makan di maneee... emmm.... Bonjour!
Bonjour! Kafe Gaya Hidup dalam
Taman Terkini
Melanda Ibu Kota
Kemahiran Jepun, Inspirasi
Perancis!
Ungkapan “Timur
Bertemu Barat” bukan baru. Ia juga
tidak lagi asing, bukan sahaja dalam aplikasi teknologi dan perniagaan tetapi
juga dalam masakan dan pengeluaran makanan.
Apabila pakar kulinari Jepun yang memenangi anugerah menerapkan konfeksi
Eropah ke dalam inovasinya, ia layak diberi perhatian!
Bonjour! Memperkenalkan Grand
Chef Yukichi Matsubara, Ketua Chef dan Pengarah Urusan kafe gaya hidup dalam
taman yang terbaru di ibu kota –
Bonjour
Garden.
Hari
ini, Chef Matsubara melancarkan Bonjour
Garden terbaru di Intermark Mall – menjadikannya kafe ke-5 yang dibuka
sejak kafe pertama memulakan perniagaan di Kota Damansara pada tahun 2011.
Seperti
yang digambarkan oleh namanya, Bonjour
Garden adalah bakeri dan kafe dengan konsep gaya hidup dalam taman dan inspirasi
masakan ala Perancis.
Bonjour
Garden adalah untuk mereka yang gemar menikmati makanan sihat dan kreatif dari
bakeri asli Perancis tetapi dibuat dengan kemahiran Jepun dan bahan dari Jepun.
Suasana ceria membolehkan anda
meluangkan masa untuk menjamu selera dengan santai dan selesa. Menunya menyenaraikan lebih 100 jenis makanan
yang meliputi pelbagai makanan konfeksi, pastri dan sajian utama yang pasti dapat
menambat selera pelanggan. Bonjour Garden Intermark dibuka dari
Isnin hingga Ahad, dari 8 pagi hingga 10 malam.
Cawangan baru di Intermark merupakan
sebuah kafe taman, yang menjanjikan
suasana indah, praktikal dan menepati fungsi.
Santai, anggun lagi
mesra adalah antara keterangan yang boleh diberikan untuk menggambarkan suasana
yang serba sederhana tetapi menepati fungsi di sini.
Di
sebalik gaya pekampungan moden rupa bentuk luarnya, terletak kafe dengan cita
rasa dan gaya Paris yang tersendiri. Dengan sentuhan
kelembutan warna kuning air dan tema taman, kesederhanaan Bonjour Garden dapat dilihat daripada hiasan dalaman yang ringkas,
termasuk koleksi memorabilia, artifak dan hiasan lain yang membawa kenangan ke
kota Paris. Ini dengan serta-merta menghidupkan
suasana ruang yang luas, santai dan mesra.
Chef Matsubara menjelaskan bahawa Bonjour Garden diilhamkan oleh sentimen
pasaran yang menyaksikan kemunculan kafe seperti cendawan tumbuh, dengan konsep
taman terapeutik – yang memberikan nafas segar dalam hutan konkrit. “Kecenderungan eksekutif yang sentiasa sibuk
bekerja untuk menghabiskan masa santai atau masa rehat dengan meneguk mocha sambil menikmati kelazatan croissant, atau makan tengah hari atau
minum petang bersama kawan-kawan sudah menjadi satu trend. Dan jika anda berhajat untuk makan malam,
terdapat pelbagai sajian lazat untuk pilihan.
Bonjour
Garden menawarkan aneka makanan bakeri dan pastri Perancis yang paling asli dan original.
Konsep menunya tertumpu kepada 3 elemen
utama – “Sihat”, “Kreatif” & “Chef Jepun” – mengilhamkan 5 makanan
bakeri utama (5’C’s) – iaitu caramel
cheese raisin (roti mentega gulung),
Ciabatta (roti keras), Croissant,
Campagne (roti levain), cranberry
cheese (roti levain) yang diperkenalkan kepada media hari ini.
“Kalau makanan
tidak disediakan dengan sempurna, maka ia tidak akan meninggalkan dapur” – inilah
falsafah dan komitmen peribadi Chef Matsubara yang sentiasa menjadi pegangannya. Pakar kulinari berdarah Jepun ini komited
dengan apa yang dikatakannya. Anak
kelahiran Kobe, Japan, beliau
mendapat latihan dalam teknik Klasik Perancis dan mengasah bakat dan
kemahirannya di Tokyo, dengan bekerja di Kimuraya Bakery. Beliau amat tertarik untuk ke Paris, bagi
mencapai impian menjadi pakar Patissier
di Boulangerie au 140, yang terkenal di ibu kota Perancis.
Pengetahuannya
yang begitu mendalam tentang seni masakan mendorong Chef Matsubara untuk
menulis buku ‘Latest Style of Boulanger Desserts’ dan mengesahkan kelayakannya
sebagai pakar dalam bidang pengkhususannya menerusi program televisyen Jepun
untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef,
Bakery Skills. Pada tahun 2004, beliau
memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California; pertandingan
yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh dunia.
