Wednesday, September 28, 2011

GETSB lancar pelan perlindungan untuk muslim


Fokus utama kepada jemaah haji dan umrah


Salihuddin (dua, kanan) bersama barisan Pengarah Eksekutif GETSB ketika melancarkan produk i-Great Amal, di Kuala Lumpur.

Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB) optimis produk terbaru, i-Great Amal, pelan yang menfokuskan kepada perlindungan ketika ditimpa musibah semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah mampu menarik 30,000 hingga 50,000 pemegang polisi insurans baru menjelang 2012.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, pelan ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana sekiranya berlaku kematian jumlah perlindungan asas daripada Dana Tabarru’(dana kumpulan) dan se jumlah caruman yang ada di dalam akaun individu peserta akan dibayar sepenuhnya untuk mengurangkan beban kepada keluarga.

“Dengan keistimewaan yang ada, kami jangkakan produk ini mampu menyumbang RM25 juta hingga RM30 juta kepada jumlah keseluruhan caruman bagi tempoh 14 bulan akan datang,”katanya pada sidang media sempena pelancaran produk i-Great Amal di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, i-Great Amal adalah produk berlandaskan syariah dan konsepnya tidak disalin daripada mana-mana pelan terutama insurans jenis konvensional.

“Kami memahami keperluan terutama insurans untuk umat Islam, jadi dengan adanya pelan ini ianya diharap dapat memberi kesedaran kepada golongan tersebut untuk membuat caruman sebagai persediaan pada masa hadapan,”katanya apabila GETSB bakal melancarkan beberapa pelan baru untuk tujuan pendidikan tidak lama lagi.

GETSB memulakan operasi secara rasmi pada 10 Oktober 2010 dan telah memperkenalkan dua pelan iaitu i-Great Damai dan i-Great Abadi. Kedua-dua produk itu telah menyumbang RM12 juta keatas jumlah keseluruhan caruman dan mempunyai 5,000 pemegang polisi.

“Kami jangkakan sehingga akhir tahun depan, kedua-dua produk itu akan menyumbang RM80 juta hingga RM90 juta kepada jumlah keseluruhan caruman sejajar memenuhi matlamat GETSB untuk menjadi antara lima penyedia insurans piihan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, ”katanya.



Monday, September 26, 2011

Munchy bakal buka kilang pembuatan di China


Munchy Food Industries Sdn Bhd (MFI), pengeluar biskut dan snek jenama Munchy’s bakal mengeluarkan produk menerusi pembukaan kilang pembuatan di China tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chuan Kok, (C.K) berkata, pembukaan kilang pembuatan di China adalah sejajar mengukuhkan kedudukan produk di rantau Asia sekaligus membantu memudahkan pusat jualan dan pemasaran di Shanghai mempromosi dan membentuk rangkaian pengedaran yang lebih luas di negara itu.



“Jika pemasaran dan jualan di China berjaya, adalah tidak mustahil MFI akan muncul sebagai pengeluar biskut terbesar di dunia,”katanya apabila telah membuka pejabat jualan di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Vietnam bagi menunjukkan kesungguhan MFI mencipta nama di negara luar.

Menurutnya, secara keseluruhan, Asia Tenggara di kenal pasti sebagai pasaran terbesar Munchy dan bagi mengukuhkan lagi jenama, lebih banyak pejabat akan ditubuhkan di setiap negara walaupun proses jualan produk ketika ini diuruskan oleh agen dan pengedar.

Munchy’s adalah produk keluaran Malaysia yang telah dieksport ke 60 negara seperti Hong Kong, Taiwan, Japan, Singapura, Negara Timur Tengah, dan Amerika Syarikat.
Syarikat itu telah mengeluarkan 70 produk yang terdiri daripada biskut, wafer, biskut kering bersama lima jenama seperti Muzic (wafer), Lexus (biskut jenis premium sandwich) Krunch (kesihatan), Captain Munch (rangkaian biskut untuk kanak-kanak) dan Munchy’s.

Beliau berkata, walaupun telah meneroka pasaran luar, jualan di peringkat domestik masih menguasai pasaran yang menyumbang 20 hingga 30 peratus kepada perolehan tahunan, manakala selebihnya disumbangkan oleh eksport yang sebahagian besarnya dijana melalui Jepun, Singapura, Indonesia dan lain-lain.

“Ke arah memenuhi permintaan semasa, MFI sentiasa melakukan perubahan dengan menaiktaraf 20 hingga 30 peratus rangkaian kepada produk baru setiap tahun,”katanya apabila MFI sering menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk demi menambat citarasa masyarakat dalam dan luar negara.

***Semua produk Munchy’s dipantau dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dengan sijil pengiktirafan sah sehingga sehingga 31 Julai 2013.




Sunday, September 18, 2011

Jln2 di i-city Shah Alam

Kali ini bawa my family jln2 di i-city.. kami memang berapa suka melalui arah ini, bukan apa.. jam kalau malam minggu, lg 1 katanya bayar parking mahal... tp x lagi.. kali ini caj parking hanya RM3 jer... ok la kn... he.. he.. sekali masuk... kebetulan masa kami dtg tu bukan hari minggu so x de la crowed sgt... sukaaaaa!!!! so anjoy the picture, my family n i... wieeeeeeeeeee


tgok la my daughter tu... x pernah nk duk diam... wieeeee


cantik kan rusa berkilau kuning..rusa putih pn apa kurangnya... sebenarnya banyak penambahan .. kalau dulu lampu2 ni sikit jer.. kini banyak lampu2 baru




takot la mama...

my family...



cantik kan... penuh warna warni



one more time.. nana here.. wieeeee


my sis n i n my niece... gemokkkksss



pls la comey.. kt nk ambik gambar ni



wawan n nana si x reti duk diammm


hakim n nana



Makan2 @D manggis steamboat n bbq


Kali ini berpeluang makan2 sekeluarga... Best jgak... Kedai ini jauh sikit dr s.alam... Letaknya d kuang... Menghala ke rawang... Semua ade nk buat steamboat on bole... Bbq pn bole.... Enjoy with picture....


ha.. ini signboard dia.. kalau yg x biasa ke sini kena alert sikit ye... yg penting dr s.alam ikut guthrie dlm 30 minit jer..



tgok tu.. mkn x hingat.. ha.. ha..


ha.. ini bukan kapal nk turun ke laut...ini kapal penuh dgn ayam, ikan, sotong n all seafood lain yg boleh anda pilih nk steam atau bakar.... panas2222


ais-krim pencuci mulut... tp quite bad sikit sb cair... selalunya keras kn.. mungkin x cukup karen kot.. he.. he...






ha.. inilah bahan2 yg ade atas kapal tu... best kn.. ambik2 sila2.. bayar sendiri ye.. RM20 tuk dewasa RM14 tuk kanak2.. enjoy..





berselera sungguh kn .. habis ....licin... best... best said my daughter....

Saturday, September 17, 2011

hye... i'm back from holidayyy yihaaa!!!

lor... ruponyer 1 bln dh tak update .... emmmm... sibuk memanjang... dgn puasa, raya dan kini nk update pasal hodiday dan makan2 pk...

holiday kali ini sempena 16 sept ... hari malaysia... tp sebenarnye campur2 sgn gambar yg pernah g sebelum ni... ok... apa yg menarik .. kali ini kami stay 1 mlm kat homestay... so enjoy the picture k... jln2 cari mkn n jalan2 buang duit... he.. he

so tercapai jgk hasrat aku nk jejak kaki ke sini..enjoy the photo ye...