MS Read Sasar dua cawangan baru tahun ini
Ms Read butik pakaian wanita bersaiz besar mensasarkan dua cawangan baru di Plaza Pelangi, Johor Baharu dan Suria, Kota Kinabalu, Sabah tahun ini.
Pengarah Urusannya, Helen Elizabeth Read berkata, penubuhan cawangan baru adalah bertepatan dengan permintaan semasa bagi membantu kaum wanita bersaiz besar mencari pakaian.
Ms Read yang di buka pada 1997, kini mempunyai 15 buah cawangan di Malaysia dan satu di Singapura, Mongolia dan Brunei.
“Untuk perancangan jangka panjang, MS Read akan memasuki pasaran Australia, Rusia dan Afrika Selatan sempena musim sejuk tidak lama lagi setelah menyertai International Trade dan Fashion Fair awal Ogos lalu,” katanya.
“Kami mengambil masa satu tahun setengah untuk menembusi pasaran tersebut,”
Walaupun tidak menembusi pasaran dunia secara meluas, koleksi Ms Read kini boleh di di dapati melalui internet pada bila-bila masa.
Comments
Post a Comment
thnks for your comment...