Gabungan enam syarikat bukti Kumpulan Sanabil melakar sejarah
Empayar perniagaan dikembangkan melalui pemasaran dalam dan luar negeri
Foto: ABD LATIF ZAKARIA
Kumpulan Sanabil yang diterajui bumiputera adalah salah satu contoh syarikat tempatan yang berjaya kerana kewibawaan menguruskan enam syarikat perniagaan serentak.
Kumpulan itu kini mengembangkan syarikat percutian, pengangkutan, pemasaran dan pengedaran, pembelajaran dan pendidikan, ladang dan penanaman, serta tanah dan harta.
Syarikat itu kini menyokong antara satu sama lain dan kumpulan memberi tumpuan utama terhadap syarikat Sanabil Percutian dan Sanabil Pemasaran dan Pengedaran.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Effendi Hashim berkata, semua syarikat mempunyai potensi dan saling menyumbang ke atas perolehan syarikat.
Menurutnya, secara keseluruhan, Sanabil Percutian menyumbang 55 peratus kepada perolehan kumpulan.
Beliau berkata, Sanabil Percutian yang ditubuhkan pada 2005, kini sedang meraikan sambutan kelima sambil memperkenalkan kad kesetiaan My Sanabil.
Khairul berkata, pelanggan akan menikmati harga dan potongan istimewa apabila menunjukkan kad tersebut semasa berurusan dengan kumpulan Sanabil.
“Pengenalan kad ini menunjukkan kami begitu menghargai kesetiaan pelanggan dengan memberi layanan istimewa kepada pelanggan tetap.
“Melalui kaedah ini, kami boleh mengetahui bilangan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dalam satu-satu masa,”katanya.
Menurutnya, Sanabil Pemasaran dan Pengedaran adalah satu-satunya syarikat yang menumpukan pada pemasaran makanan sejuk beku.
Khairul berkata, syarikat itu merupakan satu-satunya syarikat yang berpotensi walaupun setahun ditubuhkan.
Menurutnya, syarikat itu mendapat dana awal daripada Kumpulan Sanabil untuk mengeluarkan produk Roti Boom Sri Ani Disember tahun lalu.
“Saya tahu peruntukan dan dana kewangan itu boleh dimohon tetapi saya ingin menunjukkan kebolehan dan kesungguhan dalam menguruskan perniagaan.
“Lagipun peruntukan akan lebih senang diperoleh apabila produk itu sudah mendapat tempat di hati masyarakat,”kata Khairul.
Menurutnya, beliau lebih senang membangunkan perniagaan tanpa mendapatkan pinjaman daripada mana-mana pihak sebagai bukti kesungguhan dan minat beliau menguruskan perniagaan.
“Kami begitu berharap jenama ini akan diterima masyarakat dan pengeluarannya akan bertambah satu kali ganda tahun depan,”katanya.
Beliau berkata, sepanjang sebulan beroperasi sebanyak 600 kilogram tepung telah digunakan untuk menghasilkan keluaran pertama Roti Boom Sri Ani.
Roti Boom Sri Ani adalah jenama makanan yang dicetuskan bersama rakan kongsi Suryani Hashim, pemilik dan pengasas resipi.
“Apabila melihat pasaran yang kian berkembang dalam usia ini, saya menjangkakan pasarannya akan meluas apabila diedarkan seluruh negara tidak lama lagi,”katanya setelah produknya kini hanya terdapat di Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.
Menurutnya, produk itu boleh dibeli secara runcit di kedai-kedai terpilih sekitar Lembah Klang dengan harga RM3.50.
“Setakat ini produk itu telah di pasarkan di Pasaraya Mydin, Pasar raya Pak Aji, Kedai Barangan halal Az Zain dan sedang dalam perbincangan untuk di pasarkan ke rangkaian pasar raya anak syarikat Padi Beras Nasional Berhad (Bernas), tahun ini.
Melalui perkembangan itu, Khairul berkata beliau berhasrat untuk mewujudkan pusat pengeluaran makanan sejuk beku (Sanabil halal2U) hujung tahun ini.
“Kami dalam perancangan untuk mewujudkan Sanabil halal2U untuk membuktikan jenama itu mampu bersaing dengan jenama sedia ada,”katanya.
Menurutnya, bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran, jenama Roti Boom Sri Ani juga akan memperkenalkan satu lagi perisa baru pada suku pertama tahun ini.
“Kami telah mengeluarkan dua perisa seperti coklat chip dan serunding ayam, dan setakat ini maklum balas yang diterima juga memuaskan,”katanya yang berhasrat untuk memasarkan produk ini ke Singapura dan Australia.
Sepanjang beroperasi, Roti Boom Sri Ani telah membelanjakan RM50,000 untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan kilang.
Katanya, dengan menggunakan pembiayaan yang terhad, pencapaian yang dikecapi sekarang adalah suatu yang boleh dibanggakan.
Selain itu, beliau juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengedar jenama tersebut.
“Bilangan pengedar yang ada sekarang adalah 50 sahaja, dan kami membuka peluang kepada golongan suri rumah, ibu tunggal serta mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan,”kata usahawan muda yang berusia 32 itu.
Selain menumpukan pada perkembangan Sanabil Pengedaran dan Pemasaran Khairul berkata, Sanabil Percutian pula akan menumpukan kepada pakej haji dan umrah.
“Kami mengadakan satu pakej khas untuk memberi peluang golongan yang berkemampuan memilih pakej yang dipanggil VIP.
Menurutnya, syarikat mensasarkan golongan muda sebagai pengguna utama pakej itu .
