan sebagi ramuan utama dalam menghasilkan biskut. Bijian ialah tumbuhan seperti rumput yang menghasilkan biji-biji berkanji yang boleh dimakan. Ia boleh diproses sebagai sumber nutrien (karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan serat). Makanan seperti gandum, beras, jagung dan barli dianggap sebagai bijirin. Bijirin ini berkarbohidrat tinggi dan boleh membekalkan tenaga kepada anda untuk menjalankan aktiviti setiap hari.

Biskut yang mengandungi bijirin berserta buah-buahan seperti anggur, dan bijiran penuh (wholemeal) seperti gandum mampu menurunkan kandungan gula darah dan kolesterol. Keju berfungsi untuk menambahkan unsur protein seterusnya menstabilkan kandungan gula dalam darah, melambatkan proses berasa lapar, dan sumber kalsium untuk tulang. Contoh biskut yang menggunakan kandungan ini adalah Jacob bijirin dan roti wholemeal.


Jenis biskut pilihan saya...
Cerita produk kita kali ini meninjau pandangan orang ramai tentang kreateria dan apakah faktor utama mereka membeli biskut dan bagaimana biskut mempengaruhi rutin seharian mereka.


1. Lenny Quek
Saya memang pengguna setia Danone sejak 20 tahun yang lalu. Bagi saya, aspek utama yang saya pilih adalah kerana khasiat dan ramuan yang digunakan terutama kurang gula bagi menghindar obesiti dan peningkatan berat badan. Saya sering menasihati ahli keluarga agar peka dengan jenis biskut terutama kanak-kanak agar mereka tidak terlalu terpengaruh dengan perisa seperti coklat yang boleh menggemukkan mereka.

2. Helena Sylvia
Berlainan pula dengan pendapat wanita ini. Waktu kerja dan kekangan masa yang sentiasa sibuk menjadikan beliau mengambil biskut sebagai makanan untuk mengisi perut saat kelaparan. Biskut kegemaran saya adalah berperisa coklat dan saya sangat sukakan Oreo. Makan Oreo boleh membuatkan saya gembira dan saya telah menikmati biskut ini sejak mula-mula Oreo diperkenalkan.

3. Khuzai Supar
Setiap kali membeli biskut, saya akan baca nutrisi dan kandungan seperti biskut Jacob yang sesuai dijadikan diet pemakanan saya. Saya juga suka biskut yang berperisa asli contohnya biskut tawar biasa yang sungguh enak dinikmati sewaktu minum dengan teh panas ketika waktu petang.

4. Nor Amiza Muhamad
Saya suka biskut yang jenis rangup dan berperisa seperti Oreo, Munchy dan Julie’s. Bagi saya biskut jenis ini boleh mengenyang dan boleh diikmati sebagai sarapan pagi, kudapan biasa dan waktu petang. Saya juga suka makan biskut Hup Seng Cream Creaker bersama susu pekat manis dan jem sebagai pelengkap hidangan.

5. Muhamad Zulfiqar Afif
Saya suka biskut yang bersandwich macam Oreo dan Munchy kerana rangup dan rasanya sedap. Sebenarnya saya tidak kisah sangat soal kandungan dan khasiat janji menepati citarasa saya yang sukakan coklat. Biskut bersandwich yang menggunakan jem nenas, stawberi juga sedap dimakan kerana mak saya sering beli ketika kami berkelah.

6. Nurul Fatin Inani Mustaffa
Saya menggemari semua jenis biskut terutama bercoklat dan berkrim yang kadangkala saya cicah bersama milo atau teh. Makan biskut dengan cara sebegini boleh cepat kenyang dan sebagai pelajar saya sering membeli biskut sebagai makanan ringan untuk menghilangkan mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran. Boleh dikatakan Oreo dan biskut tawar biasa sering menjadi bekalan yang wajib saya beli setiap minggu sebagai bekalan ke asrama.

7. Anis Nur Afiqah Mohd Hassan
Semasa membeli biskut, saya akan pastikan kandungan dan berperisa kerana saya suka yang berperisa coklat. Biskut yang berperisa ini sangat sesuai dimakan pada setiap masa dan sesetengah jenama menggunakan coklat yang banyak sehingga ada kalanya saya rasa macam makan coklat.

Thursday, July 14, 2011

...wedding of the year in my family laaa...

Enjoy with the photo... kami gelarkan ini wedding of the year sb inilah perkahwinan secara besar2 berlaku dlm family kami.. nk tunggu yg akan dtg.. x tahu bila... semoga uols kekal hingga hujung nyawa ye... bg cicit cepat2 ye.. he.. he..