Teraju akan terus perkasakan pembangunan Bumiputera
Langkah kerajaan memastikan kebajikan golongan Bumiputera tidak terabai Mukadimah Sebagai komitmen untuk terus memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera, kerajaan telah menubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) sebagai langkah untuk memastikan perancangan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan Pendekatan yang diambil Teraju adalah menekanan terhadap konsep kerjasama dengan pelbagai agensi lain. Matlamat Teraju adalah sebagai penyedia kepada pelan termasuk mencari jawapan bagi persoalan yang berkaitan faktor yang menghalang golongan Bumiputera daripada menyertai projek–projek mega serta langkah yang perlu diambil bagi memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih kukuh serta mampan. Ikuti garapan dan butiran yang disediakan wartawan SALWANI MD ZAIN melalui temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh tentang perkembangan dan perjalanan Teraju sejak ditubuhkan. SH: Sejak ditubuhkan apa perkembangan yang telah dijalankan Teraju? Husni: Sejak penubuhan, ...