Friday, November 29, 2013

MEMASAK SECARA BERGAYA DENGAN BOSCH ASIAN RANGE


Hud dan dapur memasak INTELLIgent untuk rumah Asia

Bosch Home Appliances, jenama peralatan perkakas rumah terkemuka Eropah telah melancarkan sebuah revolusi Asian Range yang menampilkan ciri inovasi INTELLI bagi memenuhi keperluan dapur rumah orang Asia, sekaligus membolehkan penggunanya memasak dengan penuh bergaya di samping memastikan dapur mereka dan keseluruhan rumah sentiasa berkeadaan bersih dan tidak berbau.



Dibarisi produk seperti dapur gas, dapur elektrik, dapur hibrid dan hud pengumpul sisa minyak, ciptaan dan reka bentuk setiap daripada produk Bosch Asian Range adalah dihasilkan secara teliti bagi menyesuaikan cara orang Asia memasak. Dapur gas dan elektrik Asian Range direkabentuk lebih luas berbanding European Range kerana mengambil kira aktiviti memasak orang Asia melibatkan peralatan seperti kuali dan periuk yang bersaiz lebih besar berbanding cara memasak orang Barat. Saluran kumpulan sisa minyak profesional pada hud didatangi dengan sistem penapis berganda terpaten bagi memerangkap gris kondensasi dengan segera lalu dialirkan ke dalam bekas sisa minyak, sekaligus memastikan dapur bebas gris.






Dapur ialah nadi kepada sesebuah rumah, satu ruang di mana makanan disedia dan dimasak dengan penuh kesungguhan dan ketelitian buat mereka yang tersayang, justeru merapatkan hubungan kekeluargaan. Dengan itu, kami berikhtiar untuk menghasilkan produk efisien, elegan, lagi bergaya dengan teknologi termaju kepada setiap dapur di seluruh dunia. Pelancaran Asian Range memperlihatkan usaha kami dalam membawa kecekapan dan teknologi Jerman kepada dapur Asia dengan susun atur yang sesuai dengan cara memasak orang Asia misalnya penunu kuali yang rata dan teliti, ekstrasi yang cekap untuk hud malahan “INTELLILINK”, satu ciri inovatif yang menghubungkan kedua-dua dapur memasak dan hud. Ia cukup memudahkan dan praktikal,” kata Gary Ong, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn Bhd.


Salah satu kepintaran yang menonjol pada dapurAsian adalah Delay Shut-off Timer (Pemasa Penutup Tertunda) yang terdapat pada dapur model PBD9351MS. Ia menampilkan pemasa 1-99 minit dengan nada akustik, mematikan api secara automatik sebaik waktu memasak terpilih tamat. Aktiviti memasak kini menjadi lebih mudah dan selamat berbanding sebelumnya.
Antara ciri-ciri ketara yang ditampilkan pada inovasi INTELLI Bosch Asian Range ialah:

·         INTELLILINK
INTELLILINK menampilkan 'InterLink' (Sambungan) yang menghubungkan dapur memasak dan hud dengan sempurna. Dapur tersebut akan menghantar isyarat tanpa wayar kepada hud untuk mengawalnya. Jadi, setiap kali dapur terpasang, maka hud juga dihidupkan secara automatiknya. Dapur revolusi terbabit juga akan menghantar satu isyarat berhenti kepada hud apabila dapur dimatikan. Hud itu kemudiannya akan beralih kepada kelajuan rendah dan beroperasi kira-kira tiga minit sebelum berhenti. Gris, haba dan bau busuk disingkirkan secara automatik sekaligus memastikan ruang dapur bersih dan tidak berbau.
*INTELLILINK hanya terdapat pada beberapa model terpilih sahaja - PBD9351MS (Dapur) dan DKS968DSG (Hud).

·         INTELLISPARK
INTELLISPARK didatangi dengan 'Auto ignition' (penyalaan Auto), satu fungsi penyalaan kelajuan tinggi pintar. Dengan hanya menekan satu butang, ia boleh menentukan sama ada api telah dinyalakan. Sekiranya tiada api selepas 10 saat, injap thermoelektrik akan menghentikan bekalan gas sebagai langkah keselamatan.

