Didik masyarakat guna produk halal
Perjuangan suami isteri usaha Al-Mumtaz bekal ayam kampung organik, makanan sejuk beku
PENGHIJRAHAN seorang doktor kepada penternak ayam kampung organik adalah tekad dan kesungguhan yang diperjuangkan Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja dalam memenuhi fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal kepada umat Islam.
Beliau dibantu isterinya, Dr Mumtaz Abdul Razak yang turut
‘terpanggil’ untuk melepaskan jawatan apabila memikirkan tentang maruah dan status halal makanan tempatan yang sering mengelirukan pengguna Muslim.
Pasangan suami isteri itu menubuhkan Mumtaz Meat and Marine Foods Sdn Bhd (Al- Mumtaz) sebagai syarikat membekalkan ayam kampung organik dan mengeluarkan makanan sejuk beku jenama Az Zain pada 2006.
“Saya begitu tersentuh memikirkan tentang soal makanan yang kita masak setiap hari.
Adakah setiap apa yang masuk ke mulut kita itu benar-benar halal dan bebas daripada kimia,” katanya kepada Sinar Harian.
Zainol berkata, idea untuk menubuhkan kedai berkonsepkan halal tercetus sejak 1990. Pada masa itu, beliau terlibat secara aktif dalam industri perkhidmatan dan penjualan produk makanan kesihatan antarabangsa di Dubai.
Zainol mempunyai banyak berpengalaman dalam bidang formulasi dan farmakoterapi berkaitan makanan kesihatan tambahan, malah pernah menjadi salah seorang perunding pensijilan halal bagi sebuah syarikat makanan kesihatan.
Beliau mendapati kebanyakan makanan sekarang hilang khasiatnya berikutan wujud benda asing seperti bahan kimia dan pengawet dalam makanan.
Beliau sebagai Pengarah Urusan Al-Mumtaz berkata, penubuhan syarikat melihat tanggungjawabnya mendidik masyarakat supaya menggunakan produk halal.
“Konsep halal dan toyibban yang diamalkan beliau sekali gus memberi
kesedaran mengenai kepentingan makanan halal kepada masyarakat Islam.
“Atas rasa tanggungjawab sesama Muslim, produk seperti ini
sepatutnya diketengahkan kerana makanan jika diambil dari sumber yang
haram boleh mempengaruhi hati dan jiwa seseorang,” katanya.
Membuka lembaran baru tahun 2010, Al-Mumtaz melalui jenama Az-Zain mensasarkan 400 pengedar baru di seluruh negara bagi memenuhi permintaan dan setakat ini, terdapat 100 pengedar.
Zainol berkata, lebih ramai pengedar diperlukan kerana jenama tersebut bukan sahaja dikenali, malah diyakini kerana cara pemprosesannya adalah seratus peratus halal.
Menurutnya, produk itu turut menjadi pilihan bangsa lain dan bakal dieksport ke Thailand, Indonesia dan Singapura padatahun depan.
“Produk halal bukan sahaja memfokuskan soal hukum, tetapi menitikberatkan soal kualiti pemprosesannya yang bersih dan selamat daripada bahan kimia,” katanya.
Menyingkap penglibatan awal dalam bidang penternakan, beliau
berkata, perniagaan bermula pada 2006 menggunakan modal sendiri dengan membuka kawasan ladang ternakan seluas 0.8 hektar.
Terletak di Sungai Lui, Hulu Langat, ladang berkenaan menumpukan aktiviti pengimportan ayam dan pada masa itu menempatkan 40,000 ayam.
Projek ternakannya berkembang dan
pada 2008, beberapa ladang baru dibuka di Kulai, Segamat, Pekan Nenas dan Kluang bagi menampung 60,000 ayam.
Ayam kampung diternak secara organik menggunakan sumber herba kaya dengan anti oksida dan dibiarkan bebas bagi menghasilkan daging berprotein tinggi.
Menurutnya, amalan pemakananan organik membantu ayam ternakan mendapat
makanan berkhasiat dan bebas daripada unsur kimia.
Melihat pasaran ayam ternakannya meningkat setiap tahun, Zainol mengambil
keputusan untuk meneroka pasaran makanan sejuk beku berasaskan daging, ayam dan puyuh.
Bermula pertengahan 2007, jenama Az Zain memasuki pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang yang tertumpu di Seksyen 17 Shah Alam, Subang Jaya, Subang Perdana, Bukit Indah, Ampang dan
seterusnya ke Johor Bahru.
Kini produk sejuk beku keluarannya mencecah 200 jenis meliputi nuget ayam, daging dan puyuh.
Kembang bisnes secara francais
Berdasarkan sambutan memberangsangkan, Zainol menambah pelaburan kepada RM4 juta pada awal 2009 bagi membeli mesin penyembelihan dan pemprosesan makanan.
