Makanan Warisan ke persadan dunia Nasi Lemak Antarabangsa terus gah, jadi perintis generasi akan datang MALAYSIA bukan sahaja kaya dengan budaya dan keramahan rakyat, bahkan makanannya sebagai hidangan tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Seperti nasi lemak, ia antara makanan bercirikan Malaysia mendapat tempat di hati rakyat tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam. Malah, nasi lemak kini diumumkan sebagai Warisan Kebangsaaan 2009 apabila disenaraikan antara 100 jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia. Maka tidak hairanlah jika ia boleh didapati di mana-mana, dari gerai jalanan, restoran hingga hotel, malah dihidangkan kepada penumpang dalam pesawat. Namun, siapa sangka perniagaan nasi lemak milik seorang usahawan hanya bermula daripada gerai kecil di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru kini bakal melebarkan sayap ke luar negara. Begitulah perkembangan perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru (NLA) yang dibangunkan sejak 1973 oleh Pengas...