Colgate anjur kempen bantu anak yatim



Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate), jenama penjagaan mulut terkemuka meneruskan tradisi menderma sempena kedatangan Ramadan dengan mengadakan kempen Mari Beramal Bersama Colgate untuk kali keempat dan berhasrat mengumpul RM150,000 untuk disalurkan kepada 15 rumah anak yatim seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusannya, Issam Bachaalani, berkata, program seperti itu bukan sahaja telah mengukuhkan lagi jenama Colgate-Palmolive sebagai barang keperluan harian kegunaan ramai tetapi sama-sama membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban.

“Colgate berhasrat untuk meningkatkan lagi sasaran sumbangan pada tahun ini kerana percaya kepada perubahan yang mampu dicapai menerusi sumbangan tesebut kepada kehidupan kanak-kanak berkenaan. Sasaran pada tahun ini mungkin agak mencabar, namun kami yakin akan dapat mencapainya memandangkan sifat pemurah rakyat Malaysia,”katanya.

Pelancaran kempen itu telah dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh a/l Hardev Singh, dan Pengarah Pembangunan Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Wan Noraidah Wan Mohd. Zain, yang telah dihadiri hampir 300 orang kanak-kanak dan wakil dari rumah-rumah kebajikan seluruh negara.

Menurutnya, kempen itu adalah salah satu cara Colgate menyumbang kembali kepada komuniti menerusi bantuan untuk memperbaiki kebajikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Dengan hanya membeli ubat gigi yang merupakan barangan keperluan harian pengguna secara tidak langsung menderma terus kepada golongan yang memerlukan,”katanya.



Colgate berjaya mengutip sebanyak RM386,000 melalui tiga kempen yang diadakan sejak tahun 2008.

Sepanjang kempen tahun lepas Colgate telah berjaya mengumpul RM200,000, melebihi sasaran asal RM120,000 untuk didermakan kepada 12 rumah anak yatim. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Kempen ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ akan berlangsung mulai 1 Ogos 2011 hingga 30 September 2011. Setiap pembelian pek amal itu, RM0.10 daripada pek tunggal atau RM0.20 bagi pek berkembar akan disumbangkan kepada rumah anak yatim terpilih.

Comments

Popular posts from this blog

Azmy fokus pasaran domestik

Munchy’s giat cipta nama

Piza makanan pilihan sedunia