Posts

Showing posts from June, 2010

Sasar jualan RM100,000 tahun ini

Image
Mh Mohd mula lebarkan perniagaan ke luar negara Pengeluar, pengilang dan pembekal rangkaian penyedap rasa seperti sos cili, tomato dan kicap jenama Mh Mohd dan Fatina, M.H.Mohd Industries Sdn Bhd, menyasarkan jualan mencecah RM100,000 sepanjang tempoh 12 bulan akan datang. Pengarahnya, Muhamad Yusof berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu menerusi jualan runcit di seluruh pasaraya besar terutamanya, Tesco, Giant, dan Mydin seluruh negara. Menurutnya, syarikat juga kini sedang meninjau peluang eksport ke luar negara terutamanya ke Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom dalam masa terdekat. “Kami optimis dengan sasaran kerana pada kebiasaan kami mengedar tiga kontena produk ke seluruh negara setiap bulan,”katanya ketika ditemuramah Sinar Harian sempena Pameran Halal Antarabangsa ke tujuh (Mihas) di Kuala Lumpur. Beliau berkata, jenama itu diperkenalkan buat pertama kali pada 1986 menggunakan modal serendah RM500 yang diusahakan secara kecil-kecila...

Ratu :Tumpu pada pasaran domestik

Image
Jenama Ratu akan menambah cawangan dan jualan dalam talian tahun ini De Galeri Ratu (M) Sdn Bhd pengeluar dan pemasar pakaian wanita dan tudung jenama Ratu menyasarkan 10,000 ahli menerusi kad keahlian kesetiaan selaras usaha mengembangkan jualan hingga hujung tahun ini. Pengarah Pemasarannya, Juwita Abdullah berkata, syarikat menawarkan 20 peratus potogan kepada ahli untuk setiap pembelian dan setakat ini mempunyai 5,000 ahli yang aktif. “Kad keahlian adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan kerana sokongan membeli barangan yang kebanyakkannya lebih daripada satu,”katanya ketika ditemuramah Sinar Harian di ibu pejabatnya, Setapak, Kuala Lumpur. Menurutnya, bagi meluaskan lagi pasaran, Ratu akan menampilkan busana Ratu menjelang hari raya nanti. “Daripada cadangan pelangganlah busana dilahirkan sekaligus memudahkan mereka membuat padanan tudung dan baju,”katanya. Juwita berkata, busana dan tudung saling melengkapi antara satu...

e-Mas memartabatkan gamat sebagai produk komersil

Image
>Rancang tembusi pasaran luar negara lima tahun akan datang Gamat E-Mas Sdn Bhd, pengeluar dan pemasar produk berasaskan gamat jenama e-Mas menyasarkan 20 hingga 30 peratus pertumbuhan jualan sepanjang 2010. Pengarah Urusannya, Rosedy Issa berkata, permulaan suku pertama tahun ini telah menunjukkan peluang yang positif kerana bermula Januari 2010 hingga Mei 2010 pertumbuhan jualan kini mencecah 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. “2009 adalah tahun mencabar dan pertumbuhan jualan hanya mencecah 30 peratus, tetapi melihat tanda-tanda pemulihan ekonomi, syarikat yakin jualan mampu mencapai sasaran,”katanya ketika di temu ramah Sinar Harian di ibu pejabat Gamat Emas, di Cheras, Kuala Lumpur. Menurutnya, melihat sambutan dan permintaan dalam dan luar negara, dari segi nilai jualan, syarikat menyasarkan purata jualan sehingga RM1.5 juta sebulan dan mampu mencecah RM20 juta hingga akhir tahun ini. Sejajar mengembangkan jualan, syarikat menyasa...

Butik Mama sasar jualan sehingga RM300,000 tahun ini

Image
">Butik Mama pelawa orang ramai menjadi stokis dan pengedar untuk meluaskan rangkaian pemasaran Sejarah Mengutamakan kehendak pelanggan dengan rekaan terkini fesyen wanita kontemporari, pemilik Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim dibantu suaminya, Azman Mohd Salleh melangkah setapak lagi dengan mendirikan sebuah cawangan dalam mengembangkan perniagaan yang diusahakan secara talian (online) sebelum ini. “Saya mengusahakan perniagaan ini bermula 2007, secara talian dan bertambah yakin apabila jualan berganda setiap bulan,”kata Ainna selaku Pengarah kepada syarikat Mama Secret Industry. Katanya, perniagaan secara talian senang dan mudah kerana tidak memerlukan modal dan kos yang banyak. Menurutnya, beliau menggunakan RM300 sebagai modal permulaan dan bertambah sehingga RM40,000 untuk membuka premis. “Saya boleh buka premis ni pun sebab sokongan dan permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan yang ingin melihat kemajuan dan kem...