Monday, September 26, 2011

Munchy bakal buka kilang pembuatan di China


Munchy Food Industries Sdn Bhd (MFI), pengeluar biskut dan snek jenama Munchy’s bakal mengeluarkan produk menerusi pembukaan kilang pembuatan di China tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chuan Kok, (C.K) berkata, pembukaan kilang pembuatan di China adalah sejajar mengukuhkan kedudukan produk di rantau Asia sekaligus membantu memudahkan pusat jualan dan pemasaran di Shanghai mempromosi dan membentuk rangkaian pengedaran yang lebih luas di negara itu.



“Jika pemasaran dan jualan di China berjaya, adalah tidak mustahil MFI akan muncul sebagai pengeluar biskut terbesar di dunia,”katanya apabila telah membuka pejabat jualan di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Vietnam bagi menunjukkan kesungguhan MFI mencipta nama di negara luar.

Menurutnya, secara keseluruhan, Asia Tenggara di kenal pasti sebagai pasaran terbesar Munchy dan bagi mengukuhkan lagi jenama, lebih banyak pejabat akan ditubuhkan di setiap negara walaupun proses jualan produk ketika ini diuruskan oleh agen dan pengedar.

Munchy’s adalah produk keluaran Malaysia yang telah dieksport ke 60 negara seperti Hong Kong, Taiwan, Japan, Singapura, Negara Timur Tengah, dan Amerika Syarikat.
Syarikat itu telah mengeluarkan 70 produk yang terdiri daripada biskut, wafer, biskut kering bersama lima jenama seperti Muzic (wafer), Lexus (biskut jenis premium sandwich) Krunch (kesihatan), Captain Munch (rangkaian biskut untuk kanak-kanak) dan Munchy’s.

Beliau berkata, walaupun telah meneroka pasaran luar, jualan di peringkat domestik masih menguasai pasaran yang menyumbang 20 hingga 30 peratus kepada perolehan tahunan, manakala selebihnya disumbangkan oleh eksport yang sebahagian besarnya dijana melalui Jepun, Singapura, Indonesia dan lain-lain.

“Ke arah memenuhi permintaan semasa, MFI sentiasa melakukan perubahan dengan menaiktaraf 20 hingga 30 peratus rangkaian kepada produk baru setiap tahun,”katanya apabila MFI sering menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk demi menambat citarasa masyarakat dalam dan luar negara.

***Semua produk Munchy’s dipantau dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dengan sijil pengiktirafan sah sehingga sehingga 31 Julai 2013.




No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...