15 Kedai Ayamas akan dibuka tahun ini
Lancar program masakan untuk mengukuhkan lagi jenama produk
Kumpulan KFC Holding (Malaysia) Berhad, menerusi jenama Ayamas, merancang untuk membuka 15 cawangan kedai Ayamas tahun ini.
Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, syarikat membelanjakan kira-kira RM300,000 untuk setiap cawangan baru dan menjadikan kawasan Lembah Klang sebagai lokasi utama.
“Kedai Ayamas kini mempunyai 42 cawangan dan bakal membuka cawangan ke 43 di Saujana Utama, Isnin depan,”katanya selepas melancarkan rancangan masakan Mmm… Sedapnya bersama Ayamas di Kuala Lumpur, semalam.
Mengenai program masakan, beliau berkata syarikat membelanjakan RM1 juta bagi membiayai promosi dan kos produksi rancangan tersebut .
Katanya, rancangan itu adalah salah satu strategi syarikat dalam mengukuhkan jenama dan memperkenalkan lebih banyak produk jenama Ayamas kepada pengguna.
Menurutnya, rancangan itu akan menyajikan 26 resipi terbaru yang diilhamkan Chef Wan mengguna...