·         INTELLIFLAME
Penunu nyalaan ganda tiga dengan perpaipan tembaga kembar dalam dapur gas memberikan kawalan nyalaan secara tepat dari serendah 0.3kW sehingga 4.0kW. Berbanding dapur Eropah dengan rekabentuk penunu nyalaan ganda dua, penunu ganda tiga Bosch bagi Asian Rangeadalah direka khas untuk pemanasan sekata dan terkawal. Dapur gas Bosch adalah kukuh tetapi pada masa yang sama lembut: ia membolehkan air mendidih dengan amat cepat pada kuasa tinggi dan mereneh dengan lembut pada kuasa rendah. Ia begitu lembut sehingga membolehkan anda mereneh sayur-sayuran halus, sup dan sos - atau untuk sekadar mengekalkan kepanasan makanan.
* INTELLIFLAME hanya terdapat pada beberapa model terpilih sahaja – PBD7251MS, PBD7351MS, PBD7331MS, PBD9331MS, PBD9351MS dan PMH768MS.







·         INTELLICLEAN
Dengan ciri Self-Cleaning (Penyucian sendiri), hud Asian Bosch terpilih menyedut segala sisa kotoran dan dengan hanya menekan satu butang, maka hud akan dicuci dan dibersihkan, sementara sisa akan dikumpul dalam satu bekas pengumpul untuk dibuang secara mudah.
* INTELLICLEAN hanya terdapat pada model terpilih sahaja – DKS968DSG.

·         INTELLIPOWER
Dapur Induksi Bosch menampilkan fungsi Power Boost (Rangsangan Kuasa) yang membenarkan output kuasa yang lebih tinggi kepada zon memasak terpilih dengan segera, dengan menekan hanya satu butang. Ini sekaligus menjimatkan masa, terutamanya untuk periuk besar berisi air, yang perlu suhu yang tinggi dengan secepat mungkin.

·         INTELLIFILTER
Penapis Hud Asian Bosch mempunyai geometri berbentuk piramid dengan sistem penapis berganda: Sisa minyak terperangkap dalam pengumpul yang membolehkan ia dibuang secara mudah untuk pembersihan. Pada masa sama, motor dalam hud memasak juga sentiasa kekal bersih, maka pretasinya pasti akan sentiasa berkuasa secara konsisten.

Bosch Asian Range terdapat dalam 10 jenis model: Dapur Gas (PBD7251MS, PBD7351MS, PBD7331MS, PBD9331MS dan PBD9351MS), Dapur Elektrik (PMI968MS), Dapur Hibrid (PMH768MS) dan Hud Pengumpul Sisa Minyak (DKE908PMY, DKE906HMY dan DKS968DSG). Kebanyakan model produk ini boleh didapati di kesemua wakil penjual sah dengan harga runcit standard bermula dari RM1,388*; manakala INTELLILINK model seperti PBD9351MS&DKS968DSG dan dapur gas model PBD9331MS akan berada di pasaran mulai Januari 2014. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.bosch-home.com.my.


nina & jovian pre weeding

dah jd trend personaliti mahupun artist kt Malaysia ni buat photo shoot selepas majlis perkahwinan berlangsung.. sama mcm pasangan ni.. so... layan je la gambar2 mereka ni...











Segarkan Diri Anda dengan “Peraduan Cintai Malaysia” Mentos

Memenangi Hadiah-Hadiah Bernilai RM130, 000 dan Segarkan Diri Anda dengan “Peraduan Cintai Malaysia” Mentos




Mentos, gula-gula “Kekal Segar” kini memberikan anda peluang untuk menyegarkan jiwa anda dengan percutian di lapan destinasi pulau di Malaysia dan juga hadiah-hadiah harian yang bernilai RM130, 000. Peraduan Cintai Malaysia Mentos akan berlangsung dari 15 Oktober 2013 sehingga 15 Januari 2014 dengan kerjasama Tourism Malaysia sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Untuk sertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli segulung Mentos Roll, membuka balutannya dan ikuti arahan yang terdapat di dalam untuk menghantar penyertaan anda melalui SMS ke 36322 atau melalui facebook di facebook.com/mentosmalaysia.

