Tuesday, February 02, 2010

Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru

Makanan Warisan ke persadan dunia
Nasi Lemak Antarabangsa terus gah, jadi perintis generasi akan datang




MALAYSIA bukan sahaja kaya dengan budaya dan keramahan rakyat, bahkan makanannya sebagai hidangan tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Seperti nasi lemak, ia antara
makanan bercirikan Malaysia mendapat tempat di hati rakyat tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam.

Malah, nasi lemak kini
diumumkan sebagai Warisan Kebangsaaan 2009 apabila disenaraikan antara 100 jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika ia
boleh didapati di mana-mana, dari gerai jalanan, restoran hingga hotel, malah dihidangkan kepada penumpang dalam pesawat.

Namun, siapa sangka
perniagaan nasi lemak milik seorang usahawan hanya bermula daripada gerai kecil di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru kini bakal melebarkan sayap ke luar negara.

Begitulah perkembangan perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru (NLA) yang dibangunkan sejak 1973 oleh Pengasasnya, Normi Tandoh.

Jenama NLA bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat setempat, tetapi turut berkembang dengan cawangan baru di Sabah menjelang Disember ini.

Walaupun terdapat perubahan
masa dan kepantasan teknologi sejak 35 tahun berniaga, namun rasa dan kualiti nasi lemak itu masih sama.

Normi berkata, ketika itu
beliau tidak menyimpan sebarang hasrat untuk Makanan warisan ke persada dunia Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru terus gah jadi perintis generasi akan datang mengkomersialkan perniagaan nasi lemaknya seperti yang dilihat hari ini.

“Dulu, ia dilakukan secara
kecil-kecilan sahaja, makcik dibantu oleh beberapa anak dan hanya beberapa segantang beras sahaja dimasak,” katanya.

Transformasi gerai kecil Ketika itu perniagaan bermula seawal 6.30 pagi dengan membuka gerai di tepi jalan, depan rumahnya di Kampung baru, Kuala Lumpur.

“Makcik terpaksa buka awal sebab kebanyakan pelanggan bekerja di pejabat, jadi mereka akan singgah dan membeli untuk kawan-kawan sekali,” katanya.

Permintaan terhadap nasi lemak Normi semakin meningkat menyebabkan beliau menambah beras kepada lima kilogram sehari.

Bermula awal 1980, Normi
menggandakan kepada 50 kilogram beras sehari untuk kapasiti lebih banyak apabila nasi lemaknya mula mencipta nama.

“Ketika itu, nasi lemak mula
menambat hati pelanggan bukan Melayu dan terfi kir untuk menyediakan warung bagi membolehkan pelanggan menjamu selera.

“Operasi perniagaaan juga diubah kepada dari jam 6 petang hingga 10 malam dan membuka semula awal pagi hingga jam 11 pagi,” katanya.

Perubahan waktu perniagaan dan konsep warung itu menjadi titik tolak kepada penubuhan pertama restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru.

Dengan pelaburan berjumlah
RM1.5 juta, cawangan berkonsepkan kafe pertama dibuka di Danau Kota, Kuala Lumpur pada Disember 2008.

Konsep perniagaan itu terus
berkembang di Lembah Klang dan kini baru membuka cawangan baru di Dataran Pahlawan Melaka.

“Makcik lihat sudah sampai
masanya nasi lemak yang diusahakan itu dinaik taraf seiring usianya yang menjadi sajian pelbagai kaum, agama dan keturunan.

“Secara ringkas, usaha ini dilihat sebagai sokongan kepada konsep Satu Malaysia (1Malaysia),” kata Normi.

Menurutnya, beliau amat
terharu berdasarkan apa yang diusahakan sehingga kini kerana keluarga banyak memberi dorongan.

Bakal lebar sayap ke UK
Perniagaan NLA kini diuruskan menantunya, Abdul Halim Jamaluddin sebagai Pengarah di bawah pengurusan Syarikat Shaha Corporation Sdn Bhd.

Nasi Lemak Antarabangsa
Kampung Baru menggunakan dua konsep perniagaan iaitu warung dan restoran kafe. Bagi konsep warung, ia boleh didapati di Kampung Baru, dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Konsep kafe pula mempunyai
10 cawangan seperti di Ampang Point, Ampang Park, Taman Melati, Bangsar, AEON AU2 Setiawangsa dan Kota Damansara.

Setiap cawangan
membabitkan pelaburan antara RM450,000 hingga RM1 juta bergantung kepada lokasi, kos pengubahsuaian dan keluasan.

Abdul Halim berkata, perniagaan yang diusahakan bersama keluarga mertuanya tetap kukuh kerana beliau sendiri mempunyai wawasan tinggi untuk NLA.

Beliau bukan sahaja ingin
melihat NLA membarisi restoran terkemuka lain, namun turut berhasrat untuk memartabatkan nasi lemak ke persada dunia.

“Kebanjiran jenama asing
menyebabkan ia perlu dipromosikan lebih agresif kepada masyarakat luar, malah segelintirnya pernah menikmati nasi lemak apabila mereka berkunjung ke Malaysia,” katanya.

Langkah itu adalah peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan ke Indonesia, Singapura dan United Kingdom (UK) menjelang suku ketiga 2010.

“Mengenai pasaran tempatan, terdapat rancangan untuk membuka 15 cawangan di seluruh negara hingga 2011,” kata Abdul Halim.

Bukan mudah cipta nama Permintaan semakin meningkat menyebabkan NLA kini dalam proses untuk mengembangkan perniagaan melalui francais.

Rancangan itu masih dalam
peringkat keempat proses penilaian bagi kelulusan lesen oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Abdul Halim berkata, walaupun francais akan diwujudkan tidak lama lagi, konsep warung dan restoran kafe tetap mempunyai daya tarikan tersendiri.

“Konsep warung seperti di Kampung Baru akan dikekalkan sebagai mercu tanda kejayaan dan mengingati segala kesusahan dan cabaran sejak berniaga.

“Francais tidak akan
menjejaskan kedai sedia ada, malah ia dilihat sebagai jentera mengembangkan perniagaan NLA lebih meluas,” katanya.

Tidak
kira apa jua bentuk dan konsep perniagaan yang diusahakan, beliau akan memastikan jaminan kualiti produk.

Jika pelancong merasa sambal
nasi lemak NLA di Malaysia, maka rasa yang sama akan dinikmati apabila menembusi pasaran luar.

Walaupun jenama sudah
dikenali, namun Abdul Halim berkata, perniagaan NLA juga tidak terlepas berdepan dengan masalah.

Antara masalah adalah menghasilkan produk terbaik bagi mencapai standard dan piawaian yang ditetapkan terutama keasliannya.

"Apa yang lebih penting adalah penerimaan pelanggan berterusan," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk mencipta nama dan tidak susah juga menjadi terbaik, tetapi beliau yakin semuanya akan tercapai dengan usaha berganda.

Jika dinilai, perkembangan
sekarang baru sahaja mencecah dua peratus dan masih ada 98 peratus lagi usaha perlu dicapai.

“Masih terdapat kekurangan, namun saya akan terus berusaha bagi memastikan Nasi lemak Antarabangsa Kampung Baru disenaraikan pada papan ketiga Bursa Saham lima tahun akan datang.

Itu wawasan saya.


“Seperti juga lambang daun kelapa pada logo NLA, tiga daun itu melambangkan tiga generasi. Saya berharap perniagaan ini akan diusahakan bersama keluarga dan menjadi perintis kepada generasi akan datang,” katanya.

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru turut menambat hati pelanggan bukan Melayu termasuk pelancong asing.




1 comment:

thnks for your comment...