Proton sasar eksport kereta berganda 25 tahun akan datang


Proton yakin mendominasi pasaran antarabangsa lima tahun akan datang

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad mensasarkan 70 peratus kereta akan dieksport manakala 30 peratus lagi akan dipasarkan dalam pasaran domestik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, setakat ini 20 hingga 25 peratus kereta telah dieksport dan selebihnya, dijual dalam pasaran domestik.


Menurutnya, sasaran itu sejajar misi

proton untuk menyaingi pengeluar kereta global dan bukan lagi dilabel sebagai hero tempatan


“Kejayaan proton yang berjaya menjual 3.306 juta kereta sepanjang 25 tahun yang lepas mencetuskan misi untuk terus komited meneroka pasaran global,”katanya selepas melancarkan logo dan program bagi sambutan ulang tahun ke 25 di Subang Jaya, semalam.


Beliau berkata, sempena sambutan jubli perak, pelbagai acara telah dirancang untuk mengukuhkan jenama dan menwujudkan hubungan yang lebih dekat dengan pelanggan.


“RM25 daripada kereta yang dijual akan disalurkan kepada dana kebajikan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan,”katanya.


Selain itu, program Jelajah Amal 1Proton 1Malaysia dirancang untuk tujuan penjelajahan bagi memperkenalkan model Proton kepada orang ramai untuk lebih mendalami bidang automatif dan kepakaran proton dalam menghasilkan sesebuah kereta.


Katanya semua program yang dirancang adalah sebagai langkah untuk mengorak peluang bagi menaikkan nama proton dan mara ke peringkat yang lebih tinggi.


“Kami yakin Proton akan terus cemerlang dan menjangkakan jualan pasaran eksport akan terus berganda dalam tempoh 25 tahun akan datang,”katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Azmy fokus pasaran domestik

Munchy’s giat cipta nama

Piza makanan pilihan sedunia