DSG permudah kerja melampin


Pasarkan produk berkualiti untuk bayi dan dewasa

Kumpulan DSG International (Thailand) PLC, pengeluar dan pemasar lampin bayi dan dewasa yang berpangkalan di Bangkok, Thailand dengan operasi utama di Malaysia, Singapura dan Indonesia berhasrat menjadi jenama pilihan nombor satu di kalangan pengguna Malaysia bagi segmen lampin pakai buang.

Ketua Pemasaran Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd (DSG), Kuan Mun Jen berkata, antara jenama popular yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Fitti, Fitti Basic, Baby Love dan Pet Pet selain lampin dewasa, Certainty.

Menurutnya, dari segi penguasaan pasaran jenama itu kini menduduki tangga kedua berbanding pesaing tetapi sudah menguasai sebahagian besar pasaran Thailand, dan semakin mencipta nama di Indonesia dan Singapura. Kumpulan juga sedang meninjau peluang pemasaran baru seperti Vietnam.

“Jenama PetPet semakin berkembang pesat dan pemasarannya sudah mencecah 15 tahun di Malaysia, jadi adalah tidak mustahil untuk kami mencapai sasaran dalam dua tiga tahun akan datang,”katanya selepas menghadiri bengkel keibubapaan anjuran PetPet di Petaling Jaya.

Bengkel itu diadakan sebagai strategi mengukuhkan pasaran di Malaysia, selaras membantu ibu-ibu muda menempuh alam keibuan di samping berkongsi petua dan pengetahuan bersama pakar terutama dalam aspek penjagaan kebersihan lampin untuk menguruskan bayi baru lahir.

“Ini adalah bengkel pertama dan jika ianya membuahkan hasil seperti apa yang kami inginkan, usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang agar jenama kami sentiasa menjadi kawan sejati golongan ibu bapa dalam mencari lampin berkualiti, mudah dan selesa,”katanya.

Katanya, rangkaian lampin keluaran DSG akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik berserta pilihan yang pelbagai bermula daripada bayi baru lahir sehingga ke peringkat dewasa agar ianya bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna tetapi satu pencapaian terbaik produk berbanding jenama lain.

Dari segi jualan, pasaran Thailand menguasai 45 peratus, Malaysia (40 peratus), Indonesia, Singapura dan lain-lain (15 peratus) dengan kilang pembuatan di Thailand,
Malaysia, dan Indonesia. Kumpulan juga telah beroperasi di Amerika Syarikat, United Kingdom dan mempunyai lebih 14 kilang pemprosesan di seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Azmy fokus pasaran domestik

Munchy’s giat cipta nama

Piza makanan pilihan sedunia