Di samping hadiah-hadiah harian seperti satu telefon pintar dan 54 baucar KFC bernilai RM10 setiap satu, para peserta berpeluang memenangi hadiah utama iaitu percutian yang menarik ke Sipadan Kapalai, manakala dua pemenang hadiah pertama akan memenangi percutian ke Pulau Taarans Redang. Dua pemenang hadiah kedua akan memenangi percutian ke Pulau Langkawi dan tiga pemenang hadiah ketiga akan memenangi percutian ke Pulau Tioman; semua merupakan destinasi pelancongan yang terlaris di Malaysia.

Mentos, gula-gula segar berkonsepkan “gula-gula kunyah” dengan inovasi yang rangup dan segar di luar tetapi kenyal di dalam telah dinikmati di seluruh dunia semenjak tahun 1950.
Kesemua lapan perisa, iaitu Mint, Air Action, Mintensity, Secret, Rainbow, Fruit, Mix Grape, dan Sour Mix, bukan sahaja akan mengembirakan tetapi akan memberi ganjaran kepada deria rasa anda dan pelbagai lagi, jika anda seorang pemenang di dalam pertandingan yang mudah untuk disertai ini.


Gulung Mentos yang dijual pada harga RM1.20 setiap satu boleh didapati di pasar raya, pasar raya besar, kedai runcit, dan farmasi-farmasi di seluruh Negara. Jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Dapatkan segera gulong Mentos anda hari ini!

Keluarga kami dah 4!

Setahun blog ni ditinggalkan bersawang, dan  tak diupdate... maklumlah 2012, tahun yg sibuk sangat2.. (ye ker).. he.. he.. banyak kisah suka duka, tp memng sibuk pn masa tu.. lgpn internet kt ofis x berapa mengizinkan utk berblog2 tahun tu.. 

kini sebulan dari sekarang masuk 2014... emm.. sebenarnya nak citer, dari update yg lepas, kami bertiga... kini dah ber4,,, Adik NIK AUNI ZULAKIHA akan mencecah 1 yrs sebulalan dari sekarang!.. skejap je masa berlalu... 

so.. kenalkan adikk.... 













dan kakak pk mestilah semakin pintar dan dewasa. 












 

makan di maneee... emmm.... Bonjour!



Bonjour! Kafe Gaya Hidup dalam Taman Terkini
Melanda Ibu Kota
Kemahiran Jepun, Inspirasi Perancis!


 Ungkapan “Timur Bertemu Barat” bukan baru.  Ia juga tidak lagi asing, bukan sahaja dalam aplikasi teknologi dan perniagaan tetapi juga dalam masakan dan pengeluaran makanan.  Apabila pakar kulinari Jepun yang memenangi anugerah menerapkan konfeksi Eropah ke dalam inovasinya, ia layak diberi perhatian!

Bonjour!  Memperkenalkan Grand Chef Yukichi Matsubara, Ketua Chef dan Pengarah Urusan kafe gaya hidup dalam taman yang terbaru di ibu kota –
Bonjour Garden.  

Hari ini, Chef Matsubara melancarkan Bonjour Garden terbaru di Intermark Mall – menjadikannya kafe ke-5 yang dibuka sejak kafe pertama memulakan perniagaan di Kota Damansara pada tahun 2011.






Seperti yang digambarkan oleh namanya, Bonjour Garden adalah bakeri dan kafe dengan konsep gaya hidup dalam taman dan inspirasi masakan ala Perancis. 

Bonjour Garden adalah untuk mereka yang gemar menikmati makanan sihat dan kreatif dari bakeri asli Perancis tetapi dibuat dengan kemahiran Jepun dan bahan dari Jepun.  Suasana ceria membolehkan anda meluangkan masa untuk menjamu selera dengan santai dan selesa.  Menunya menyenaraikan lebih 100 jenis makanan yang meliputi pelbagai makanan konfeksi, pastri dan sajian utama yang pasti dapat menambat selera pelanggan.  Bonjour Garden Intermark dibuka dari Isnin hingga Ahad, dari 8 pagi hingga 10 malam. 

Cawangan baru di Intermark merupakan sebuah kafe taman, yang menjanjikan suasana indah, praktikal dan menepati fungsi.   Santai, anggun lagi mesra adalah antara keterangan yang boleh diberikan untuk menggambarkan suasana yang serba sederhana tetapi menepati fungsi di sini. 

