Sunday, April 24, 2011

Dasar Pandang Ke Malaysia

PENGENALAN
HUBUNGAN JEPUN MALYSIA

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, hubungan Malaysia Jepun terus berjalan di atas dasar saling bergantungan namun disifatkan lebih menguntungkan Jepun terutama dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Kemajuan Jepun daripada segi pendidikan, tenaga mahir, dan kecanggih teknologi telah mencetuskan satu dasar oleh kerajaan Malaysia. Pada awal 1980an hubungan kedua negara terus ditingkatkan apabila Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Dasar ini diperkenalkan bertujuan menjadikan Jepun sebagai model pembangunan.

Di bawah dasar ini, pelajar dan pelatih dihantar belajar dan menjalani latihan di Jepun bagi membolehkan mereka mempelajari dan mengamalkan budaya kerja Jepun. Kajian yang dibuat di kalangan bekas pelajar menunjukkan mereka mendapat faedah daripada pembelajaran di sana kerana selaian belajar golongan itu dapat mengamalkan budaya dan etika kerja yang tekun, dan menepati masa.

Hubungan diplomatik seterus diperkukuhkan lagi apabila saling bergantung memandangkan Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran Malaysia manakala negara kita pula menagih pelaburan asing dan bantuan ekonomi Jepun.

Berbagai tafsiran, sokongan dan kritikan telah dibuat terhadap dasar itu sejak pelancarannya. Golongan yang pro kerajaan terutamanya ahli-ahli politik menyokong dasar ini dan berasa yakin usaha meniru Jepun mampu dilakukan seterusnya mengubah budaya kerja rakyat Malaysia ke arah lebih positif.

Para pengkritik yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli akademik dan aktivis masyarakat pula melahirkan kesangsian tentang kejayaan dasar ini memandangkan banyaknya halangan yang wujud dalam proses peniruan budaya. Sebahagian berpendapat, dasar ini lebih menguntungkan syarikat Jepun kerana banyak peluang perniagaan di Malaysia.

Golongan berikutnya pula yang terdiri daripada bekas pelajar dan pelatih yang berpeluang tinggal dan belajar di Jepun selama beberapa tahun pula melahirkan pendapat yang berbeza.

Sebagai golongan yang terlibat secara langsung dalam proses peniruan budaya, mereka amat bertuah kerana dasar itu mampu mengubah mentaliti sekaligus meningkatkan produktiviti.

HUBUNGAN PERDAGANGAN MALAYSIA –JEPUN

Pada 2008, Jepun adalah rakan dagang dan destinasi eksport Malaysia ketiga terbesar. selepas Amerika Syarikat dan China. Jumlah dagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM136.7 bilion, meningkat 16.5 peratus berbanding 2007. Eksport ke Jepun mencecah RM71.6 bilion manakala import bernilai RM65.2 bilion. Sehingga Disember 2008, 2,260 projek bernilai RM49.6 bilion dilaksanakan di Malaysia terutama sektor pembuatan. Jepun menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia pada 2008 dengan kelulusan 63 projek bernilai RM5.6 bilion. Dagangan dua hala itu telah mewakili 11 peratus atau lebih daripada satu persepuluh volum dagangan keseluruhan Malaysia.

Kini terdapat lebih 1,400 buah syarikat berkaiatan Jepun bertapak kukuh di Malaysia dan antara sektor terlibat adalah elektrik, elektronik, dan automotif,
Antara eksport utama barangan ke Jepun adalah Petroleum, gas asli cecair, produk berasaskan kayu kayan. Barangan yang diimport dari Jepun pula adalah elektronik, kenderaan (automotif), mesin, besi dan keluli.

Dari segi perkembangan sektor lain seperti pelancongan, Malaysia dijadikan rumah kedua menerusi program pelancongan yang diperkenalkan sejak 2006. Negra kita mendahului Hawaii, Australia, Thailand, New Zealand and Kanada dengan bilangan kedatangan pelancong yang mencecah 400,000 bersama peningkatan lebih 40 peratus setahun.

Antara faktor utama hubungan dagangan kedua buah negara itu berjalan lancar adalah kerana Malaysia kini antara destinasi paling selamat dan bebas bencana alam di kalangan negara asian tambahan pula dilengkapi dengan kemudahan pengakutan udara oleh syarikat penerbangan tempatan.

