Friday, November 29, 2013

makan di maneee... emmm.... Bonjour!



Bonjour! Kafe Gaya Hidup dalam Taman Terkini
Melanda Ibu Kota
Kemahiran Jepun, Inspirasi Perancis!


 Ungkapan “Timur Bertemu Barat” bukan baru.  Ia juga tidak lagi asing, bukan sahaja dalam aplikasi teknologi dan perniagaan tetapi juga dalam masakan dan pengeluaran makanan.  Apabila pakar kulinari Jepun yang memenangi anugerah menerapkan konfeksi Eropah ke dalam inovasinya, ia layak diberi perhatian!

Bonjour!  Memperkenalkan Grand Chef Yukichi Matsubara, Ketua Chef dan Pengarah Urusan kafe gaya hidup dalam taman yang terbaru di ibu kota –
Bonjour Garden.  

Hari ini, Chef Matsubara melancarkan Bonjour Garden terbaru di Intermark Mall – menjadikannya kafe ke-5 yang dibuka sejak kafe pertama memulakan perniagaan di Kota Damansara pada tahun 2011.






Seperti yang digambarkan oleh namanya, Bonjour Garden adalah bakeri dan kafe dengan konsep gaya hidup dalam taman dan inspirasi masakan ala Perancis. 

Bonjour Garden adalah untuk mereka yang gemar menikmati makanan sihat dan kreatif dari bakeri asli Perancis tetapi dibuat dengan kemahiran Jepun dan bahan dari Jepun.  Suasana ceria membolehkan anda meluangkan masa untuk menjamu selera dengan santai dan selesa.  Menunya menyenaraikan lebih 100 jenis makanan yang meliputi pelbagai makanan konfeksi, pastri dan sajian utama yang pasti dapat menambat selera pelanggan.  Bonjour Garden Intermark dibuka dari Isnin hingga Ahad, dari 8 pagi hingga 10 malam. 

Cawangan baru di Intermark merupakan sebuah kafe taman, yang menjanjikan suasana indah, praktikal dan menepati fungsi.   Santai, anggun lagi mesra adalah antara keterangan yang boleh diberikan untuk menggambarkan suasana yang serba sederhana tetapi menepati fungsi di sini. 

Di sebalik gaya pekampungan moden rupa bentuk luarnya, terletak kafe dengan cita rasa dan gaya Paris yang tersendiri.  Dengan sentuhan kelembutan warna kuning air dan tema taman, kesederhanaan Bonjour Garden dapat dilihat daripada hiasan dalaman yang ringkas, termasuk koleksi memorabilia, artifak dan hiasan lain yang membawa kenangan ke kota Paris.  Ini dengan serta-merta menghidupkan suasana ruang yang luas, santai dan mesra.

Chef Matsubara menjelaskan bahawa Bonjour Garden diilhamkan oleh sentimen pasaran yang menyaksikan kemunculan kafe seperti cendawan tumbuh, dengan konsep taman terapeutik – yang memberikan nafas segar dalam hutan konkrit.  “Kecenderungan eksekutif yang sentiasa sibuk bekerja untuk menghabiskan masa santai atau masa rehat dengan meneguk mocha sambil menikmati kelazatan croissant, atau makan tengah hari atau minum petang bersama kawan-kawan sudah menjadi satu trend.  Dan jika anda berhajat untuk makan malam, terdapat pelbagai sajian lazat untuk pilihan.

Bonjour Garden menawarkan aneka makanan bakeri dan pastri Perancis yang paling asli dan original.  Konsep menunya tertumpu kepada 3 elemen utama – “Sihat”, “Kreatif” & “Chef Jepun” – mengilhamkan 5 makanan bakeri utama (5’C’s) – iaitu caramel cheese raisin (roti mentega gulung), Ciabatta (roti keras), Croissant, Campagne (roti levain), cranberry cheese (roti levain) yang diperkenalkan kepada media hari ini.









“Kalau makanan tidak disediakan dengan sempurna, maka ia tidak akan meninggalkan dapur” – inilah falsafah dan komitmen peribadi Chef Matsubara yang sentiasa menjadi pegangannya.  Pakar kulinari berdarah Jepun ini komited dengan apa yang dikatakannya.  Anak kelahiran Kobe, Japan, beliau mendapat latihan dalam teknik Klasik Perancis dan mengasah bakat dan kemahirannya di Tokyo, dengan bekerja di Kimuraya Bakery.  Beliau amat tertarik untuk ke Paris, bagi mencapai impian menjadi pakar Patissier di Boulangerie au 140, yang terkenal di ibu kota Perancis. 

Pengetahuannya yang begitu mendalam tentang seni masakan mendorong Chef Matsubara untuk menulis buku ‘Latest Style of Boulanger Desserts’ dan mengesahkan kelayakannya sebagai pakar dalam bidang pengkhususannya menerusi program televisyen Jepun untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef, Bakery Skills.  Pada tahun 2004, beliau memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California; pertandingan yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh dunia.

