Posts

Transformasi satu dekad - ke arah wawasan 2020

Image
Malaysia menuju transformasi satu dekad Walaupun cabarannya amat besar, namun semua pihak perlu bersedia menjadikannya realiti pada 2020 IWAN SHU-ASWAD SHUAIB, SOFYAN RIZAL ISHAK, SALWANI MD ZAIN dan NORHIDAYYU ZAINAL MUKADIMAH KEHADIRAN 2010 menyaksikan tempoh satu dekad bagi Malaysia mendepani Wawasan 2020, satu perkembangan secara mega sejak ia diperkenalkan 20 tahun dulu. Wawasan 2020 adalah tindak balas kepada perkembangan ekonomi, politik dan sosial kepada negara di peringkat nasional atau antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita sering kali dimaklumkan tentang pelaksanaan, inisiatif dan usaha dengan menjadikan tahun ‘keramat’ itu sebagai sasaran. Penetapan tahun 2020 itu adalah jangkaannya sebagai pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan pesat. Ini termasuk jangka waktu munasabah dan pratikal berdasarkan kemajuan dan pencapaian yang dicapai. Tidak dinafi kan cabarannya amat besar terutama Krisis Kewangan Asia 1997 dan...

Malay Teh House

Image
Warisan budaya cabaran Malay Tea House Martabat teh Melayu melalui pengembangan dalam, luar negara SALWANI MD ZAIN INDUSTRI teh, sama seperti kopi atau minuman lain mempunyai kelebihan tersendiri untuk diperluaskan potensinya. Menyedari kepentingannya terhadap industri dan ekonomi negara, Warisan Asal Sdn Bhd melalui jenama Malay Tea House melahirkan teh bercirikan Melayu. Malay Tea House bukan sahaja dipasarkan untuk pasaran tempatan, tetapi turut melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa bermula di China pada 2005, disusuli Afrika, Singapura dan Jepun. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safinah Yaakob berkata, teh adalah warisan agung tidak ternilai dan ia seharusnya dikekalkan dari segi rasa, kualiti dan jenis. “Masyarakat kita kaya dengan warisan dan teh adalah salah satu daripadanya kerana berpotensi besar untuk dikomersialkan, ” katanya kepada Sinar Harian. Justeru, Warisan Asal memfokuskan teh sebagai segmen utama perniagaan selain memasarkan produk penjagaan diri...

2010: Negara Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Image
Transformasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi Pendekatan inovasi, kreativiti dan nilai tambah mencapai hasrat negara 10 tahun lagi TAHUN 2010 membuka lembaran baru kepada Malaysia membentuk sebuah negara lebih kukuh apabila hasratnya untuk transformasi sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga strategi utama sebagai asas kepada pembentukan model ekonomi baru untuk kemakmuran bersama. Strategi itu akan memastikan pembangunan holistik dan mapan, mengutamakan kesejahteraan rakyat serta memacu negara bagi mencapai hasrat itu dalam tempoh 10 tahun lagi. Timbalan Pengarah Institut Tunas Mekar Tun Abdullah Ahmad Badawi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Profesor Dr Baayah Baba mempunyai pandangan tersendiri mengenai fokus bajet 2010. Apabila memperkatakan tentang negara pendapatan tinggi, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah perubahan sikap da...

Ulang Tahun Kelahiran

Image
Minggu depan (17&18 Jan) usia kami akan meningkat lg kepa d a 1 angka.. bg aku x kiralah berapa angka pn yg m eningkat tp kami still maintain..usia bukan s uatu halangan.. kami still look young and happy go lucky person... ORG KATA.. CHEE wAAH! bila usia sudah matang ni.. kita kena lah mematangkan diri... maksudn ya perubahan sikap dan perangai serta pendirian tu ke arah yg lebih baik.. seiring dgn usia..btul ke.. ada benarnya...kalau umo je bertambah tp diri sendiri x de apa2 perubahan.. ke mana arah tujuan hidup kita sebenarnya..(pendirian x de) ramai di kalangan "org" takut utk ckp pasal umo sebenar... bg ku.. x de apa yg patut dielakkan.. sama ada kita nk atau tidak.. masa silih berganti, hari tetap akan menjelma jgk.. jadi look at yourself and muhabah diri masing2... tahun ini aku akan berganjak kepada 27, manakala suamiku sudah 36!.. satu usia yg memang tahap matang bg seoerng lelaki dan life begin at 40 dlm 4 tahun dr sekarang!.. tp itu org lelaki yg ckp! bg wani...

kalau dah namanya perempuan....

