Posts

Showing posts from May, 2010

Dutch Lady fokus pada permintaan pelanggan

Image
Dutch Lady Milk Industries Berhad, (Dutch Lady Malaysia), akan memfokuskan pada permintaan terkini pelanggan dalam mengekalkan kedudukan dan menguasai pasaran. Pengarah Urusannya, Bas Van Den Berg berkata, secara keseluruhan produk Dutch Lady kini menguasai 20 peratus setiap segmen dan syarikat akan berusaha mengekalkan kedudukan itu tahun ini. “Kami telah membelanjakan lebih RM5 juta dan mengedar lebih 250 paket susu UHT tahun ini sebagai usaha mengukuhkan pasaran di domestik,”katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Agung tahunan ke 47 di Petaling Jaya, semalam. Menurutnya, syarikat juga akan meningkatkan 20 peratus pelaburan ke atas tujuan promosi dan pengiklanan berbanding tahun lepas. Den Berg berkata, keuntungan yang dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 adalah yang tertinggi dicapai dalam sejarah 47 tahun operasi sebagai sebagai syarikat awam. Katanya, Dutch Lady mencapai keuntungan tertinggi sebelum cukai