MPH tawar buku pelbagai genre
Berusaha untuk menyokong pembangunan intelektual masyaraka Kewujudan kedai buku yang tidak asing lagi di negara kita, MPH Bookstores Sdn Bhd (MPH Bookstore) mempunyai sejarah yang tersendiri dan secara ringkasnya mula mencipta nama apabila pada 1928 Frank Sands mula memperkenalkan syarikat itu ke Singapura. Pada waktu itu, beliau bertindak sebagai pengarah kepada Malayan Publishing House. Aktiviti utama pada masa itu adalah tertumpu pada proses mengeluar, mengedar surat khabar, jurnal serta buku kesusateraan. Selepas perang dunia kedua berakhir, beliau bangkit dan telah menukar nama Malayan Publishing House kepada Malaysia Publishing House dan pada 1963, beliau memulakan operasi sebagai pemborong buku. Pada 1966, MPH telah mengalami masalah kewangan dan pemilikannya telah bertukar kepada pedagang Cina-Indonesia dan telah disubsidiarikan kepada empat bahagian iaitu MPH Books, Mph Printers, MPH Publication dan juga Lian Tak MPH yang berfungsi untuk mengeluarkan buku-buku latihan d...