Posts

Showing posts with the label Banking

Affin Bank jangka buka lima cawangan baru tahun ini

Image
Tumpuan diberi kepada bandar-bandar besar selaras usaha mengukuhkan perkhidmatan domestik Affin Holdings Berhad menerusi cabang komersilnya, Affin Bank Berhad mensasarkan lima cawangan baru akan dibuka menjelang hujung tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata, Affin Bank memperuntukan kira-kira RM500,000 untuk setiap cawangan tersebut. Menurutnya, setakat ini Affin Bank mempunyai 90 cawangan di seluruh negara. “Lokasi yang dipilih adalah bandar-bandar utama sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor Bahru,”katanya selepas menghadiri mesyuarat tahunan kumpulan di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Beliau berkata, pembukaan cawangan baru adalah sejajar pertumbuhan positif kumpulan bagi tahun kewangan berakhir Disember 2009. “Kami menjangkakan pertumbuhan pinjaman dari 13 hingga 15 ...