Di sebalik gaya pekampungan moden rupa bentuk luarnya, terletak kafe dengan cita rasa dan gaya Paris yang tersendiri.  Dengan sentuhan kelembutan warna kuning air dan tema taman, kesederhanaan Bonjour Garden dapat dilihat daripada hiasan dalaman yang ringkas, termasuk koleksi memorabilia, artifak dan hiasan lain yang membawa kenangan ke kota Paris.  Ini dengan serta-merta menghidupkan suasana ruang yang luas, santai dan mesra.

Chef Matsubara menjelaskan bahawa Bonjour Garden diilhamkan oleh sentimen pasaran yang menyaksikan kemunculan kafe seperti cendawan tumbuh, dengan konsep taman terapeutik – yang memberikan nafas segar dalam hutan konkrit.  “Kecenderungan eksekutif yang sentiasa sibuk bekerja untuk menghabiskan masa santai atau masa rehat dengan meneguk mocha sambil menikmati kelazatan croissant, atau makan tengah hari atau minum petang bersama kawan-kawan sudah menjadi satu trend.  Dan jika anda berhajat untuk makan malam, terdapat pelbagai sajian lazat untuk pilihan.

Bonjour Garden menawarkan aneka makanan bakeri dan pastri Perancis yang paling asli dan original.  Konsep menunya tertumpu kepada 3 elemen utama – “Sihat”, “Kreatif” & “Chef Jepun” – mengilhamkan 5 makanan bakeri utama (5’C’s) – iaitu caramel cheese raisin (roti mentega gulung), Ciabatta (roti keras), Croissant, Campagne (roti levain), cranberry cheese (roti levain) yang diperkenalkan kepada media hari ini.









“Kalau makanan tidak disediakan dengan sempurna, maka ia tidak akan meninggalkan dapur” – inilah falsafah dan komitmen peribadi Chef Matsubara yang sentiasa menjadi pegangannya.  Pakar kulinari berdarah Jepun ini komited dengan apa yang dikatakannya.  Anak kelahiran Kobe, Japan, beliau mendapat latihan dalam teknik Klasik Perancis dan mengasah bakat dan kemahirannya di Tokyo, dengan bekerja di Kimuraya Bakery.  Beliau amat tertarik untuk ke Paris, bagi mencapai impian menjadi pakar Patissier di Boulangerie au 140, yang terkenal di ibu kota Perancis. 

Pengetahuannya yang begitu mendalam tentang seni masakan mendorong Chef Matsubara untuk menulis buku ‘Latest Style of Boulanger Desserts’ dan mengesahkan kelayakannya sebagai pakar dalam bidang pengkhususannya menerusi program televisyen Jepun untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef, Bakery Skills.  Pada tahun 2004, beliau memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California; pertandingan yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh dunia.

Dua chef utama bersama Chef Matsubara adalah Chef Darren Chin dan Chef Shigeru Hashizume.  “Kafe kami berbangga dengan kehadiran chef berpengalaman sebagai mentor kepada sekumpulan chef kulinari yang berdedikasi dan semuanya bersemangat untuk memperlihatkan kepakaran kulinari Barat dengan sebaik mungkin bagi memuaskan selera pelanggan,” kata Chef Matsubara.

Menurut Chef Matsubara lagi, chef utama mengguna pakai teknik tradisional Perancis dengan kepakaran Jepun dalam pengeluaran produk di Bonjour Garden.  “Menggunakan bahan terbaik yang diperolehi dari seluruh dunia, kami berusaha untuk menyajikan produk yang tiada tandingan kepada pelanggan.

“Produk kami disediakan oleh kakitangan bakeri kami sendiri dan dibuat setiap hari dengan menggunakan bahan yang terbaik dan mengikut resipi tradisional yang tidak ditelan zaman menggunakan cara moden.

“Kami menggunakan bahan semula jadi tanpa pengawet, yang bermutu paling tinggi dan paling sihat dalam pembuatan makanan konfeksi kami.  Sebagai contoh, kami menggunakan Tepung Torigoe yang termasyhur dari rantau Kyushu di Jepun dan yis asli buatan sendiri yang dibuat daripada Kismis California untuk ‘menaikkan’ roti.  Ini memberikan aroma dan rasa yang tersendiri.

