Posts

Showing posts from July, 2011

Colgate anjur kempen bantu anak yatim

Image
Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate), jenama penjagaan mulut terkemuka meneruskan tradisi menderma sempena kedatangan Ramadan dengan mengadakan kempen Mari Beramal Bersama Colgate untuk kali keempat dan berhasrat mengumpul RM150,000 untuk disalurkan kepada 15 rumah anak yatim seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Pengarah Urusannya, Issam Bachaalani, berkata, program seperti itu bukan sahaja telah mengukuhkan lagi jenama Colgate-Palmolive sebagai barang keperluan harian kegunaan ramai tetapi sama-sama membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban. “Colgate berhasrat untuk meningkatkan lagi sasaran sumbangan pada tahun ini kerana percaya kepada perubahan yang mampu dicapai menerusi sumbangan tesebut kepada kehidupan kanak-kanak berkenaan. Sasaran pada tahun ini mungkin agak mencabar, namun kami yakin akan dapat mencapainya memandangkan sifat pemurah rakyat Malaysia,”katanya. Pelancaran kempen itu telah dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian ...

Optimis koleksi baru sumbang lebih 40 peratus

Image
Guna teknologi bio mechanics beri keselesaan kaki Berazam meningkatkan kesihatan, keselesaan, dan kesejahteraan masyarakat melalui kaki, jenama kasut terkemuka dunia, Scholl optimis koleksi 2011, mampu menyumbang 40 hingga 60 peratus ke atas keseluruhan jualan tahun ini. Pengarah Urusan Reckitt Malaysia, Veronika Rost, berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu kerana koleksi Scholl 2011 menawarkan lebih 100 pilihan untuk lelaki dan wanita dengan pelbagai gaya dan warna menggunakan teknologi bio mechanics yang memberi kelainan tanpa mendatangkan kesakitan pada kaki walaupun terlalu lama berdiri mahupun penggunaan yang kerap. Menurutnya, koleksi itu juga mempunyai potensi jualan yang besar kerana bakal menjadi pilihan pengguna menjelang sambutan hari raya nanti. "Koleksi Scholl 2011 terdiri daripada kasut untuk bersantai, acara rasmi, kasual lelaki dan wanita, bersukan meliputi jenis selipar bersarung, dan sandal. "Dalam setiap rekaan, fokus utama kami adalah untuk menyerlahk...

surprisessssss

Image
pagi ni bangun-bangun surprisesss... maklum la ari ni bukan besday pun so x de la terkejut sgt... rupo2nyer my hubby hadiahkan jam tangan ni.... ini semua gara2 jam yg dah rosak masa g kursus team building ari tu...emmm.. ini adalah jam ke 3 sejak kami kenal... daripada bercinta sampailah usia perkahwinan yg dah masuk 3 tahun ni... alhamdulillah... semoga ikatan perkahwinan kami terus utuh dan bahagia selalu hendaknya... semoga lebih banyak lagi hadiah-hadiah yang tidak terduga menjadi penyeri dalam rumah tangga kami... bukan bersifat kebendaan tetapi ia adalah satu penghargaan untuk insan yang kita sayang. Secara peribadi cermin diri sendiri, ikut kemampuan.. barang yang kita hadiahkan buat pasangan kita bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi cukup la kita saling membahagiakan hati pasangan. Pernah dulu aku terbaca tentang hadiah yang tidak dirangcang ini boleh mengeratkan lagi ikatan rumah tangga... berbalik kepada diri sendiri, memang betul... sesuatu yang boleh membahagiakan pasangan k...

Bangunkan blog jual barangan bayi

Memanfaatkan internet sebagai sumber rezeki MUKADIMAH Bayangkan dari rumah kita mampu menjana RM2000 malah ada ketikanya lebih daripada apa yang dijangkakan. Lumayan bukan? Keadaan itu menjadi lebih seronok apabila kita juga bergelar bos dan sudah pasti bebas mengurus dan paling penting pendapatan kita mampu menyamai gaji mereka yang bekerja makan gaji. Kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu muda lulusan Ijazah Kejururawatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk membangunkan blog ukidsmart.blogspot.com dan laman social Facebook untuk menjual barangan kelengkapan bayi. Ruangan niaga online kali ini bersama wartawan SALWANI MD ZAIN berkongsi rahsia dan kejayaan suri rumah sepenuh masa, Mawaddah Sabarudin, 25, memanfaatkan teknologi dihujung jari sebagai saluran utama mencari rezeki di samping membantu menambah pendapatan keluarga. Idea bangunkan blog “Untuk membangunkan blog saya dibantu suami dan semuanya dihasilkan berpandukan e-book yang dibeli...

