Kekal resipi rahsia tarik ramai pelanggan
Nasi kandar bukan lagi makanan orang utara sahaja Mempertahankan rasa bersama kualiti bukanlah suatu perkara mudah, bagaimanapun, disebabkan sokongan peminat yang ramai, resipi nasi kandar yang diperkenalkan Restoran Pulau Pinang Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd tetap popular. Boleh dikatakan setiap hari hampir semua cawangan menjadi tumpuan ramai. Ramai berpendapat, perniagaan yang dimulakan sejak awal 60-an itu terus mendapat tempat di hati peminat dan penggemar nasi kandar disebabkan kelazatannya tetap sama walaupun tukang masaknya silih berganti. Kini jenamanya terkenal bukan sahaja di Utara malah menular ke pelusuk negara dan dinikmati oleh semua lapisan pelanggan bukan sahaja masyarakat melayu bahkan semua bangsa menyukainya. Menyingkap sejarah kedatangannya, nasi kandar diperkenal oleh pendatang India muslim yang berhijrah ke negara ini dan ianya begitu sinonim dengan Pulau Pinang. Suatu ketika dahulu, popularitinya hanya tertumpu di Pulau Pinang tetapi kini merata ceruk dan hampir ke...