Azmy fokus pasaran domestik
Berkembang seiringan dengan penambahan cawangan pasaraya
Sebut sahaja burger, pasti ramai yang membayangkan keenakan makanan itu, ditambah pula dengan sos, tomato dan beberapa sayuran lain ternyata bukan sahaja boleh mengalas perut di kala kelaparan tetapi cukup mengenyangkan.
Burger adalah salah satu makanan paling terkenal seluruh dunia. Hampir semua orang di dunia ini mengenali apa itu burger baik yang kecil mahupun berusia. Burger adalah makanan sampingan yang boleh menggantikan nasi. Makanan ini menggabungkan roti dan daging cincang yang dimasak secara goreng, salai mahupun panggang berbentuk bulat.
Pasaran burger ketika ini sangat luas kerana menggunakan beberapa jenis daging seperti ayam, lembu, unta, kambing, arnab, burung, dan banyak lagi dengan beberapa jenama tersendiri.
Daging yang dihasilkan untuk kegunakan burger tergolong dalam penyediaan makanan katogeri sejuk beku. Di negara kita, salah sebuah pengeluar terkenal makanan sejuk beku tersohor adalah Selangor Food Industries Sdn. Bhd. (SFI). Sekali pandang, tidak ramai yang mengenali siapa SFI, tetapi apabila menyebut Azmy, pasti ramai dikalangan kita yang sudah menjadi pengguna tetap produk-produk keluarannya.
Syarikat ini seratus peratus dimiliki bumiputera, terletak di Kawasan Perindustrian Batang Kali, Selangor.
Kelahiran Jenama Azmy
Jenama Azmy dilahirkan sempena nama pengasas dan pemiliknya iaitu Azmy Sanusi yang kini merangkap Pengarah Urusan bagi syarikat yang dibangunkan mencecah 30 tahun lalu.
Kewujudan makanan sejuk beku jenama Azmy bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan, dan siapa sangka berkat usaha dan sikapnya yang ingin menyajikan makanan sejuk beku, halal dan suci syarikat itu kini mencipta nama setanding jenama terkemuka lain.
“Kualiti kami adalah yang terbaik setakat ini disokong penuh daripada pengurusan di kilang hinggalah kepada pengendalian yang diiktiraf oleh kerajaan baik dari segi halal, mahupun penggunaan peralatan berteknologi tinggi,”katanya.
Guna teknologi tinggi, pemasaran tanpa orang tengah
Menurutnya, penggunaan peralatan itu sekaliagus mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran produk yang kini mencecah 20 kontena dalam satu-satu masa.
“Dengan kapasti pengeluaran tinggi itu membolehkan kami menerima tempahan banyak dalam satu-satu masa terutama memenuhi permintaan pasaraya besar untuk di jual ke seluruh negara,”katanya.
Kemampuan syarikat itu bertambah hebat apabila produk jenama itu dibawa masuk ke pasaraya tanpa menggunakan orang tengah.
“Perkara ini menjadi kelebihan kepada kami kerana tidak perlu berdepan dengan risiko dan penipuan orang tengah dalam sudut pemasaran untuk meluaskan rangkaian perniagaan,”katanya.
Sokongan dan bantuan kerajaan
Katanya, sokongan daripada beberapa agensi kerajaan juga banyak mendorong perusahaan itu terus berdaya saing seperti khidmat nasihat, kewangan dan penjenamaan yang disalurkan menerusi SME, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Pusat Pembangunan Halal (HDC) dan lain-lain.
“Menerusi kerjasama beberapa agensi itu, kami mula mengatur langkah untuk jangka masa panjang untuk mencari peluang eksport melalui KPDNKK ke Indonesia dan HDC ke Iran,”katanya.
Beliau berkata, peluang ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada jenama itu untuk mencuba pasaran luar yang cukup berpotensi dalam permintaan barangan halal tinggi.
Pasaran dan Jualan
Bercerita tentang pasaran, setakat ini fokus utama masih lagi dalam negara dan akan meneruskan penjelajahan ke beberapa negeri secara berperingkat seperti ke Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta Brunei.
“Kami menggunakan beberapa media sebagai saluran mempromosikan produk antaranya menyertai program Jom Heboh anjuran TV3 dan Suarasa TV9 yang secara dekat boleh berinteraksi secara terus dengan pengguna,”katanya.
Menurutnya, perkembangan produk banyak dibantu seiring penambahan cawangan pasaraya utama dalam negara.
“Jika cawangan pasaraya bertambah maka pasaran kami secara tidak langsung berkembang mengikut percaturan mereka dan setakat ini perhatian kami lebih kepada bekalan yang konsisten mengikut apa yang mereka inginkan,”katanya.
Dari segi jualan, katanya, syarikat sedang berusaha untuk menggandakan lagi jumlah pada tahun ini.
“Jumlah jualan tahunan kami kini mencecah jutaan riggit dan semua itu berlaku kerana sokongan ramai pihak terutama pengguna yang yakin dengan produk ini,”katanya.
Beliau berkata, jualan produk daging burger adalah penyumbang utama selain dibantu produk baru seperti bebola daging, nuget, dan beberapa produk sejuk beku sampingan lain seperti daging, kentang goreng, dan sayuran campur.
Perancangan masa depan
Biarpun masih tergolong sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Azmy berkata, status itu bukan penghalang untuk syarikat membantu usahawan bumiputera lain yang memerlukan bantuan.
