Posts

Showing posts with the label ekonomi

Dasar Pandang Ke Malaysia

PENGENALAN HUBUNGAN JEPUN MALYSIA Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, hubungan Malaysia Jepun terus berjalan di atas dasar saling bergantungan namun disifatkan lebih menguntungkan Jepun terutama dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Kemajuan Jepun daripada segi pendidikan, tenaga mahir, dan kecanggih teknologi telah mencetuskan satu dasar oleh kerajaan Malaysia. Pada awal 1980an hubungan kedua negara terus ditingkatkan apabila Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Dasar ini diperkenalkan bertujuan menjadikan Jepun sebagai model pembangunan. Di bawah dasar ini, pelajar dan pelatih dihantar belajar dan menjalani latihan di Jepun bagi membolehkan mereka mempelajari dan mengamalkan budaya kerja Jepun. Kajian yang dibuat di kalangan bekas pelajar menunjukkan mereka mendapat faedah daripada pembelajaran di sana kerana selaian belajar golongan itu dapat mengamalkan budaya dan etika kerja yang tekun, dan menepati masa. Hubungan dip...

Jambatan kedua Pulau Pinang kini dibina

Image
Projek yang membabitkan RM4.5 bilion itu dijangka mengurangkan 20 peratus kesesakan lalulintas Jambatan kedua Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab menjayakan projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang menjangkakan jambatan kedua akan mengurangkan 20 peratus kesesakan aliran trafik di jambatan pertama. Pengarah Urusannya, Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata, jambatan itu akan menjadi alternatif dalam mengurangkan kesesakan yang menghubungkan Batu Maung di Pulau dan Batu Kawan di tanah besar. Menurutnya, jambatan itu kini 24 peratus dalam pembinaan adalah terpanjang di Asia Tenggara dan akan dibuka secara rasmi untuk laluan pada November 2013. “Projek itu membabitkan RM4.5 bilion kos pembinaan menerusi pembiayaan dan kerjasama Bank import eksport China (Exim), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad,”katanya selepas menandatagani kontrak perjanjian bersama Chec Construction (M) Sdn Bhd dan ...

Bangunkan industri pelancongan lebih penting

Image
Mohd Khalid Bangunkan industri pelancongan lebih penting Menerusi kepimpinan baru, Matta perlu fikir hala tuju demi kepentingan bersama Lupakan mengenai kekalutan yang berlaku dalam Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta). Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu baru -baru ini memilih Datuk Mohd Khalid Harun sebagai presiden baru. Dengan pengumuman itu, diharapkan ia dapat menyelesaikan konflik dalaman kepimpinan Mata yang ber lanjutan selama enam bulan. Apa yang lebih penting adalah peranan Matta dalam membantu membangunkan industri pelancongan yang menjadi sumber kedua pendapatan negara. Tahun lalu, Malaysia dikunjungi seramai 23.65 juta pelancong mengatasi sasaran 19 juta walaupun dilanda krisis ekonomi dan wabak Influenza A (H1N1). Namun, industri pelancongan turut terjejas berikutan krisis ekonomi dan memberi tempias kepada ejen pelancongan dan pengembaraan . Antara lain mengenai peningkatan terhadap backpackers (pengembara jalanan) dan pengembara ...

Pasar Tani

Image
Anjakan imej usahawan tani Pengenalan Karavan Pasar Tani bantu pembentukan ekonomi berpendapatan tinggi KERAJAAN berhasrat untuk mengurangkan 50 peratus kebergantungan negara terhadapimport makanan bernilai RM28bilion tahun lalu kepada RM14 bilion setahun dalam usaha menjimatkan pengaliran wang keluar. Langkah itu membantu pembentukan ekonomi seiring model berpendapatan tinggi bagi meningkatkan pendapatan golongan petani, nelayan dan penternak. Sejajar usaha itu, pasar tani diperkenalkan sebagai medan pertemuan pengeluar dan pengguna yang menjadi salah satu institusi pemasaran utama negara. Pasar Tani dilancarkan pada 31 Januari 1985 oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) ke arah usaha memperkasakan pemasaran produk pertanian dan industry asas tani di seluruh negara. Setelah 25 tahun beroperasi, bilangan Pasar Tani mencecah 356 tapak dengan penyertaan seramai 16,260 usahawan dan unjuran nilai jualan RM500 juta setahun. Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul ...

Transformasi satu dekad - ke arah wawasan 2020

Image
Malaysia menuju transformasi satu dekad Walaupun cabarannya amat besar, namun semua pihak perlu bersedia menjadikannya realiti pada 2020 IWAN SHU-ASWAD SHUAIB, SOFYAN RIZAL ISHAK, SALWANI MD ZAIN dan NORHIDAYYU ZAINAL MUKADIMAH KEHADIRAN 2010 menyaksikan tempoh satu dekad bagi Malaysia mendepani Wawasan 2020, satu perkembangan secara mega sejak ia diperkenalkan 20 tahun dulu. Wawasan 2020 adalah tindak balas kepada perkembangan ekonomi, politik dan sosial kepada negara di peringkat nasional atau antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita sering kali dimaklumkan tentang pelaksanaan, inisiatif dan usaha dengan menjadikan tahun ‘keramat’ itu sebagai sasaran. Penetapan tahun 2020 itu adalah jangkaannya sebagai pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan pesat. Ini termasuk jangka waktu munasabah dan pratikal berdasarkan kemajuan dan pencapaian yang dicapai. Tidak dinafi kan cabarannya amat besar terutama Krisis Kewangan Asia 1997 dan...