“Mentega yang digunakan di Bonjour Garden adalah gred A.O.P (Appellation d'Origine Protégée ) yang dikeluarkan di rantau Poitou-Charentes, Perancis.  Keadaan tanah dan iklimnya memberikan rasa lemak mentega dengan cirinya yang tersendiri, kata Chef Matsubara.

“Bagi kami, kreativiti bukan sahaja terletak pada rasa, kandungan dan persembahan, tetapi juga inovasi yang penting dalam eksplorasi paduan bahan dan rasa berlainan untuk mencipta kelazatan yang menarik sepanjang masa, tambahnya. 






Bonjour Garden Intermark, Kota Damansara dan Bukit Jelutong adalah bakeri dan kafe menjamu selera penuh, manakala dua lagi cawangan (Mutiara Tropicana dan Valencia Sierramas) adalah dalam bentuk ala kios untuk pesanan bawa pulang segera.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.facebook.com/bonjourgarden atau hubungi talian 03-6140-7603.


Ketua Chef dan Pengarah UrusanGrand Chef Yukichi Matsubara
Chef Utama : Chef Darren Chin & Chef Shigeru Hashizume









Menu :

  • Item Bakeri
    • 80 jenis
    • Bakeri utama / paling laris (Harga)
           Caramel Cheese Raisin    RM. 2.80
           Croissant                             RM. 2.50
           Campagne                           RM  5.80
           Ciabatta                                RM.6.00  Junior.  RM. 2.40
           Cranberry Cheese               RM. 18.20         
  • Sajian utama
    • 40 jenis
    • Sajian utama / paling laris (Harga)
      • The Pacific                          RM 18.00
      • Apple, Walnut & Arugula  RM 16.00
      • “Snail” Wurst                       RM 18.00
      • Smokey Egg                      RM 16.00
      • Mushroom soup                 RM 10.00
      • Broccoli soup                      RM 10.00
      • Smoked Duck Sandwich  RM 18.00
      • Chicken Crisp Sandwich RM 15.00
      • Olio Prawn                          RM 21.00
      • Crab and Edamame         RM 23.00
      • Oriental Pizza                     RM 24.00
      • Margherita Pizza                RM 16.00
  • Kek
    • 30 jenis
    • Kek Utama / paling laris (Harga)
      • Flufffruity Roll                                   RM.7.80
      • Raw raw Chocolate                       RM.6.60
      • Chocolate Galaxy                          RM.6.60
      • Caramel Mousse                           RM. 6.60
      • Cheese Souffle                             RM. 4.00
      • Cheese Symphony                       RM  6.60
Cawangan

  • Intermark                                           
Lot LC01 – 08, Intermark Mall
The Intermark
No. 348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel (03) 2181-1822
Waktu operasi  =   8:00 pagi hingga 10:00 malam

  • Kota Damansara
Central Park Building
Jalan PJU 5/13
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,

Tel: (03) 6140-7603
 Waktu operasi  =   8:30 pagi hingga 11:00 malam ( Ahad - Khamis)
                                             8.30 pagi to 12 tengah malam ( Jumaat  – Sabtu)
                                               * Persembahan band : 8 malam -10 malam
  • Bukit Jelutong
Lot 5, R-1 Ting GL 2
Plaza Jelutong
No 5C Prsn Gerbang Utama
Bukit Jelutong
40150 Shah Alam, Selangor

Tel: (03) 7734-3018
          Waktu operasi  =   9:00 pagi hingga 10:00 malam

  • Mutiara Tropicana (kiosk)
Jaya Grocer
No 2G-6G Jalan Mutiara
Tropicana 3
Mutiara Tropicana PJU
347410 Petaling Jaya

Waktu operasi  = 9:00 pagi to 10:00 malam

  • Valencia Sierramas (kiosk)
3G Ground Floor,
Jalan Sierramas Utama,
Sierramas,
47000 Sg Buloh
Selangor

Tel: (011 2345-7918)
Waktu operasi  = 9:30 pagi hingga 9:00 malam                                

BIODATA CHEF

Chef Yukichi Matsubara
(Grand Chef /Pengarah Urusan)

Berasal dari Kobe, Jepun, beliau terlatih dalam teknik Klasik Perancis dan mengasah bakat dan kemahirannya di Tokyo, dengan bekerja di Kimuraya Bakery.  Beliau amat tertarik untuk ke Paris, bagi mencapai impian menjadi pakar Patissier di Boulangerie au 140, yang terkenal di ibu kota Perancis. 

