Posts

Rumah terbuka peluang tambah pendapatan

Kesempatan diguna syarikat katering gandakan rezeki Adalah menjadi tradisi masyarakat kita pada hari ini selepas sebulan berpuasa, Syawal dirai dengan penuh meriah. Kedatangan Syawal bukan sahaja saat yang dinantikan kerana berjaya menyempurnakan rukun Islam ke tiga, tetapi pada bulan ini juga kita akan menerima undangan ke rumah terbuka. Konsep rumah terbuka yang diperkenalkan di negara kita adalah bertepatan dengan semangat mubibbah selaras saranan kerajaan untuk mengamalkan konsep satu Malaysia. Majlis rumah terbuka dalam masyarakat kita dilihat telah menyemarakkan lagi amalan berkunjungan dan saling bermaafan sepanjang bulan Syawal yang mulia. Penganjuran rumah terbuka juga dilihat telah membuka peluang perniagaan bagi sesetengah pihak terutama syarikat yang berkecimpung dalam dunia perniagaan katering. Latar Belakang Segi Seri Sdn Bhd bukan satu nama baru dalam perkhidmatan katering di negara kita. Dari segi penubuhan, Syarikat ini telah berpengalaman se...

Serunding Gombak Di hasil guna resipi sendiri

Cipta nama di Lembah Klang seperti buatan Pantai Timur Mukadimah Ramai di kalangan kita mengenali apa itu serunding dan makanan tradisional itu dikatakan terkenal pada awalnya di bahagian Pantai Timur iaitu Kelantan. Setiap tahun, juadah itu menjadi makanan kesukaan ramai di kalangan masyarakat Melayu untuk dihidangkan kepada tetamu bersama ketupat, lemang dan nasi himpit. Serunding yang biasa dijual adalah jenis daging, ikan, ayam, dan udang. Namun begitu, serunding daging masih menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lebih enak berbanding yang lain. Serunding adalah sejenis masakan yang dibuat menggunakan rempah dan dimasak sehingga kering, agar tahan lama. Ia memerlukan penjagaan yang rapi daripada segi pengacauan tanpa henti hingga betul-betul kering bagi menjamin jangka hayat yang lebih lama. Masyarakat di Kelantan muncul sebagai komuniti yang banyak mengusahakan makanan ini. Namun sejak kebelakangan, resipi itu mula bertukar tangan dan beberapa perusahaan di luar...

Sedia perkhidmatan terbaik dengan jaminan

Domino’s komited tambat hati pelanggan, sedia baucher jika lewa Jaminan penghantaran 30 minit dan jika lebih, dua pilihan diberi demi menjamin pesanan pelanggan tiba pada masa yang dijanjikan. Komitmen itu memberi gambaran jelas bahawa kaedah itu adalah satu langkah bersepadu yang diamalkan oleh Domino’s Pizza sebuah pengeluar piza terkemuka negara dalam mengukuhkan kedudukan demi menambat hati pelanggan. Justeru, tidak hairan Domino’s Pizza mendapat gelaran sebagai pakar penghantaran piza nombor satu di dunia. Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu kini membangunkan Domino’s Pizza di lebih 65 pasaran antarabangsa dan mempunyai 9,000 cawangan di seluruh dunia. “Inisiatif yang diperkenalkan membuatkan kami berbeza dengan pesaing dan itulah komitmen kami dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,”kata Ketua Pegawai Operasi Dommal Food Services Sdn Bhd, Ba U Shan Ting pemegang francais utama yang menguruskan Domino’s Pizza di Malaysia. Latar Belakan...

Kurma pelengkap hidangan berbuka puasa

Disunatkan makan sekurang-kurangnya sebiji, ikut sunnah nabi Mukadimah Keindahan Ramadan seolah-olah tidak lengkap tanpa buah tamar atau kurma sebagai hidangan wajib berbuka puasa. Tidak hairanlah, di mana saja kita pergi baik pasar raya besar mahu pun gerai di kaki lima, kurma adalah jualan wajib yang pasti mendapat sambutan sempena Ramadan. Adalah menjadi kelaziman setiap kali berbuka, kita disunatkan makan sekurang-kurangnya sebiji kurma. Kehadirannya di kalangan pelbagai juadah yang dijual ketika berbuka membawa lebih keberkatan berbanding makanan lain. Martabat buah ini menjadi lebih tinggi di sisi Rasulullah apabila ianya menjadi juadah ketika baginda berbuka puasa. Buah ini juga menjadi makanan paling popular di kalangan umat Islam di seluruh dunia terutama negara yang majoriti berpenduduk Islam. Seiring peredaran masa, kurma juga telah dikomersil seperti buah-buahan lain dan pelbagai jenama dikeluarkan. Di negara kita, Kurma Yusuf Taiyoob antara yang popu...

sibuk menjelang raya

alhamdulillah.. kerja2 akan setel tak lama lagi... sibuj giler la time ni.. Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.6.9

Habib Jewels

'> ' /> Published with Blogger-droid v1.6.9