One drop perfumes

Labur RM750,000 untuk wajah baru

Kumpulan One Drop sasar untuk pasaran eksport dan pengguna bukan Melayu


Josafri memperkenalkan jenama wangian One Drop berwajah baru bagi pasaran tempatan dan luar negara.


Rangkaian Kumpulan One Drop, pengedar dan pengeluar wangian jenama One Drop Perfumes melabur RM750,000 tahun ini untuk menampilkan wajah baru sejajar usaha meluaskan pasaran tempatan dan luar negara.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Josafri Johari berkata, wajah baru itu adalah sebahagian usaha syarikat dalam mengukuhkan jenama di samping meneroka pasaran dunia yang lebih meluas tidak lama lagi.


“Wajah baru ini disasarkan kepada pengguna bangsa asing terutamanya United Kingdom, China dan Bangladesh,”katanya selepas majlis pelancaran baru-baru ini.


Menurutnya, One Drop adalah salah satu jenama alternatif kepada penduduk Islam dalam penggunaan wangian halal tanpa alkohol.


Beliau berkata, pasaran ekport kini semakin kukuh dan sedang berkembang baik sejak tiga tahun kebelakangan.


“Tiga tahun lalu, perolehan eksport menyumbang tujuh peratus dan terus meningkat sehingga 12 peratus tahun lepas dan kami menjangkakan ia mencapai 25 peratus pada 2010,”katanya.


Bagi pasaran tempatan pula, Josafri berkata, beliau menjangkakan perolehan RM 15 juta hingga RM 20 juta bagi tempoh 12 bulan.


Josafri berkata, pasaran ke China dan India adalah fokus utama tahun ini selain terus kukuh di parasan Brunei, Singapura, Vietnam, Indonesia, Australia, United Kingdom, Bangladesh dan Amerika Syarikat.


“Kami gunakan United Kingdom sebagai pintu masuk bagi pasaran Eropah, manakala Bangladesh untuk pasaran India,”kata Josafri.


Katanya, faktor harga, kepelbagaian wangian dalam satu kotak serta wajah baru adalah daya tarikan jenama One Drop bukan sahaja telah menambat hati pengguna luar malah tempatan.


“Daripada maklum balas pengguna, kami dapati mereka bukan sahaja tertarik pada wangian, tetapi berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, lagipun tiada kenaikan harga walaupun berwajah baru,”katanya.


Menurutnya, One drop Malaysia Sdn Bhd kini mempunyai lebih 14,000 pengedar seluruh negara dan menjangkakan peningkatan kepada 25,000 orang menerusi pengenalan wajah baru tahun ini.


Beliau berkata, syarikat juga dalam perancangan untuk memperkenalkan dua lagi kotak baru dalam segmen wangian Mac ini.


“Kami juga turut meninjau segmen lain seperti kecantikan, tetapi pada waktu ini syarikat akan terus menumpukan pada segmen wangian kerana ia adalah penyumbang terbesar ke atas perolehan syarikat,”katanya.


Menurutnya, bagi tujuan promosi dan pengiklanan, syarikat telah memperuntukan RM2 juta.


Kumpulan One Drop terdiri daripada 13 syarikat yang antara lain turut memberi fokus pada jualan kasut di London, hartanah, peralatan kelengkapan telefon blackberry Pop My Berry Malaysia dan Singapura, syarikat pembinaan dan beberapa syarikat pemasaran jenama One Drop.


“Syarikat juga akan meluaskan pasaran peralatan kelengkapan telefon blackberry dengan pembukaan My Pop Berry Indonesia, di Jakarta Jun tahun ini,”kata Josafri.









Comments

Popular posts from this blog

Azmy fokus pasaran domestik

Munchy’s giat cipta nama

Piza makanan pilihan sedunia