Erat kasih sayang dengan Kleenex.. jom
IKRAR BERKONGSI KELEMBUTAN DAN LAFAZKAN KASIH SAYANG KEPADA ORANG
TERSAYANG
Kleenex® membawakan cara inovatif untuk Berkongsi Kelembutan
Tatkala
kesibukan kehidupan seharian, kita sering cuba untuk melakukan semua perkara
dan berada di setiap tempat pada masa yang sama, mengimbangi kerjaya,
kawan-kawan, keluarga dan masa untuk diri sendiri. Tetapi, jika kita sering
terlepas peluang untuk duduk bersembang bersama rakan, santai bersama keluarga,
memenuhi temujanji menonton wayang dan lain-lain, mungkinkah ia telah menjadi
tabiat kami membuat janji kosong? Untuk memperkayakan
hubungan kita dengan yang tersayang, lakukan ikrar pada hari ini di ‘Kleenex®
Wall of Softness’ – jadikannya peringatan kepada kita bahawa setiap perlakuan kecil
mampu memberi pengertian besar kepada orang tersayang dalam kehidupan kami.
"Kleenex® sinonim dengan kelembutan, justeru itu kami sentiasa menekan kepentingan
perlakuan kelembutan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia," kata Soo
Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. "’Kleenex® Wall of Softness’ membawa kempen ‘Share the Softness’ ke tahap yang baru, memperluaskan
kenyataan bahawa kita perlu memberi keutamaan kepada orang tersayang dengan
berikrar untuk melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, bukan sekadar berkata-kata
tetapi komited untuk menunaikan janji kepada orang yang penting dalam kehidupan
kita."
Antara selebriti
tempatan yang berganding bahu dengan Kleenex® untuk menyebarkan mesej kelembutan
dengan melakukan ikrar-ikrar pertama di ‘Kleenex® Wall of
Softness’ adalah Deborah Henry, dermawan dan pejuang Hak Asasi Kanak-kanak
World Vision, serta Sharifah Amani, pelakon pemenang anugerah.
Kleenex® juga menjemput
orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang dengan memberi komitmen perlakuan kelembutan
di ‘Kleenex® Softness Store’ yang akan meronda di sekitar Lembah Klang bersama
‘Kleenex® Wall of Softness’ ini. Untuk menggalakkan perlakuan kelembutan, 500 peserta
pertama yang berkunjung ke ‘Kleenex® Softness Store’ dan berikrar perlakuan
kelembutan mereka akan membawa pulang tisu Kleenex® yang penuh kelembutan.
Kempen ‘Kleenex® Share
the Softness’ yang berlangsung dari 20 November 2013 hingga 15 Januari 2014 bertujuan
mencapai 5,000 ikrar dan dengan pencapaian ini, Kleenex® akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 kepada
kanak-kanak kurang bernasib baik dari Sekolah Fugee. Melalui kempen ini, rakyat
Malaysia akan diingatkan untuk mempraktikkan sifat kelembutan dalam kehidupan sesama
sendiri, turut kepada kanak-kanak yang memerlukan kelembutan di Sekolah Fugee,
sebuah pertubuhan amal yang memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak pelarian
dari Somalia.
"Sekolah Fugee adalah perjuangan yang amat bermakna untuk saya,"
kata Deborah Henry. "Saya yakin kita boleh melakukan perubahan positif
dalam kehidupan orang lain, dan kempen ‘Kleenex®
Share the Softness’ adalah salah satu cara
terbaik untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada orang lain."
"Pengaruh media digital juga adalah cara efektif untuk menyebarkan
mesej dan mempengaruhkan orang ramai untuk sesuatu yang berharga," kata
Sharifah Amani. "Perlakuan kelembutan dan kasih sayang membuatkan kita berasa
disayangi dan melakukan ikrar menekankan lagi betapa pentingnya perlakuan
tersebut."
Sertai
Kleenex®, Deborah Henry dan Sharifah Amani untuk
melakukan ikrar untuk mempraktikkan perlakuan kelembutan hari ini, bukan sahaja
di ‘Kleenex® Wall of Softness’ dan ‘Kleenex® Softness Store’, tetapi juga di www.facebook.com/Kleenex.Malaysia. Seratus pengikrar pertama setiap hari akan mendapat pek tisu Kleenex® secara percuma! Seterusnya, kongsi gambar anda melakukan ikrar dan
berpeluang memenangi percutian bernilai RM3,000 serta wang saku berjumlah
RM2,000!
Cari atau tag kami melalui #kleenexsoftness dalam instagram, facebook dan twitter anda untuk menyertai perjuangan Kleenex® Share the Softness hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi Talian Mesra Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9.00 ke 5.00 petang
Comments
Post a Comment
thnks for your comment...