Monday, June 20, 2011

Semua produk ayam brand adalah halal




Ayam Brand, jenama barangan makanan terkenal seisi keluarga, seperti sardin dan tuna di dalam tin, disahkan selamat dan dijamin halal kerana dipantau dan diiktiraf oleh badan persijilan sedunia (HACCP, ISO 9001, JAKIM dan EU).

Pada sidang media bertarikh 14hb Jun 2011 lalu, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan penarikan semula tiga jenama yang mengeluarkan produk makanan khinzir salai daripada pasaran. Salah satu daripada produk tersebut dikenali sebagai `Cap Ayam’, yang memaparkan logo ayam bertinju.

Ayam Brand menegaskan bahawa, penarikan jenama itu tiada sebarang kaitan dengan produk tersebut dan Ayam Brand tidak mengeluarkan produk khinzir salai.

“Ayam Brand hanya mengeluarkan dan memasarkan produk yang dijamin halal dan semua produk kami mempunyai sijil halal yang diperakui sah. Tiada satu pun produk keluaran syarikat Ayam Brand yang diarahkan ditarik balik daripada pasaran,”katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila lawati laman ayambrand.com.my, atau facebook `Ayam Brand™ – a world of recipe’ atau hubungi kami di talian 03 5191 1069.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...