MEMASAK SECARA BERGAYA DENGAN BOSCH ASIAN RANGE

Hud dan dapur memasak INTELLIgent untuk rumah Asia Bosch Home Appliances , jenama peralatan perkakas rumah terkemuka Eropah telah melancarkan sebuah revolusi Asian Range yang menampilkan ciri inovasi INTELLI bagi memenuhi keperluan dapur rumah orang Asia, sekaligus membolehkan penggunanya memasak dengan penuh bergaya di samping memastikan dapur mereka dan keseluruhan rumah sentiasa berkeadaan bersih dan tidak berbau. Dibarisi produk seperti dapur gas, dapur elektrik, dapur hibrid dan hud pengumpul sisa minyak, ciptaan dan reka bentuk setiap daripada produk Bosch Asian Range adalah dihasilkan secara teliti bagi menyesuaikan cara orang Asia memasak. Dapur gas dan elektrik Asian Range direkabentuk lebih luas berbanding European Range kerana mengambil kira aktiviti memasak orang Asia melibatkan peralatan seperti kuali dan periuk yang bersaiz lebih besar berbanding cara memasak orang Barat. Saluran kumpulan sisa minyak profesional pada hud didatangi dengan sistem pen...