Vios baru
UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pemegang francais pengeluar kereta jenama Toyota menjangkakan model baru Toyota Vios dijual sebanyak 32,400 unit sepanjang tahun ini.
Presidennya, Kuah Kock Heng berkata, bagi mencapai sasaran itu, dianggarkan 2,700 unit akan dijual setiap bulan.
Menurutnya, jualan Vios dari Januari hingga Mac tahun ini telah melonjak 27 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
“Pada Mac 2010, 7,600 unit telah dijual dan sehingga 13 April lalu, jenama itu menerima 2,600 tempahan baru,”katanya selepas majlis pelancaran di Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, sejak diperkenalkan pertama kali pada Mei 2003, 159,000 unit Vios telah berjaya dijual.
Katanya, pencapaian itu sekaligus memacu meningkatkan jualan Vios sehingga menjadikan jenama itu nombor satu dalam katogeri kereta bukan keluaran nasional.
“Secara keseluruhan, Vios model sedan 1.5E mendapat sambutan tertinggi dan telah mencatatkan jualan sehingga 29,000 unit sepanjang tahun lepas,”katanya.
Toyata Vios baru dinaiktaraf pada bahagian aksesori, ruang dalaman dan diperkenalkan dengan lima variasi dalam bentuk manual dan automatik.
Model itu ditawakan dengan harga RM71,990 hingga RM92,000 bersama lima warna pilihan.
“Vios akan melengkapakan lagi katogeri kereta bukan buatan nasional bagi memastikan Toyota terus menjadi jenama teratas di kalangan kereta import,”katanya.
Comments
Post a Comment
thnks for your comment...