Dua chef utama bersama Chef Matsubara adalah Chef Darren Chin dan Chef Shigeru Hashizume.  “Kafe kami berbangga dengan kehadiran chef berpengalaman sebagai mentor kepada sekumpulan chef kulinari yang berdedikasi dan semuanya bersemangat untuk memperlihatkan kepakaran kulinari Barat dengan sebaik mungkin bagi memuaskan selera pelanggan,” kata Chef Matsubara.

Menurut Chef Matsubara lagi, chef utama mengguna pakai teknik tradisional Perancis dengan kepakaran Jepun dalam pengeluaran produk di Bonjour Garden.  “Menggunakan bahan terbaik yang diperolehi dari seluruh dunia, kami berusaha untuk menyajikan produk yang tiada tandingan kepada pelanggan.

“Produk kami disediakan oleh kakitangan bakeri kami sendiri dan dibuat setiap hari dengan menggunakan bahan yang terbaik dan mengikut resipi tradisional yang tidak ditelan zaman menggunakan cara moden.

“Kami menggunakan bahan semula jadi tanpa pengawet, yang bermutu paling tinggi dan paling sihat dalam pembuatan makanan konfeksi kami.  Sebagai contoh, kami menggunakan Tepung Torigoe yang termasyhur dari rantau Kyushu di Jepun dan yis asli buatan sendiri yang dibuat daripada Kismis California untuk ‘menaikkan’ roti.  Ini memberikan aroma dan rasa yang tersendiri.

“Mentega yang digunakan di Bonjour Garden adalah gred A.O.P (Appellation d'Origine Protégée ) yang dikeluarkan di rantau Poitou-Charentes, Perancis.  Keadaan tanah dan iklimnya memberikan rasa lemak mentega dengan cirinya yang tersendiri, kata Chef Matsubara.

“Bagi kami, kreativiti bukan sahaja terletak pada rasa, kandungan dan persembahan, tetapi juga inovasi yang penting dalam eksplorasi paduan bahan dan rasa berlainan untuk mencipta kelazatan yang menarik sepanjang masa, tambahnya. 






Bonjour Garden Intermark, Kota Damansara dan Bukit Jelutong adalah bakeri dan kafe menjamu selera penuh, manakala dua lagi cawangan (Mutiara Tropicana dan Valencia Sierramas) adalah dalam bentuk ala kios untuk pesanan bawa pulang segera.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.facebook.com/bonjourgarden atau hubungi talian 03-6140-7603.


Ketua Chef dan Pengarah UrusanGrand Chef Yukichi Matsubara
Chef Utama : Chef Darren Chin & Chef Shigeru Hashizume









Menu :

  • Item Bakeri
    • 80 jenis
    • Bakeri utama / paling laris (Harga)
           Caramel Cheese Raisin    RM. 2.80
           Croissant                             RM. 2.50
           Campagne                           RM  5.80
           Ciabatta                                RM.6.00  Junior.  RM. 2.40
           Cranberry Cheese               RM. 18.20         
  • Sajian utama
    • 40 jenis
    • Sajian utama / paling laris (Harga)
      • The Pacific                          RM 18.00
      • Apple, Walnut & Arugula  RM 16.00
      • “Snail” Wurst                       RM 18.00
      • Smokey Egg                      RM 16.00
      • Mushroom soup                 RM 10.00
      • Broccoli soup                      RM 10.00
      • Smoked Duck Sandwich  RM 18.00
      • Chicken Crisp Sandwich RM 15.00
      • Olio Prawn                          RM 21.00
      • Crab and Edamame         RM 23.00
      • Oriental Pizza                     RM 24.00
      • Margherita Pizza                RM 16.00
  • Kek
    • 30 jenis
    • Kek Utama / paling laris (Harga)
      • Flufffruity Roll                                   RM.7.80
      • Raw raw Chocolate                       RM.6.60
      • Chocolate Galaxy                          RM.6.60
      • Caramel Mousse                           RM. 6.60
      • Cheese Souffle                             RM. 4.00
      • Cheese Symphony                       RM  6.60
Cawangan

  • Intermark                                           
Lot LC01 – 08, Intermark Mall
The Intermark
No. 348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel (03) 2181-1822
Waktu operasi  =   8:00 pagi hingga 10:00 malam

  • Kota Damansara
Central Park Building
Jalan PJU 5/13
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya,

Tel: (03) 6140-7603
 Waktu operasi  =   8:30 pagi hingga 11:00 malam ( Ahad - Khamis)
                                             8.30 pagi to 12 tengah malam ( Jumaat  – Sabtu)
                                               * Persembahan band : 8 malam -10 malam
  • Bukit Jelutong
Lot 5, R-1 Ting GL 2
Plaza Jelutong
No 5C Prsn Gerbang Utama
Bukit Jelutong
40150 Shah Alam, Selangor