PENDIDIKAN

Hubungan erat jurga tercetus menerusi pendidikan apabila pelajar kedua buah negaar ini saling bertukar pendapat dan sehingga Mei 2009, lebih kurang 2,395 pelajar dikalangan rakyat Malaysia menimba ilmu di sana.
Berdasarkan jumlah itu, pelajar Malaysia adalah Negara kelima tertinggi berbanding China. Korea, Taiwan, dan Vietnam.

Bilangan rakyat Malaysia yang mnetap di sana juga kini mencecah hampir 10,000 manakala lebih sehingga Oktiober 2009, 9,152, rakyat Jepun menetap di sini.
Hubungan yang hampir mencecah 30 tahun itu bertambah hebat apabila Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mukhriz Mahathir melakukan kunjugan ke negara itu Februari lalu.

Kunjugan rasmi itu menerima maklumbalas luar biasa apabila pelabur di sana menyatakan hasrat memandang Malaysia sebagai destinasi terbaik dan ingin membuat Dasar Pandang ke Malaysia.

Hasrat itu seperti kesinambungan daripada dasar yang dilaksanakan Malaysia suatu ketika dahulu. Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan beberapa pertubuhan, ahli akademik dan pelajar berkaitan isu ini.

Graduan jurusan sejarah, Fakulti Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya, Mohd Yakop Ikram berpendapat, selepas tercetusnya Dasar Pandang ke Timur, Malaysia seolah-olah ingin meniru Jepun dalam banyak benda dan perkara terutama atas kecanggihan teknologi selain mempunyai kekuatan yang hebat dalam semangat patriotik.

Dasar 'Buy British Last' era Margaret Thatcher turut merancakkan Dasar Pandang ke Timur ini. Selain itu, penglibatan Jepun semakin jelas dalam industri pembuatan kereta nasional apabila Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bekerjasama dengan syarikat Mitsubishi. Perusahaan Automobil kedua negara (Perodua) pula melahirkan MyVi berdasarkan kereta Daihatsu.

Katanya, dasar itu secara tidak langsung memberi tumpuan kepada kerjasama dalam sektor ekonomi, perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan, pengurusan dan pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan pergigian.

“Jika kita lihat Jepun dari segi teknologi, bahasa serta permainan bola sepak amat saya kagum. Pengeluaran teknologi canggih seperti alat permainan, robot, gadget, dan teknologi kereta buatan Jepun berada di seluruh pelusuk dunia, Jepun juga menjadi Negara maju dengan mengekalkan budaya dan semangat juang tinggi,”katanya.

Dekan Fakulti Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr Annuar Md Nasir pula berpendapat, hasrat Jepun yang mengalihkan pandangan ke Malaysia sebagai destinasi terbaik pelaburan adalah bukan suatu yang mustahil. Ini kerana beberapa aspek perubahan tenaga kerja sudah berubah.

“Dulu banyak kilang di Malaysia bergantung pada keupayaan kolar biru, tetapi kini teknologi robotik bergerak membantu kerja-kerja teknikal bersama kos hidup yang murah,”katanya.
Menurutnya, Jepun juga adalah negara yang bertanggungjawab melakukan tranformasi ke atas Malaysia daripada negara pertanian kepada perindustrian.
Pendapat kedua daripada Pensyarah Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Dr Amir Husin Baharuddin pula menyifatkan kelengkapan infrastruktur di Malaysia adalah salah satu faktor galakan utama.

“Jepun sememangnya mencari negara seperti Malaysia yang dari sudut geografinya dirasakan paling selamat berbanding rantau asia lain, tambahan pula kerajaan kita membuka laluan kepada pelabur asing bagi membantu mempercepatkan projek-projek pembangunan,”katanya apabila perhubungan yang dijalin boleh dianggap sebagai membawa kepentingan bersama.

Galakan kerajaan yang mengalu-alukan pelabur asing seperti Jepun juga meninggalkan kesan yang membanggakan kepada produk Jepun mahupun perkara-perkara yang
berkaitan Negara itu.

Pengeluar barangan elektrik dan elektonik serta kelengkapan rumah, Panasonic antara salah sebuah contoh jenama yang paling lama bertapak di sini.
Panasonic menerusi sumber emailnya berkata, prestasi jenama itu semakin kukuh di sini kerana sokongan dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia menggunakan produk sejak 1992.

