Posts

lamanya x update...

kalau dihitung.. dah lebih 1 bln aku x update blog ni.. bukan x aktif.. tp byk benda yg menyebabkan kerja2 update ni tergendala.. bln september.. aku menyepi seribu bahasa.. bukan x de apa yg update cuma x de mood untuk mengumpat di ruangan ini.. he.. he.. ok tgok entry yg lepas, nk cerita pasal lepas blik penang.. emmm.. seronok jgk jln2 kt sane.. tp yg paling best kami berkumpul adik beradik.. cuma my bro yg sulung je x de.. keje katanya.. x pela.. after celebrate convo tu, kami nk jln2 kt penang.. tp bukit bendera tgh renovate la pk.. huisssh.. x sempat la pk nk masuk.. emmm... ini suh pergi skali lg la tu.. x pe.. ade masa... kami ke sana lg..

hai.. inilah nasib ku

sabar tu separuh daripada iman.. ramai yg dah tahu pasal tu... mmng betul, bila difikirkan kembali.... kerana kesabaran yg tinggi, kita dapat didik dii kita jd orng berguna. tp itu la.. bila setiap kali ade dugaan, hati ini sayu sungguh!... ade saja benda yg menjadi beban terpaksa di pikul, dan semua itu menjadi duri dalam daging yg sgt berbisa... x semua orng sanggup berdepan, dan aku adalah salah seorng daripada mereka. stress... itu perkara yg paling aku x suka.. sedih, perit dan sungguh terhina.. alhadulillah dengan kesabaran jua la... kesedihan itu dapat diatasi... cerita pasal bulan ni... mcm2 cerita yg aku rasa geram, sakit hati dan paling x suka melibatkan perasaan... planning bulan ni, nk bayar hutang...join family ke pennag dan mcm2 lg, tetapi x sangka2 bila service kereta, tayar kereta pk dan botak... kalau aku dapat tnya takdir, nk saja aku tnya.. kenapa time ni jgk... tunggu la masa aku betul2 ade duit... x lah aku rasa hampa sgt dgn kewanganku bulan ni.. tp siapa la kit...

aksi anakku.. Nana

Image
Aksi2 si Manja ku yg semakin hari semakin membesar... telatahnya.. amboi... semua dia nk tunjuk pandai.. tgok la gmbr2.. cara dia main.. tunjuk kepakaran dia... Ha.. ha.. penat main.. tertido...

Maira Trading

Image
Tingkat pemasaran menerusi pengedar dan stokis Maira Trading terus kukuhkan jenama dalam negara Dibina menggunakan modal perkongsian sebanyak RM15,000 seorang, dua wanita berjaya ini memberi aliran baru kepada cita rasa fesyen tudung wanita muslimah masa kini. Pengurus juga merangkap pemiliknya, Noraini A Rani dan Jama’ayah Che Ros masing-masing komited menyasarkan jualan mencecah RM1 juta hingga hujung tahun ini. Menurut Noraini, sasaran itu bukan suatu yang mustahil memandangkan setiap bulan jualan tudungnya mencecah RM130,000. “Fokus utama yang sedang kami gerakkan adalah pelan pemasaran, pengenalan produk baru, penambahan stokis dan pengedar,”katanya ketika ditemu ramah Sinar Harian di premis Maira Trading Resources, Apartment Sri Tanjung, Jalan USJ 16/7, Subang Jaya, Selangor. Maira Trading Resources adalah syarikat yang bertindak sebagai pengeluar dan pemasar pakaian dan tudung muslimah jenama Maira Collection. Maira adalah ...

Tingkat pemasaran menerusi pengedar dan stokis

Image
Maira Trading terus kukuhkan jenama dalam negara

Sasar jualan RM100,000 tahun ini

Image
Mh Mohd mula lebarkan perniagaan ke luar negara Pengeluar, pengilang dan pembekal rangkaian penyedap rasa seperti sos cili, tomato dan kicap jenama Mh Mohd dan Fatina, M.H.Mohd Industries Sdn Bhd, menyasarkan jualan mencecah RM100,000 sepanjang tempoh 12 bulan akan datang. Pengarahnya, Muhamad Yusof berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu menerusi jualan runcit di seluruh pasaraya besar terutamanya, Tesco, Giant, dan Mydin seluruh negara. Menurutnya, syarikat juga kini sedang meninjau peluang eksport ke luar negara terutamanya ke Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom dalam masa terdekat. “Kami optimis dengan sasaran kerana pada kebiasaan kami mengedar tiga kontena produk ke seluruh negara setiap bulan,”katanya ketika ditemuramah Sinar Harian sempena Pameran Halal Antarabangsa ke tujuh (Mihas) di Kuala Lumpur. Beliau berkata, jenama itu diperkenalkan buat pertama kali pada 1986 menggunakan modal serendah RM500 yang diusahakan secara kecil-kecila...

Ratu :Tumpu pada pasaran domestik

Image
Jenama Ratu akan menambah cawangan dan jualan dalam talian tahun ini De Galeri Ratu (M) Sdn Bhd pengeluar dan pemasar pakaian wanita dan tudung jenama Ratu menyasarkan 10,000 ahli menerusi kad keahlian kesetiaan selaras usaha mengembangkan jualan hingga hujung tahun ini. Pengarah Pemasarannya, Juwita Abdullah berkata, syarikat menawarkan 20 peratus potogan kepada ahli untuk setiap pembelian dan setakat ini mempunyai 5,000 ahli yang aktif. “Kad keahlian adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan kerana sokongan membeli barangan yang kebanyakkannya lebih daripada satu,”katanya ketika ditemuramah Sinar Harian di ibu pejabatnya, Setapak, Kuala Lumpur. Menurutnya, bagi meluaskan lagi pasaran, Ratu akan menampilkan busana Ratu menjelang hari raya nanti. “Daripada cadangan pelangganlah busana dilahirkan sekaligus memudahkan mereka membuat padanan tudung dan baju,”katanya. Juwita berkata, busana dan tudung saling melengkapi antara satu...