Thursday, June 16, 2011

Modenas perkenal motosikal elektrik


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) berhasrat menjual 500 unit motosikal elektrik (Modenas CTric) berteknologi hijau setiap bulan bagi pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ismail berkata, motosikal elektrik itu adalah yang pertama di Malaysia yang teleh lulus kedua-dua piawaian Piawaian dan Penyelidikan Perindstrian Malaysia (Sirim) MS2413 dan ujian piawaian Japan Industries Standard (JIS).

Menurutnya, motosikal berelektrik itu bakal dipasarkan di Iran hujung bulan ini dan bakal meneroka beberapa pasaran Asia lain seperti Korea, Vietnam, dan Eropah seperti Greece dan Poland.

“Sebagai permulaan sebanyak 100 unit akan dihantar ke Iran dan kami juga sedang merancang untuk memasarkan 200 unit kenderaan ini setiap bulan ke sana bergantung kepada permintaan dan kapasiti terbaru yang dijangka mampu mengeluarkan lebih 250 unit setiap hari,”katanya selepas hadir pada majlis pelancaran yang telah di sempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, 80 peratus daripada komponen kenderaan itu adalah keluaran tempatan dan segala proses penyelidikan dan pembangunan seratus peratus dikendalikan rakyat tempatan.

Katanya, motosikal yang berkuasa penuh elektrik itu dilengkapi dengan lima unit bateri 12v/20A berasaskan teknologi nano yang boleh dikitar semula sehingga 500 kitaran dan mempunyai nilai beli semula yang boleh didapati dengan harga RM800.

Motosikal ini berupaya mencapai jarak 60 kilometer setiap cas penuh dan berkemampuan mencapai hala laju sehingga 70km sejam dan boleh bergerak dalam radius 30 hingga 50 km sehari. CTric didatangkan dengan dua warna pilihan hijau dan jingga dengan harga RM4,888 termasuk cukai jalan dan insurans yang disasarkan untuk kegunaan golongan muda dan mereka yang prihatin dengan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...