Dua
chef utama bersama Chef Matsubara adalah Chef Darren Chin dan Chef Shigeru
Hashizume. “Kafe kami berbangga dengan
kehadiran chef berpengalaman sebagai mentor kepada sekumpulan chef kulinari
yang berdedikasi dan semuanya bersemangat untuk memperlihatkan kepakaran
kulinari Barat dengan sebaik mungkin bagi memuaskan selera pelanggan,” kata Chef
Matsubara.
Menurut Chef Matsubara lagi, chef utama
mengguna pakai teknik tradisional Perancis dengan kepakaran Jepun dalam
pengeluaran produk di Bonjour Garden.
“Menggunakan bahan terbaik yang
diperolehi dari seluruh dunia, kami berusaha untuk menyajikan produk yang tiada
tandingan kepada pelanggan.
“Produk kami disediakan oleh
kakitangan bakeri kami sendiri dan dibuat setiap hari dengan menggunakan bahan
yang terbaik dan mengikut resipi tradisional yang tidak ditelan zaman
menggunakan cara moden.
“Kami menggunakan bahan semula jadi
tanpa pengawet, yang bermutu paling tinggi dan paling sihat dalam pembuatan
makanan konfeksi kami. Sebagai contoh,
kami menggunakan Tepung Torigoe yang termasyhur dari rantau Kyushu di Jepun dan
yis asli buatan sendiri yang dibuat daripada Kismis California untuk ‘menaikkan’
roti. Ini memberikan aroma dan rasa yang
tersendiri.
“Mentega
yang digunakan di Bonjour Garden adalah
gred A.O.P (Appellation d'Origine
Protégée ) yang dikeluarkan di rantau Poitou-Charentes, Perancis.
Keadaan tanah dan iklimnya memberikan
rasa lemak mentega dengan cirinya yang tersendiri, kata Chef Matsubara.
“Bagi kami, kreativiti bukan sahaja
terletak pada rasa, kandungan dan persembahan, tetapi juga inovasi yang penting
dalam eksplorasi paduan bahan dan rasa berlainan untuk mencipta kelazatan yang
menarik sepanjang masa, tambahnya.
Bonjour
Garden Intermark, Kota Damansara dan Bukit Jelutong adalah bakeri dan kafe
menjamu selera penuh, manakala dua lagi cawangan (Mutiara Tropicana dan Valencia
Sierramas) adalah dalam bentuk ala kios untuk pesanan bawa pulang segera.
Ketua Chef dan
Pengarah Urusan : Grand Chef Yukichi Matsubara
Chef Utama : Chef Darren Chin & Chef
Shigeru Hashizume
Menu :
- Item Bakeri
- 80 jenis
- Bakeri
utama / paling laris (Harga)
Caramel Cheese Raisin RM. 2.80
Croissant RM. 2.50
Campagne RM 5.80
Ciabatta
RM.6.00 Junior.
RM. 2.40
Cranberry Cheese RM. 18.20
- Sajian utama
- 40 jenis
- Sajian
utama / paling laris (Harga)
- The
Pacific RM
18.00
- Apple,
Walnut & Arugula RM 16.00
- “Snail”
Wurst RM
18.00
- Smokey
Egg RM
16.00
- Mushroom
soup RM 10.00
- Broccoli
soup RM 10.00
- Smoked
Duck Sandwich RM 18.00
- Chicken
Crisp Sandwich RM 15.00
- Olio
Prawn RM
21.00
- Crab
and Edamame RM
23.00
- Oriental
Pizza RM 24.00
- Margherita
Pizza RM 16.00
- Kek
- 30 jenis
- Kek
Utama / paling laris (Harga)
- Flufffruity
Roll RM.7.80
- Raw
raw Chocolate RM.6.60
- Chocolate
Galaxy RM.6.60
- Caramel
Mousse RM. 6.60
- Cheese
Souffle RM. 4.00
- Cheese Symphony RM 6.60
Cawangan
- Intermark
Lot LC01 – 08, Intermark Mall
The Intermark
No. 348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel (03) 2181-1822
Waktu operasi
= 8:00 pagi hingga 10:00 malam
- Kota Damansara
Central Park Building
Jalan PJU 5/13
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,
Tel: (03) 6140-7603
Waktu
operasi = 8:30 pagi hingga 11:00 malam ( Ahad - Khamis)
8.30 pagi to 12 tengah malam ( Jumaat – Sabtu)
*
Persembahan band : 8 malam -10 malam
- Bukit Jelutong
Lot 5, R-1 Ting GL 2
Plaza Jelutong
No 5C Prsn Gerbang Utama
Bukit Jelutong
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: (03) 7734-3018
Waktu operasi = 9:00
pagi hingga 10:00 malam
- Mutiara Tropicana (kiosk)
Jaya Grocer
No 2G-6G Jalan Mutiara
Tropicana 3
Mutiara Tropicana PJU
347410 Petaling Jaya
Waktu operasi = 9:00 pagi to 10:00 malam
- Valencia Sierramas (kiosk)
3G Ground Floor,
Jalan Sierramas Utama,
Sierramas,
47000 Sg Buloh
Selangor
Tel: (011 2345-7918)
Waktu operasi = 9:30 pagi hingga 9:00 malam
BIODATA
CHEF
Chef
Yukichi Matsubara
(Grand Chef /Pengarah Urusan)
Berasal dari Kobe, Jepun,
beliau terlatih dalam teknik Klasik Perancis dan mengasah bakat dan kemahirannya
di Tokyo, dengan bekerja di Kimuraya Bakery.
