Dutch Lady fokus pada permintaan pelanggan



Dutch Lady Milk Industries Berhad, (Dutch Lady Malaysia), akan memfokuskan pada permintaan terkini pelanggan dalam mengekalkan kedudukan dan menguasai pasaran.


Pengarah Urusannya, Bas Van Den Berg berkata, secara keseluruhan produk Dutch Lady kini menguasai 20 peratus setiap segmen dan syarikat akan berusaha mengekalkan kedudukan itu tahun ini.


“Kami telah membelanjakan lebih RM5 juta dan mengedar lebih 250 paket susu UHT tahun ini sebagai usaha mengukuhkan pasaran di domestik,”katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Agung tahunan ke 47 di Petaling Jaya, semalam.


Menurutnya, syarikat juga akan meningkatkan 20 peratus pelaburan ke atas tujuan promosi dan pengiklanan berbanding tahun lepas.



Den Berg berkata, keuntungan yang dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 adalah yang tertinggi dicapai dalam sejarah 47 tahun operasi sebagai sebagai syarikat awam.


Katanya, Dutch Lady mencapai keuntungan tertinggi sebelum cukai berjumlah RM82.4 juta pada 2009, meningkat 42 peratus berbanding RM57.8 tahun sebelumnya.



Pendapatan tahunan syarikat pada 2009 pula menurun 2.7 peratus menjadi RM691.8 juta berbanding RM711.6 juta pada 2008. Beliau berkata, penurunan itu disebabkan penurunan harga jual serta jumlah pembelian pelanggan menurun.


Keuntungan selepas cukai pula mencatatkan RM60.5 juta menunjukkan 41.7 peratus peningkatan berbanding tahun 2008 yang mencatatkan RM42.6 juta.



Beliau berkata, RM42 juta dividen akan dibayar kepada pemegang saham Dutch Lady secara biasa dan khusus bermula Julai 2010.


Dari segi eksport, Den Berg berkata, Dutch Lady Malaysia kini menyumbang bawah 10 peratus ke atas perolehan syarikat, bagaimanapun, lebih 95 peratus produk dari Malaysia dieksport.


Memandangkan peningkatan 20 peratus ke atas harga dalam bahan mentah, beliau berkata situasi itu akan mempengaruhi harga produk tahun ini.


“Kami telah melihat kadar peningkatan bahan mentah sejak enam bulan lalu, dan berdasarkan situasi itu, kami menjangkakan akan berlaku kenaikan harga produk tahun ini,”kata Den Berg.


Comments

Popular posts from this blog

Azmy fokus pasaran domestik

Munchy’s giat cipta nama

Piza makanan pilihan sedunia