Tel: (03) 7734-3018
          Waktu operasi  =   9:00 pagi hingga 10:00 malam

  • Mutiara Tropicana (kiosk)
Jaya Grocer
No 2G-6G Jalan Mutiara
Tropicana 3
Mutiara Tropicana PJU
347410 Petaling Jaya

Waktu operasi  = 9:00 pagi to 10:00 malam

  • Valencia Sierramas (kiosk)
3G Ground Floor,
Jalan Sierramas Utama,
Sierramas,
47000 Sg Buloh
Selangor

Tel: (011 2345-7918)
Waktu operasi  = 9:30 pagi hingga 9:00 malam                                

BIODATA CHEF

Chef Yukichi Matsubara
(Grand Chef /Pengarah Urusan)

Berasal dari Kobe, Jepun, beliau terlatih dalam teknik Klasik Perancis dan mengasah bakat dan kemahirannya di Tokyo, dengan bekerja di Kimuraya Bakery.  Beliau amat tertarik untuk ke Paris, bagi mencapai impian menjadi pakar Patissier di Boulangerie au 140, yang terkenal di ibu kota Perancis. 

Pengetahuannya yang begitu mendalam tentang seni masakan mendorong Chef Matsubara untuk menulis buku ‘Latest Style of Boulanger Desserts’ dan mengesahkan kelayakannya sebagai pakar dalam bidang pengkhususannya menerusi program televisyen Jepun untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef, Bakery Skills.  Pada tahun 2004, beliau memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California; pertandingan yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh dunia.










Chef Darren Chin
(Chef/Pengurus – Intermark)

Didorong oleh minatnya terhadap makanan, beliau meninggalkan Pengajian Undang-Undang untuk mencapai impian menjadi Chef.  Beliau kemudiannya lulus dengan cemerlang dari Taylor’s University School of Hospitality and Tourism yang bersekutu dengan University De Toulouse – Le Mirail, pakar dalam Masakan Perancis.

Beliau seterusnya menimba pengalaman kerja di restoran terbaik di ibu kota (Third Floor Restaurant & Bar dan Westin Kuala Lumpur) di mana beliau didedahkan kepada pelbagai cara masakan dari Itali, Sepanyol dan gabungan Perancis-Jepun.
Kagum dengan gabungan penggunaan bahan Jepun dan teknik Perancis, beliau kemudian membina kerjaya profesional di salah sebuah Bakeri & Bistro Perancis-Jepun yang pertama dan terkenal di Kuala Lumpur di bawah bimbingan Grand Chef Yukichi Matsubara dan Chef James Thong.  Selepas bekerja keras selama beberapa tahun, beliau berhenti untuk menyertal Club Elite Genting Highland yang menghidangkan sajian makanan terbaik kepada pelanggan platinum Kumpulan Genting.

Pada tahun 2012, beliau mendapat peluang untuk melangkah lebih jauh apabila beliau disatukan semula dengan Grand Chef Yukichi Matsubara.  Beliau membantu Grand Chef Yukichi Matsubara untuk mengilhamkan konsep dan menu Bonjour Garden di The Intermark.  Mendapat inspirasi daripada mentornya dalam penyediaan sajian Perancis-Jepun, beliau telah menerapkan bahan Asia ke dalam Masakan Barat dalam menunya untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang segar dan unik kepada pelanggan.

Chef Shigeru Hashizume
(Chef Pastri – Bonjour Garden)

Berasal dari Fukuoka, Jepun, minat Chef Shigeru Hashizume dalam bidang masakan bermula dari menonton program TV popular dinamakan “Iron Chef”.  Tertarik dengan kreativiti dan kejayaan Chef Hiroyuki Sakai dalam bidang kulinari yang melayakkannya mendapat gelaran Iron Chef, Shigeru mengasah bakatnya kulinarinya dengan mencuba jaya membuat biskut untuk keluarga dan sahabat handai sewaktu berusia 10 tahun.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian menengah rendah, Shigeru tidak membuang masa dan terus mencari ruang untuk membina kerjaya dalam bidang Patisserie dengan menjadi Pelatih di Minori no Toki, juga dikenali sebagai CAKE HOUSE 実りの季.  Beliau seterusnya menyertai Esperance, mengasah kemahiran untuk menjadi pakar membuat Kek Gulung Jepun.  Kegigihannya menimba kemahiran dan mengembangkan kreativiti tidak sia-sia apabila beliau muncul sebagai pemenang dalam Pertandingan Kemahiran Pastri Fukuoka (bawah 21 tahun) pada 2009. 

Pada musim panas 2011, beliau membawa beg galas merantau ke seluruh Asia khususnya ke Korea, Thailand, Malaysia dan India untuk meneroka cita rasa dan keunikan sajian pastri setiap negara.  Beliau pulang dengan membawa inspirasi dan idea menarik untuk meningkatkan kemahiran, lalu menyertai Hotel New Otani di Hakata, untuk menerima bimbingan daripada chef pastri yang terkenal, Chef Shinsuke Nakajima.


No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...