Piza makanan pilihan sedunia

Image
Pelbagai kaedah disediakan untuk memudahkan pesanan Mukadimah Ramai yang menggemari piza. Makanan ini boleh dikatakan mempunyai pengikut yang tersendiri baik yang masih kecil mahupun sudah berusia. Apa yang menjadi lebih menarik, masyarakat kini boleh menikmati piza setiap hari walau di mana berada. Kaedah jualan piza kini bukan sahaja boleh dinikmati di restoran tetapi menerusi telefon, dan 30 minit selepas itu pesanan akan terus sampai ke rumah anda. Boleh dikatakan piza dinikmati secara santai bagi menggantikan sajian utama ketika kesibukan mahupun untuk sambutan hari-hari tertentu. Melihat pelbagai cara orang ramai menikmati keenakan makanan ini, kami mendekati orang ramai dan bertanya pandangan mereka tentang apa kaedah dan bagaimana mereka menikmati makanan suka ramai ini. Sejarah Piza Makanan yang cukup popular di seluruh dunia ini mempunyai sejarah yang tersendiri namun tiada bukti yang jelas berkenaan asal usul perkataan ‘piza’. Pada 997, piza merupakan makanan bagi warga mis...

DSG permudah kerja melampin

Image
Pasarkan produk berkualiti untuk bayi dan dewasa Kumpulan DSG International (Thailand) PLC, pengeluar dan pemasar lampin bayi dan dewasa yang berpangkalan di Bangkok, Thailand dengan operasi utama di Malaysia, Singapura dan Indonesia berhasrat menjadi jenama pilihan nombor satu di kalangan pengguna Malaysia bagi segmen lampin pakai buang. Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (DSG), Kuan Mun Jen berkata, antara jenama popular yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Fitti, Fitti Basic, Baby Love dan Pet Pet selain lampin dewasa, Certainty. Menurutnya, dari segi penguasaan pasaran jenama itu kini menduduki tangga kedua berbanding pesaing tetapi sudah menguasai sebahagian besar pasaran Thailand, dan semakin mencipta nama di Indonesia dan Singapura. Kumpulan juga sedang meninjau peluang pemasaran baru seperti Vietnam. “Jenama PetPet semakin berkembang pesat dan pemasarannya sudah mencecah 15 tahun di Malaysia, jadi adalah tidak mustahil untuk kami mencapai sasara...

Kotex kongsi tips jaga kebersihan dalaman wanita

Pembekal utama produk penjagaan kewanitaan di Malaysia, Kotex memperkasakan wanita dengan memberi pendedahan dalam penjagaan terbaik kebersihan bahagian sulit wanita menerusi pengenalan terbaru rangkaian liner Kotex Fresh Plus. Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark (Malaysia) Haniza Tahir berkata, dengan pengalaman hampir 60 tahun di Malaysia, Kotex sentiasa berusaha membawa kempen serta produk yang inovatif membantu wanita kekal segar dan sihat. Menurutnya, produk ini adalah rangkaian liner pertama yang diperkenalkan Kotex selaras memulakan revolusi V-Zone bagi mendidik wanita supaya menjaga kebersihan diri sebagai sebahagian daripda rutin harian. “Dianggarkan hanya 23 peratus wanita yang menggunakan liner untuk menjaga kebersihan V-Zone, jadi dengan pengenalan produk ini diharapkan agar wanita lebih prihatin dengan kebersihan diri sendiri,”katanya. Sementara itu, Pakar Sakit Puan, Dr Premitha Damodaran berkata, penjagaan V-Zone adalah amat penting dalam kesihatan keseluruhan dan keseja...

Biskut kudapan ketika bersantai

Sebut sahaja biskut, pasti ramai yang mengenali dan biskut sebenarnya adalah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut boleh dijadikan kudapan rangup yang menyelerakan pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Kehadiran biskut dengan pelbagai bentuk dan warna pasti memeriahkan suasana. Jenis biskut pula boleh dibahagikan kepada moden dan tradisional. Biskut tradisional kebanyakkannya lebih popular dan dijual secara besar-besaran ketika musim perayaan dan hanya beberapa jenis seperi bahulu dikomersilkan, berlainan pula dengan biskut moden yang dikeluarkan dalam pelbagai jenama bersama khasiat yang tersendiri seperti biskut keluaran Kraft Food, Munchy’s, Julies, Hap Seng dan lain-lain. Barisan jenama biskut moden seperti Oreo, Chipmore, Tiger, Jacob, Cream Craker Cap Pinpong, Julie’s, Munchy adalah barisan jenama popular yang sering menjadi pilihan ramai sekaligus mendominasi pasaran ketika ini. Biskut moden lebih senang didapat...

...wedding of the year in my family laaa...

Image
Enjoy with the photo... kami gelarkan ini wedding of the year sb inilah perkahwinan secara besar2 berlaku dlm family kami.. nk tunggu yg akan dtg.. x tahu bila... semoga uols kekal hingga hujung nyawa ye... bg cicit cepat2 ye.. he.. he..