Petronas Lubricant International (PLI)
PLI optimis terajui pasaran cecair pelincir
kini menguasai 21 hingga 22 peratus peratus pasaran dalam dan luar negara
Pengurus Besar Strategi Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya, Domenico Ciaglia berkata, PLI kini menguasai 21 hingga 22 peratus cecair pelincir bagi pasaran dalam dan luar negara.
“Kami yakin prestasi jualan kami akan meningkat menerusi permintaan dalam dan luar negara tahun ini, lebih-lebih lagi menerusi jenama Syntium,”katanya selepas melancarkan Petronas Syntium Moto, di
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Aldino Bellazzini, Naib Presiden Perniagaan Minyak, Arif Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad, Mohd Sabaruddin Mohd Amin.
Menurutnya, pelancaran jenama itu adalah yang pertama di Asia dan dalam perancangan memasuki pasaran
“Kami telah mencipta nama merentasi Negara Eropah, Timur Tengah dan Afrika Selatan, 10 tahun lepas.
“Melalui jenama terbaru, kami berharap ia mampu meluaskan lagi pasaran terutama produk bagi motosikal,”katanya.
Beliau berkata, jenama tersebut kini terdapat di 900 cawangan Kedai Mesra Petronas seluruh negara dengan harga RM23 hingga RM88.
Ciaglia berkata, cecair pelincir khas untuk motosikal itu diformulasikan menggunakan teknologi Dual Tech untuk memberi pengalaman optimum kepada penunggang.
“Kami sentiasa komited untuk mempelbagaikan produk di samping menjaga kualiti melalui kajian dan penyelidikan yang berterusan sepanjang tahun,”katanya.
Comments
Post a Comment
thnks for your comment...