Pengetahuannya yang begitu mendalam tentang seni masakan mendorong Chef Matsubara untuk menulis buku ‘Latest Style of Boulanger Desserts’ dan mengesahkan kelayakannya sebagai pakar dalam bidang pengkhususannya menerusi program televisyen Jepun untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef, Bakery Skills.  Pada tahun 2004, beliau memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California; pertandingan yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh dunia.










Chef Darren Chin
(Chef/Pengurus – Intermark)

Didorong oleh minatnya terhadap makanan, beliau meninggalkan Pengajian Undang-Undang untuk mencapai impian menjadi Chef.  Beliau kemudiannya lulus dengan cemerlang dari Taylor’s University School of Hospitality and Tourism yang bersekutu dengan University De Toulouse – Le Mirail, pakar dalam Masakan Perancis.

Beliau seterusnya menimba pengalaman kerja di restoran terbaik di ibu kota (Third Floor Restaurant & Bar dan Westin Kuala Lumpur) di mana beliau didedahkan kepada pelbagai cara masakan dari Itali, Sepanyol dan gabungan Perancis-Jepun.
Kagum dengan gabungan penggunaan bahan Jepun dan teknik Perancis, beliau kemudian membina kerjaya profesional di salah sebuah Bakeri & Bistro Perancis-Jepun yang pertama dan terkenal di Kuala Lumpur di bawah bimbingan Grand Chef Yukichi Matsubara dan Chef James Thong.  Selepas bekerja keras selama beberapa tahun, beliau berhenti untuk menyertal Club Elite Genting Highland yang menghidangkan sajian makanan terbaik kepada pelanggan platinum Kumpulan Genting.

Pada tahun 2012, beliau mendapat peluang untuk melangkah lebih jauh apabila beliau disatukan semula dengan Grand Chef Yukichi Matsubara.  Beliau membantu Grand Chef Yukichi Matsubara untuk mengilhamkan konsep dan menu Bonjour Garden di The Intermark.  Mendapat inspirasi daripada mentornya dalam penyediaan sajian Perancis-Jepun, beliau telah menerapkan bahan Asia ke dalam Masakan Barat dalam menunya untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang segar dan unik kepada pelanggan.

Chef Shigeru Hashizume
(Chef Pastri – Bonjour Garden)

Berasal dari Fukuoka, Jepun, minat Chef Shigeru Hashizume dalam bidang masakan bermula dari menonton program TV popular dinamakan “Iron Chef”.  Tertarik dengan kreativiti dan kejayaan Chef Hiroyuki Sakai dalam bidang kulinari yang melayakkannya mendapat gelaran Iron Chef, Shigeru mengasah bakatnya kulinarinya dengan mencuba jaya membuat biskut untuk keluarga dan sahabat handai sewaktu berusia 10 tahun.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian menengah rendah, Shigeru tidak membuang masa dan terus mencari ruang untuk membina kerjaya dalam bidang Patisserie dengan menjadi Pelatih di Minori no Toki, juga dikenali sebagai CAKE HOUSE 実りの季.  Beliau seterusnya menyertai Esperance, mengasah kemahiran untuk menjadi pakar membuat Kek Gulung Jepun.  Kegigihannya menimba kemahiran dan mengembangkan kreativiti tidak sia-sia apabila beliau muncul sebagai pemenang dalam Pertandingan Kemahiran Pastri Fukuoka (bawah 21 tahun) pada 2009. 

Pada musim panas 2011, beliau membawa beg galas merantau ke seluruh Asia khususnya ke Korea, Thailand, Malaysia dan India untuk meneroka cita rasa dan keunikan sajian pastri setiap negara.  Beliau pulang dengan membawa inspirasi dan idea menarik untuk meningkatkan kemahiran, lalu menyertai Hotel New Otani di Hakata, untuk menerima bimbingan daripada chef pastri yang terkenal, Chef Shinsuke Nakajima.