Beliau amat tertarik untuk ke Paris, bagi mencapai impian menjadi pakar Patissier di Boulangerie au 140, yang
terkenal di ibu kota Perancis.
Pengetahuannya yang begitu mendalam tentang
seni masakan mendorong Chef Matsubara untuk menulis buku ‘Latest Style of
Boulanger Desserts’ dan mengesahkan kelayakannya sebagai pakar dalam bidang
pengkhususannya menerusi program televisyen Jepun untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef, Bakery Skills. Pada tahun 2004,
beliau memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California;
pertandingan yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh
dunia.
Chef
Darren Chin
(Chef/Pengurus – Intermark)
Didorong oleh minatnya terhadap makanan,
beliau meninggalkan Pengajian Undang-Undang untuk mencapai impian menjadi Chef.
Beliau kemudiannya lulus dengan
cemerlang dari Taylor’s University School of Hospitality and Tourism yang
bersekutu dengan University De Toulouse – Le Mirail, pakar dalam Masakan Perancis.
Beliau seterusnya menimba pengalaman kerja di restoran
terbaik di ibu kota (Third Floor Restaurant & Bar dan Westin Kuala Lumpur) di
mana beliau didedahkan kepada pelbagai cara masakan dari Itali, Sepanyol dan
gabungan Perancis-Jepun.
Kagum dengan gabungan penggunaan bahan Jepun dan teknik
Perancis, beliau kemudian membina kerjaya profesional di salah sebuah Bakeri
& Bistro Perancis-Jepun yang pertama dan terkenal di Kuala Lumpur di bawah
bimbingan Grand Chef Yukichi Matsubara dan Chef James Thong. Selepas bekerja keras selama beberapa tahun,
beliau berhenti untuk menyertal Club Elite Genting Highland yang menghidangkan
sajian makanan terbaik kepada pelanggan platinum Kumpulan Genting.
Pada tahun 2012, beliau mendapat peluang untuk melangkah lebih
jauh apabila beliau disatukan semula dengan Grand Chef Yukichi Matsubara. Beliau membantu Grand Chef Yukichi Matsubara untuk
mengilhamkan konsep dan menu Bonjour
Garden di The Intermark. Mendapat
inspirasi daripada mentornya dalam penyediaan sajian Perancis-Jepun, beliau
telah menerapkan bahan Asia ke dalam Masakan Barat dalam menunya untuk
memberikan pengalaman menjamu selera yang segar dan unik kepada pelanggan.
Chef
Shigeru Hashizume
(Chef Pastri – Bonjour
Garden)
Berasal dari Fukuoka, Jepun, minat Chef Shigeru Hashizume
dalam bidang masakan bermula dari menonton program TV popular dinamakan “Iron
Chef”. Tertarik dengan kreativiti dan
kejayaan Chef Hiroyuki Sakai dalam bidang kulinari yang melayakkannya mendapat
gelaran Iron Chef, Shigeru mengasah bakatnya kulinarinya dengan mencuba jaya
membuat biskut untuk keluarga dan sahabat handai sewaktu berusia 10 tahun.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian menengah rendah, Shigeru
tidak membuang masa dan terus mencari ruang untuk membina kerjaya dalam bidang Patisserie dengan menjadi Pelatih di
Minori no Toki, juga dikenali sebagai CAKE HOUSE 実りの季. Beliau
seterusnya menyertai Esperance, mengasah kemahiran untuk menjadi pakar membuat
Kek Gulung Jepun. Kegigihannya menimba
kemahiran dan mengembangkan kreativiti tidak sia-sia apabila beliau muncul
sebagai pemenang dalam Pertandingan Kemahiran Pastri Fukuoka (bawah 21 tahun) pada
2009.
Pada musim panas 2011, beliau membawa beg galas merantau
ke seluruh Asia khususnya ke Korea, Thailand, Malaysia dan India untuk meneroka
cita rasa dan keunikan sajian pastri setiap negara. Beliau pulang dengan membawa inspirasi dan
idea menarik untuk meningkatkan kemahiran, lalu menyertai Hotel New Otani di Hakata,
untuk menerima bimbingan daripada chef pastri yang terkenal, Chef Shinsuke
Nakajima.
Comments
Post a Comment
thnks for your comment...