“Aktiviti dan tahap pemprosesan ayam kini meningkat kepada 30,000 ekor sehari berbanding kaedah manual sebelum ini yang hanya
memproses 5,000 sehari,” katanya.
Beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya
secara francais yang dibangunkan pada awak tahun ini.
Setakat ini, terdapat lima kedai beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor menggunakan nama Zainol Halal Organic Chicken.
Sistem francaisnya terbahagi kepada dua iaitu kedai menjual ayam siap diproses dan perusahaan ladang ternakan ayam.
“Saya mensasarkan untuk membuka antara 40 hingga 50 cawangan baru tahun depan, masih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Setiap cawangan membabitkan peruntukan antara RM60,000 hingga RM70,000 dan akan mempunyai dua fungsi utama,” katanya.
Dua konsep tersebut meliputi jualan ayam kampung organik yang sudah siap diproses pada waktu pagi dan bertukar konsep kepada restoran pada malam yang menjual makanan berasaskan ayam dan jenama Az-Zain.
Selain itu, pelan francais kedua memerlukan usahawan boleh melabur antara RM70,000 hingga RM80,000 untuk membuka ladang ternakan berkeluasan dua hektar.
Masih ada kurang prihatin
Menurutnya, Al-Mumtaz akan menyediakan 5,000 anak ayam untuk diternak francaisi berdasarkan formula yang diberikan syarikat.
“Anak ayam itu akan dibesarkan selama 90 hari dan selepas tempoh matang, kami akan membeli semula ayam berkenaan.
“Dengan kaedah ini, ia memudahkan usahawan mendapat pulangan lebih cepat selepas enam bulan beroperasi,” kata Zainol.
Francaisi juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar di ladangnya yang bertindak sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Sebagai francaisor, beliau berkata, Al-Mumtaz bukan sahaja mengembangkan produk tetapi mahu menjadi perintis sebagai pengusaha makanan produk halal.
“Ia juga patut dikembangkan bukan sekadar satu bentuk perniagaan, namun sebaliknya sebagai tuntutan fardu kifayahdalam membantu masyarakat memperoleh makanan halal,” katanya.
Mengenai perniagaan, sebagai usahawan, beliau juga tidak lari dari dibelenggu masalah dan cabaran.
Antaranya apabila membabitkan usahanya untuk mendidik masyarakat terutama penggun Muslim supaya mereka sedar dan berhati-hati dalam pemilihan makanan.
Beliau berpendapat, masyarakat Muslim sekarang kurang prihatin, bahkan ada yang langsung tidak berminat dengan produk seperti ini sedangkan inilah cara pemakanan yang betul,” katanya.
“Umat Islam sekarang lebih senang memilih produk jenama asing berbanding jenama tempatan kerana terpengaruh dengan iklan tanpa memikirkan khasiat barangan tersebut.
“Walaupun ramai memandang saya sebagai peniaga, tetapi jauh di
sudut hati, saya sebenarnya mahu mendidik masyarakat supaya menggunakan produk halal demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Jom sama-sama kita terus martabatkan ekonomi umat ISLAM! =)
ReplyDeleteSalam. Saya amat berminat untuk menyertai skim franchise yang ditawarkan oleh syarikat tuan. Saya ingin mendapatkan info lanjut dan bersedia untuk bertemu dengan tuan pada bila-bila masa yang bersesuaian dengan jadual tuan. Saya boleh dihubungi di talian hp no. 016-6205841 (Abd Razak)
ReplyDeletesalam..saya ingin bertanya alamat syarikat azzain cawangan nilai,n9. terima kasih
ReplyDeletemembekalkan ayam kampung siap proses segar…sekitar kluang, ayer hitam dan batu pahat
ReplyDeletemaklumat lanjut sila hubungi anuar: 013-7408821
Saye menternak n menjual ayam kampung area BANTING/DENGKIL.
ReplyDeleteCall 0133478363
Salam..saya ingin membuka kiosk ayam organik halal secara kecil-kecilan.kpd tuan yg boleh supply ayam kpd sy sila hubungi saya Nur 0196585765(kota warisan, sepang)
ReplyDeleteBangga dgn keturunan mamak, selalu maju ke hadapan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, tumpang lalu.. Sy nk iklankan ayam kampung kacuk mak sy di air manis, kulai
ReplyDeleteBerat : 1.6-1.8kg..
Jumlah : 400 ekor lebih..
PM 0133078586 utk harga..
Terima kasih.. ��
Saya berminat untuk menjalankan Perniagaan sebagai francais AZ Zain di seri Iskandar, perak. Boleh hubungi saya 019-3656679 (zhafri) untuk butiran lanjut
ReplyDeleteSaya berminat untuk menjalankan Perniagaan sebagai francais AZ Zain di seri Iskandar, perak. Boleh hubungi saya 019-3656679 (zhafri) untuk butiran lanjut
ReplyDeletearea meru klang ade x ye?
ReplyDeletedi Melaka ada ke produk ini? tq
ReplyDelete