Twisties perbanyakkan pertandingan dan promosi

Ingin kekal sebagai jenama paling digemari sejak 30 tahun lalu

Makanan ringan paling digemari, snek jagung berperisa keluaran Kraf Foods Malaysia sejak 30 tahun lalu, Twisties akan menganjurkan lebih banyak promosi dan pertandingan yang melibatkan pengguna selaras rangka promosi dan mendahului jenama lain dalam pasaran makanan ringan.

Pengarah Pemasarannya, Jason Chin berkata, Twisties telah menganjurkan beberapa acara dan pertandingan yang melibatkan pelbagai peringkat umur dan terbaharu menyediakan Volkswagen Polo sebagai hadiah utama kepada juara peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) Twisties Mata Mania yang berlangsung bermula 1 April 2011 hingga 27 Mei lalu.

Menurutnya, sambutan untuk peraduan itu sungguh menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 200,000 penyertaan SMS pelbagai golongan yang telah menikmati snek Twisties “irretwistiesble” yang berpeluang memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama, sebuah Volkswagen Polo merah.

“Dengan adanya pertandingan seperti ini kami secara tidak langsung dapat mengetahui bahawa Twisties memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan di nikmati oleh semua lapisan golongan dan pertandingan ini meneruskan lagi legasi kemahsyuran jenama ini berbanding makanan ringan yang lain,”katanya ketika menyerahkan kunci kepada pemenang utama peraduan SMS Twisties Mata Mania, Tam Choong Liang dari Damansara.

Sebagai pemenang, Tam berkata, beliau telah menghantar 4508 SMS untuk menyingkirkan saingan sekaligus membawa tuah kepada dirinya yang pertama kami menyertai penyertaan seperti ini.

Selain Twisties, jenama snek yang juga mendapat sambutan hangat keluaran Kraf adalah Cheezels. Jenama keluaran kraft untuk produk segmen ini juga muncul sebagai jenama ikon yang telah menjana pendapatan tahunan sehingga $1 billion.

Comments

Popular posts from this blog

Azmy fokus pasaran domestik

Munchy’s giat cipta nama

Piza makanan pilihan sedunia