Tuesday, May 31, 2011

Aaron meriahkan sambutan hari bapa dgn oreo

Baru2 ini berkesempatan hadir utk majlis Oreo memperkenalkan Aaron Aziz sebagai jurucakap dia... bukan duta, program ini sebagai meraikan hari bapa sesuai dengan Aaron Aziz yg dah bergelar bapa tu...



Ini orang kuat Oreo... promote lebih sikit ye.. terima kasih banyak sponser Oreo sampai kenyang hari tu..




Makan oreo dan jalinkan ikatan kemesraan dengan ayahhh..wah baik gtu





Oreo optimis kekal teratas

muncul sebagai biskut jenama pilihan pertama katogeri sandwich

Jenama biskut terkemuka keluaran Kraft Foods, Oreo berhasrat untuk terus kekal pada kedudukan pertama dalam katogeri biskut sandwich bagi pasaran Malaysia dan global.
Pengarah Pemasarannya, Jason Chin berkata,pasaran jenama itu begitu baik dan semakin meningkat dengan catatan jualan tahunan yang mencecah USD 1billion seluruh dunia.

"Oreo adalah jenama biskut yang di kenali ramai dan paling popular di kalangan kanak-kanak kerana menunjukkan keakraban ayah dan anak yang tidak pernah ditonjolkan oleh produk-produk sebelum ini,"katanya.

Menurutnya, bagi memberi satu kelainan dalam menikmati biskut, Oreo turut melancarkan kempen dalam talian menerusi laman sosial untuk memberi peluang kepada orang ramai berkongsi kasih sayang dengan bapa sempena meraikan hari bapa yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Kempen itu dilancarkan semalam dan akan berlangsung selama tiga minggu.

"Tidak banyak produk yang menonjolkan bapa sebagai ikon produk dan kami cuba menampilkan kelainan agar dapat mengeratkan lagi lagi hubungan kekeluargaan,"katanya.
Selain Oreo, jenama biskut keluaran Kraft yang mendapat sambutan hangat adalah Tiger, (katogeri biskut manis) Jacob's, dan Chipsmore (biskut coklat) yang telah mencipta nama tersendiri lebih sedekat lalu.

Bagi katogeri coklat, pasaran jenama Cadbury masih ditangga teratas dan pasaran snek dikuasai oleh Twisties dan Cheezels.

Dalam memastikan produk lebih terjamin dan bermutu, Chin berkata, Kraft akan memperuntukkan antara satu hingga dua tahun untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan agar produk yang dipasarkan menepati citarasa pelanggan.









Published with Blogger-droid v1.6.9

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...