“Sebagai perancangan masa depan, saya ingin mempelawa usahawan yang mempunyai produk bergandingan bagi memudahkan mereka meluaskan pasaran,”katanya.
Info:
• Pasaran burger ketika ini sangat luas kerana menggunakan beberapa jenis daging seperti ayam, lembu, unta, kambing, arnab, burung, dan banyak lagi yang sememangnya digemari ramai
• Di negara kita, salah sebuah pengeluar terkenal makanan sejuk beku tersohor adalah Selangor Food Industries Sdn. Bhd. (SFI) atau lebih dikenali sebagai pengeluar kepada produk Azmy. Anatara produk keluaran syariat ini adalah bebola daging, nuget, dan beberapa produk sejuk beku sampingan lain seperti daging, kentang goreng, dan sayuran campur.
• Jenama Azmy dilahirkan sempena nama pengasas dan pemiliknya iaitu Azmy Sanusi yang kini merangkap Pengarah Urusan bagi syarikat yang dibangunkan mencecah 30 tahun lalu.
• Pemasaran utama di beberapa pasaraya utama negara
• Kilang pemprosesan menggunakan teknologi tinggi dan pemasaran tanpa orang tengah
• Setakat ini fokus jualan utama masih lagi dalam negara dan akan meneruskan penjelajahan ke beberapa negeri secara berperingkat ke Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta Brunei.

boleh bagi contact no cawangan di area negeri sembilan x? sy nk buat lawatan pmbelajaran.
ReplyDeleteSaya suka beli daging kisar dan bebola jenama Azmy... tapi susah sangat nak dapat. Kekadang dapat di Giant tapi stok cepat abis.
ReplyDeleteSaya sentiasa beli Azmy burger daging nya lembut bila dimasak
DeleteJgn harap manusia utk laku..harapkan tuhan..hari tu pergi tesco cari burger daging yg biasa..hanya burger ayam shj semuanya..kalau ada daging pun jenis mahal american type patties..hanya azmy yg tinggal..saya pun segera ambil..tuhan menolong en.azmy..ramlee pun takda kat section burger.
ReplyDeletesalam. Di Segamat pun tak jumpa produk Azmy...
ReplyDeleteSlm...sy menggunakan produk azmi dlm perniagaan sy trutamanya beef meatball..masalah sy ialah produk beef meatball azmy sngt susah nk di dapati di pasran sungai petani..klau ada pn chicken meatball..harap dpt membantu..
ReplyDeletesama mcm sy. melaka ni 1 pasaraya giant ni je ada. jauh plak di klebang. sy d air keroh mmg x jmpa dimana2 psaraya sekitar. g jauh2,,, xde stock plak. mana nak cari supplier melaka 01123777141
Deletesaya suka guna daging kisar brand azmy....mmg terbaik...kalau ditempat saya,boleh dpt di giant dan tf..
ReplyDeletebebola daging azmy memang terbaikkkkkk. saya tak suka jenama lain. tapi sukar nak dapat azmy brand.
ReplyDeleteAssamualaikum nak Tanya yer kenpa skrang susah nk dapat stok daging Buger KAMBING yer
ReplyDeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteSaya pernah jumpa produk ni di CMart
Tak beli sebab ingat produk nonMuslim sebab nama company agak umum. Harap ada tulis keluaran bumiputera atau muslim
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKami pernah berjumpa di MIHAS April tahun lalu dan berbincang tentang pemasaran video dan pasaran. Buat masa ini, kami menambah platform frozen di web kami.
Boleh puan hubungi kami semula di pertanyaan@matjenin.my.
Fahmi Yusuf
Assalamualaikum tuan, di Sabah khususnya daerah Tawau belum ada jenama tuan masuk. Masih di kuasai jenama Ramly, so tiada pilihan buat kami. Harap dapat di pertimbangkan
ReplyDeleteAssalamualaikum, ada tak supplier atau cawangan di bukit gambir / ledang Johor
ReplyDeleteAssalamualaikum ... harap pihak tuan menghantar burger tuan ke Kuantan... sebab burger pihak tuan mmg sedap giler daripada burger2 lain.. saya siap suruh adik ipar saya berada di Kuala Lumpur membeli bawa balik burger tersebut.... harap pihak tuan dapat mempertimbangkan .. sekian terima kasih
ReplyDeleteMaafkan saya, selama ini dok ingat produk ini milik bkn bumi, tadi search baru tau produk bumiputera... Sy terus beli daging kisarnya sbb produk rambli xde ...Lps ni in sya Allah sy akn tree s membeli produk Azmy
ReplyDeleteDaging/ayam kisar perlu dicuci dulu ke sebelum masak.maaf,Sy baru first time jumpa brand Ni.
ReplyDeleteHrp blh jwp dgn several.terima kasih
Di tesco ada
ReplyDeleteBrand burger paling sampah. Nuget pun sama tak sedap langsung banyak tepung je, lepas masak bau dan rasa pelik. Kalau makan patty pakai tangan bau loya dia melekat kalau tak basuh pakai sabun. Bumiputera lah sangat tapi kualiti hauk, baik beli Ramly brand Bumiputera jgk
ReplyDeleteKnp daging cincang azmy ni bila dimasak warna x berubah ke brown. Masak lama pon tetap warna pink. X Sama dgn brand daging cincang yg lain. Risau pulak warna pink . Musykil n pelik.
ReplyDeleteSama la cnfuse.. ari ni masak.. jd pink..
DeleteThank You and I have a keen present: Where To Start Home Renovation best home renovation
ReplyDelete