Dari sudut pelaburan, katanya, pasaran Malaysia adalah lokasi berpotensi tinggi dan pilihan tepat pelabur Jepun. Ini dapat dibuktikan apabila pembangunan industri elektrik dan elektronik jenama negara itu, Panasonic amnya, sehingga Januari lalu mencatatkan jualannya antara lima tertinggi di dunia, dan lebih membanggakan kedudukan jualan Panasonic Malaysia berada di tempat kelapan selepas kuasa besar lain seperti China, Amerika Syarikat dan Jerman.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula melahirkan sudut pandangan yang hubungan Malaysia Jepun ini akrab dan mantap. Timbalan Presiden Japan International Cooperation Agency (Jica), Muhamad Ali berkata, kerjasama itu dapat dizahirkan apabila Jepun sebagai kuasa besar menubuhkan Jica untuk memberi bantuan teknikal kepada negara membangun seperti Malaysia.

“Melalui Jica, pelbagai aspek bantuan teknikal berteknologi tinggi disumbangkan bagi meningkatkan sektor pertanian, perikanan, dan perhutan yang secara tidak langsung memudahkan pembangunan kerajaan,”katanya.

Katanya, Jepun memadang Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik kerana ternyata hubungan yang terjalin sejak dahulu dimanfaatkan apabila negara berjaya menyediakan fasiliti dan kemudahan yang menepati keperluan mereka, tambah pula, suasana politik yang stabil juga turut membantu.

Sementara itu, Pemangku Presiden Dasar Pandang Ke Timur (Aleps), Syed Putra Syed Mokhtar berkata, hasrat mereka itu sesuatu yang patut disambut baik oleh kerajaan Malaysia. Ini kerana, ia selari dengan dasar yang di wujudkan 30 tahun itu yang seolah-olah sudah membuahkan hasil dan kini tiba giliran mereka untuk lebih menyokong perkembangan ekonomi negara.

“Walaupun negara kita pernah dijajah oleh mereka, namun saya tidak nampak kesan negatif yang cuba disalurkan kepada kita, jadi lebih baik kita menggunakan kesempatan budaya ketelitian dalam pekerjaan mereka bersama inovasi tinggi itu ke arah kemajuan bersama,”katanya.

Secara rumusannya, Malaysia telah banyak belajar daripada kekuatan Jepun dalam kemajuan sains dan teknologi, begitu juga dengan Jepun yang memperoleh manfaat daripada kekayaan kepelbagaian sumber Malaysia, terutama dari sudut geografi ke perhutanan, produk kelapa sawit ke perubatan tropikal dan sistem kewangan konvensional ke perbankan Islam serta perhubungan pelbagai budaya.

Jepun juga telah memainkan peranan dalam membantu transformasi Malaysia daripada ekonomi berasaskan perindustrian kepada ekonomi berasaskan inovasi seperti mana Jepun sudah membantu Malaysia melakukan transformasi pertama dari negara pertanian kepada negara berasaskan industri.

Kini, apabila Jepun menyuarakan hasrat mengubah dasar ke Malaysia sudah sampai masanya untuk kita menyemak semula Dasar Pandang ke Timur dan melihat cara baru yang lebih inovatif antara Malaysia Jepun seperti berkongsi kepakaran teknologi hijau yang menjadi kelebihan Jepun, amat sesuai diserapkan dalam rangka pembangunan ekonomi Malaysia ketika ini.

Sunday, April 10, 2011

ekslusif katanya

ramai yg guna alasan ekslusif... story dlm kain org pn nmpk ekslusif... sedih kn.. ye la.. member ni tgh sedey pasal si isteri x taat.. tiba2 hmba Allah ni boleh tnya lg soalan2 yg mng mengaibkn... bygkan kisah rumah tangga.. 1 mlysia tgok... kot ye pn ekslusif.. tp jgn la soaln tu direct sgt... pertnyaan spt. x de la mlm pertama ye.. itu terlalu peribadi. sb itu terlalu privacy.. apapn... rancagan hiburan mlysia tu dh berjaya memberi jwpn kenapa artis itu menuntut isterinya kembali taat.... emmm bergosip sgt!







emmmm..... simpati dgn nasib jimm stanley... orgnya dh cukup lengkap... tp apakn daya... cobaan dgn isteri... buang yg keruh... ambik yg jernih...