Image
Kalau dh namanya perempuan tu.. sifat suka ambik tahu hal org tu ... dh jd kemestian!.. nmpk org lalu.. kenal ke x kenal. pasti ade je yg nk komen.. make up x cantik.. cara jln ke.. baju dia x matching ke.. mcm2 lg.. kali ini, aku nk citer kisah aku dan member aku ni.. ktorg nk g beli mkn tuk breakfast kt kafe.. sblom sampai cafe tu.. lalu satu corner ni... ade sorang perempuan kt situ.. nmpk je member aku melintas.. dia pn tnya.. mengandung lg ke nmpk mcm berisi je... member ku mengiayakan saja.. tp yg tu aku x kisah lg.. sebab kira.. kenal la jgk perempuan tu.. cuma yg menariknya.. satu hari tu.. member aku ni lalu satu corner ni .. bhgian advertising.. member aku x familiar sgt dgn org2 kt situ.. x kenal pn sape mereka.. jrg bertegur sapa.. kalau aku tu lain la.. aku kenal jgk beberapa org kt bahagian tu.. menurut memberku.. ada seorang perempuan ni.. pangkat kakak la.. time kitaorg lalu.. dia boleh tnya...eh dik ko mengandung lagi ker? accident eik?.. pastu siap gelak ramai2....

ade2 sahaja ...

apabila teringatkan peristiwa td (6/1/2010)interview.. pelbagai perasaan aku rasa... mula terfikir pn ada.. kalau la iman ni x kuat... pasti senang di pengaruh.. alhamdulillah.. setakat ini semuanya masih dalam keadaan terkawal dan aku masih sedar siapa diri aku.. aku adalah wanita, ibu dan yg paling penting isteri kepada suami yg ku kasihi.. ha.. he.. sebenarnya ceritanya begini.. aku dpt tugasan interview tok arab .. dr Kuwait kalau x silap aku.. mcm biasa.. aku pergi ofis dia n interview.. mula2 ckp pasal produk .. pastu bila dh habis pasal semua tu.. siap offer.. nk lunch or dinner dgn aku.. katanya nk tunjuk culture arab pk kt aku.. masa tu.. aku mula terpikir.. ape hal dia ni? nk cover line.. aku ckp.. ok i will cal u later.. or coz i;m busy now.. dia ckp x kisah la.. janji aku stuju n buat date dgn dia.. gler ke ape dia ni.. aku dr awal2 dh bg thu.. i'm married.. sb dia ade tya... single or married.. ktanya aku x nmpk cm dh ade anak.. kawen jauh sekali.. e..e.. aku mula ras...

permulan 2010

Image
sambutan tahun baru kami biasa2 shj.. keluar tgok bunga api.. pastu balik tido.. dan esoknya baru kami semua berangkat ke Bukit Tinggi.. Kota dlm rimba.. aku suka gelarkan tempat tu mcm tu sb sblom kita sapai ke situ.. hutan tebal... jln pn simpang siur.. mcm nk g genting kota keriangan tu!.. cuma bezanya kt sini kita g menikmatoi suasana hutan.. alam dan paling penting pemandangan yg cantik.. boleh naik kuda skali tau! so pg tu.. kami bertolak dlm kol 12 tghari.. lepas perut dh kenyang..aku gembira sb dh lama nk jejak kaki ke sini.. tp cuma berkesempatan buat skip pasal tempat ni je.. masa dulu2.. projek akhir... masa jd student. pastu angan2 tu aku simpan, akhirnya tertunai sudah. masuk ke situ.. biasalah.. sape yg x suka hutan.. pasti rasa boring.. sebenarnya sejuk mata memandang.. sejuk tempat tu... maklumlah dikelilingi pokok2... nyaman udaranya.. Nana dan ayahnya sibuk dok mengintai burung... banyk jenis burung kt situ.. cuma kami x sempat nk ambik gambar.. al maklum lah kamera...