Proton Persona
Persona Elegance sasar jual 4,000 unit sebulan
Pengeluar kereta Nasional, Proton Holdings Berhad, (Proton) yakin jualan kereta model Persona Elegance meningkat sekurang-kurangnya 4,000 unit sebulan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir berkata,
“Jualan itu bakal menyumbang lapan peratus ke atas semua jualan model kereta Proton bagi tahun kewangan 2010/2011,”katanya selepas melancarkan model Persona Elegance di Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, sejak dilancarkan Ogos 2007, Persona adalah model kedua mencatatkan jualan tertinggi selepas Saga, dan berjaya mengekalkan purata 3600 unit jualan sebulan.
“Sejak Februari lalu, Persona menerima 6,898 unit tempahan dan menguasai 35 peratus pasaran kereta tempatan,”katanya.
Persona Elegance diperkenalkan dengan lima warna pilihan bersama rekaan terkini dan boleh dipandu uji bermula 20 dan 21 Mac 2010 di semua rangkaian Proton Edar dan EON seluruh negara.
Comments
Post a Comment
thnks for your comment...