Katanya, sasarkan utama pakej itu adalah kepada eksekutif berumur dari 25 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, pakej itu menjadikan Kumpulan Sanabil adalah syarikat yang sentiasa memberi kelainan dari aspek perkhidmatan dan penyediaan pakej.
“Kami faham tentang masalah golongan muda yang ingin tinggal berasingan dengan mereka yang berumur, jadi inilah pakej terbaik kepada mereka untuk mengerjakan haji dan umrah, serta bercuti,”katanya.
Sebagai perancangan seterusnya Sanabil Percutian juga akan menawarkan pakej pelancongan ke negara timur tengah.
“Ini adalah perancangan kami dalam meluaskan perkhidmatan dan mengukir nama sebagai sebuah agensi pelancongan tempatan berjaya di luar negara,”katanya.
Menurutnya, peluang itu juga jelas menunjukkan Kumpulan Sanabil adalah satu-satunya syarikat bumiputera yang mampu bersaing menerusi pengembangan dalam dan luar negara.
Menerusi rancangan ke luar negara, beliau berkata, Sanabil Percutian, akan mengadakan promosi melalui pakej pelancongan dan perkhidmatan.
“Kami akan mempromosikan Malaysia ke luar negara dan begitu juga memperkenalkan destinasi pilihan dunia kepada orang Malaysia sebagai tempat melancong.
“Kaedah ini secara tidak langsung menggalakkan orang kita ke luar negara, dan
Kemasukan pelancong luar negara ke Malaysia,”katanya.
Khairul berkata, beliau mensasarkan dapat menarik 300 orang pelancong luar negeri datang ke Malaysia tahun ini.
“Dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih, saya yakin ramai yang memilih Malaysia sebagai destinasi utama, lagipun negara kita bebas daripada bencana alam dan peperangan,”katanya.
Sepanjang tahun ini beliau menjangkakan jemaah umrah akan meningkat kepada 800 orang.
“Tahun lepas perkhidmatan umrah disertai oleh 300 ke 500 orang, jadi dengan pengenalan pakej VIP, saya yakin ada penambahan,”kata Khairul.
Menurutnya, waktu tumpuan untuk umrah dan pelancongan adalah semasa cuti sekolah dan sepanjang cuti hujung tahun.
“Itu adalah waktu paling ramai rakyat Malaysia melancong dan sepanjang tempoh itu kami akan cuba membuat promosi dalam dan luar negara,”katanya.
Khairul berkata, aspek promosi adalah elemen penting dalam membantu dan memperkenalkan syarikat kepada pelanggan. Oleh sebab itu, Kumpulan Sanabil
akan memperuntukkan RM100,000 untuk tujuan promosi dan hebahan tahun ini.
“Kami percaya promosi menggunakan media cetak dan elektronik adalah saluran yang tepat, dan mesej terus sampai kepada pengguna,”katanya yang telah membelanjakan RM60,000 untuk tujuan tersebut tahun lepas.
Di samping promosi melalui media, Khairul berkata, internet juga adalah saluran berkesan sebagai sumber informasi.
Katanya, golongan muda lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui internet, jadi website juga penting sebagai saluran alternatif menyebar maklumat.
Menurutnya, sebagai usahawan muda, beliau perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah. Namun tidak bererti segala tingkah lakunya akan membataskan perancangan.
Beliau berkata, setiap pekerjaan ada cabaran yang tersendiri bagi menguji sejauh mana kecekalan dalam mengemudi perniagaan.
“Bagi saya, perniagaan ini adalah suatu jihad ekonomi ke arah memperkukuhkan diri sendiri dan perusahaan,”katanya.
Oleh yang demikian, dengan kesungguhan dan semangat yang ada beliau berharap ada pihak seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), bank dan Jabatan Pertanian sudi membantu terutamanya dari segi modal dan kemudahan lain.
“Saya tidak akan berharap kepada bantuan semata-mata, tanpa mempunyai bukti yang boleh meyakinkan mereka,
“Kini produk kami sedang hangat diperkatakan dan itulah bukti bahawa kami telah berusaha sebelum berharap kepada bantuan,”katanya.
Menurutnya, itulah rahsia dan falsafah yang diterapkan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan.
Selain itu, beliau berkata, walaupun empat lagi cabang perniagaan dalam Kumpulan Sanabil dilihat tidak begitu diberi perhatian, tetapi sumbangannya juga penting, terutamanya Sanabil pengangkutan dan Sanabil Tanah dan Harta.
Khairul berkata, Sanabil Pengangkutan saling berkait rapat dengan Sanabil Percutian, jadi kedua-dua syarikat itu saling membantu antara satu sama lain.
“Di samping menyediakan pakej untuk percutian, kami juga terlibat untuk mempromosikan bas sebagai pengangkutan untuk kegunaan pelancong dan sewa khas, “kata Khairul.
Menerusi Sanabil Tanah dan Harta, beliau berkata, syarikat itu kini menjalinkan kerjasama dengan hotel-hotel di Mekah dan Madinah untuk menguruskan penginapan jemaah haji dan umrah.
“Ini juga adalah strategi kami untuk memberi keselesaan kepada pelanggan agar kemudahan penginapan terjamin dan terurus,”katanya.
Menurutnya, dengan hala tuju dan perniagaan yang kian mengukir nama, beliau berharap rangkaian syarikat akan diperkemaskan lebih-lebih lagi Sanabil Percutian dan Sanabil Pemasaran dan Pengedaran.
“Saya bergelar Ketua Pegawai Eksekutif seawal usia 25 tahun, jadi saya akan cuba mencapai visi dan misi agar perniagaan ini terus menjadi perintis kepada generasi akan datang,”kata Khairul.

Comments
Post a Comment
thnks for your comment...