Dunia Herbs teroka pasaran Timur Tengah
Dunia Herbs Sales and Marketing Sdn Bhd syarikat pengeluar losyen berasaskan pati halia mengukuhkan lagi jenama dengan meneroka pasaran Timur Tengah Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roshdi Abdullah berkata, kerjasama strategik itu melibatkan syarikat Best Product Establishment, Arab Saudi, bertindak sebagai syarikat tunggal dan rakan pengedar jenama Dunia Herb bagi pasaran Timur Tengah.
“Untuk pengenalan, 500,000 unit produk akan dipasarkan ke sana,”katanya selepas mementerai perjanjian persefahaman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun berjaya meneroka pasaran luar, seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, syarikat juga giat mengukuhkan jenama bagi pasaran domestik.
Katanya, sepanjang tahun ini, syarikat membelanjakan RM2 juta hingga RM3 juta untuk tujuan promosi dan pengiklanan.
“Kami menggunakan pelbagai saluran untuk tujuan promosi dan alhamdulillah sambutan yang diberikan cukup memberangsangkan,” katanya setelah jualan produk kini mencecah RM2 juta sebulan.
Roshdi berkata, syarikat mempertaruhkan losyen pati halia sebagai produk untuk dieksport kerana paling laris dan berjaya dijual pada purata 50,000 sebulan.
“Itu adalah produk sulung kami dan mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan pada 2005,”katanya yang berhasrat memperkenalkan 10 produk baru sepanjang tahun ini dan dua tahun akan datang.
Dunia Herb kini mempunyai 12 produk dengan bilangan pengedar mencecah 700 hingga 800 orang seluruh negara.
Katanya, pasaran tempatan juga digerakkan dengan 40 orang stokis seluruh negara dan meluas di rangkaian farmasi dan pasaraya seluruh negara.
“Untuk menjadi stokis mereka memerlukan modal awal sekurang-kurangnya RM50,000 dan pengedar terpulang kepada kemampuan,”kata Roshdi.
salam..
ReplyDeletenak tanye, sy ada produk yg difikirkan bersesuaian dengan org2 di timur tengah, so mcm mana nak masuk pasaran timur tengah?
maaf Encik.. sy x de contact dgn org timur tengah ni.. sy buat berita je..
ReplyDelete