Bangunkan blog jual barangan bayi
Memanfaatkan internet sebagai sumber rezeki
MUKADIMAH
Bayangkan dari rumah kita mampu menjana RM2000 malah ada ketikanya lebih daripada apa yang dijangkakan. Lumayan bukan? Keadaan itu menjadi lebih seronok apabila kita juga bergelar bos dan sudah pasti bebas mengurus dan paling penting pendapatan kita mampu menyamai
gaji mereka yang bekerja makan gaji.
Kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu muda lulusan Ijazah Kejururawatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk membangunkan blog ukidsmart.blogspot.com dan laman social Facebook untuk menjual barangan kelengkapan bayi.
Ruangan niaga online kali ini bersama wartawan SALWANI MD ZAIN berkongsi rahsia dan kejayaan suri rumah sepenuh masa, Mawaddah Sabarudin, 25, memanfaatkan teknologi dihujung jari sebagai saluran utama mencari rezeki di samping membantu menambah pendapatan keluarga.
Idea bangunkan blog
“Untuk membangunkan blog saya dibantu suami dan semuanya dihasilkan berpandukan e-book yang dibeli berharga RM65,”katanya yang menerangkan tentang langkah awal dalam memulakan perniagaan secara online.
Menurutnya, perniagaan itu diusahakan secara serius pada November 2010 selepas melahirkan anak kedua menggunkan modal sebanyak RM1000.
“Saya dan suami, Mohd Hafiz Mohd Norrizan, 25, mempunyai minat yang mendalam terhadap baju dan barangan bayi berjenama, jadi kami sering mencari baju bayi berjenama untuk anak sulung kami; Ketika sarat mengandungkan anak kedua
suami memberi idea dan sokongan untuk saya membuka perniagaan secara online,”katanya sambil menceritakan bagaimana timbul idea memulakan perniagaan online.
Katanya, ilham membuka perniagaan itu juga lahir setelah melihat kejayaan ibunya yang pernah berkecimpung dalam bidang itu.
“Bagi saya perniagaan online ini cukup menyeronokkan. Saya berasa puas menjadi ibu yang bekerja dari rumah. Saya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan dalam masa yang sama berinterkasi dengan pelanggan dalam suasana yang terurus.
“Kebanyakkan pelanggan saya pada hari ini telah menjadi rakan baik, mereka bukan saja membeli dari U Kids, tetapi sering berkongsi pandangan serta khidmat nasihat dalam aspek keibubapaan, kesihatan, perkembangan anak-anak dan kekeluargaan,”katanya.
Waktu tumpuan pelanggan
Mawadah berkata, waktu yang sering menjadi tumpuan ramai adalah ketika awal bulan dan kebanyakkan mereka akan membuat tempahan awal untuk sesuatu barangan.
“Ketika memuat naik gambar dan catalog baru, saya akan nyatakan perincian tentang produk tersebut, jika mereka berminat, mereka boleh membuat tempahan awal dan membuat bayaran pada masa yang ditetapkan,”katanya yang telah menjual 300 keping kain lampin moden sepanjang bulan ini.
Menurutnya, sambutan pelanggan terhadap produk-produk baru sangat menggalakkan.
“Saya tidak menang tangan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel, terutamanya sewaktu kakitangan kerajaan mendapat gaji setiap bulan.
Walaubagaimanapun, setelah menggunakan `shopping cart`, segala urusan tempahan dengan pelanggan lebih bersistematik,”katanya yang masih dalam proses menaiktaraf blog agar lebih mesra pengguna.
Beliau berkata, pelanggan tidak akan dikenakan caj penghantaran tetapi dikenakan caj untuk berat berat barang yang ditempah mengikut kadar yang dikenakan Poslaju
dan National Courier.
“Setelah pelanggan membuat tempahan dan bayaran sebelum jam 11 pagi, saya akan buat penghantaran pada hari yang sama melaui Pos Laju.
Kebiasaannya, barang akan sampai pada keesokan harinya, terutamanya sekitar Lembah Klang,”katanya.
Cabaran
“Saya menerima keadaan itu sebagai cabaran kerana kunci utama dalam perniagaan jenis ini adalah kepercayaan,”katanya yang
tidak membuat publisiti secara offline tetapi pernah mempromosikan barangan di portal jual beli Mudah.my dan setiasa mengemaskini status Facebook.
Menurutnya, pada awal pembabitan beliau pernah berdepan dengan pembeli yang menipu. Namun mengambil iktibar daripada pengalaman itu, beliau lebih berhati-hati dan jika keadaan mencurigakan deposit akan dikenakan.
Perancangan akan datang
Menurutnya, melihat potensi perniagaan yang semakin mendapat sambutan, U Kids sememangnya mempunyai perancangan untuk membuka bilik pameran agar pelanggan dapat melihat produk dengan lebih dekat.
“U Kids kini sedang dalam proses untuk mengimport sendiri barangan bayi dari luar negara dan menghasilkan produk jenama U Kids. Kami akan menambah beberapa produk yang lain yang sukar didapati di Malaysia,”katanya yang kini menjual lebih daripada 10 produk.
“Kain lampin pakai basuh moden atau lebih dikenali sebagai Cloth Diaper (CD) adalah produk utama kami selain baju, dan kelengkapan bayi seperti beg, hadiah, selimut dan lain-lain,”katanya.
Profil
Nama penuh: Mawaddah Sabarudi
Umur: 25 tahun
Saya berniaga online sepenuh masa
Lokasi perniagaan: Cheras, Kuala Lumpur
Ibu muda kepada dua cahaya mata, Ukasyah dan Uwais al-Qarni.
assalam sis...bole sy tau mane saya boleh dpt kn ebook yg puan maksudkan..
ReplyDeleteDi sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.
ReplyDelete