Friday, November 29, 2013

MEMASAK SECARA BERGAYA DENGAN BOSCH ASIAN RANGE


Hud dan dapur memasak INTELLIgent untuk rumah Asia

Bosch Home Appliances, jenama peralatan perkakas rumah terkemuka Eropah telah melancarkan sebuah revolusi Asian Range yang menampilkan ciri inovasi INTELLI bagi memenuhi keperluan dapur rumah orang Asia, sekaligus membolehkan penggunanya memasak dengan penuh bergaya di samping memastikan dapur mereka dan keseluruhan rumah sentiasa berkeadaan bersih dan tidak berbau.



Dibarisi produk seperti dapur gas, dapur elektrik, dapur hibrid dan hud pengumpul sisa minyak, ciptaan dan reka bentuk setiap daripada produk Bosch Asian Range adalah dihasilkan secara teliti bagi menyesuaikan cara orang Asia memasak. Dapur gas dan elektrik Asian Range direkabentuk lebih luas berbanding European Range kerana mengambil kira aktiviti memasak orang Asia melibatkan peralatan seperti kuali dan periuk yang bersaiz lebih besar berbanding cara memasak orang Barat. Saluran kumpulan sisa minyak profesional pada hud didatangi dengan sistem penapis berganda terpaten bagi memerangkap gris kondensasi dengan segera lalu dialirkan ke dalam bekas sisa minyak, sekaligus memastikan dapur bebas gris.






Dapur ialah nadi kepada sesebuah rumah, satu ruang di mana makanan disedia dan dimasak dengan penuh kesungguhan dan ketelitian buat mereka yang tersayang, justeru merapatkan hubungan kekeluargaan. Dengan itu, kami berikhtiar untuk menghasilkan produk efisien, elegan, lagi bergaya dengan teknologi termaju kepada setiap dapur di seluruh dunia. Pelancaran Asian Range memperlihatkan usaha kami dalam membawa kecekapan dan teknologi Jerman kepada dapur Asia dengan susun atur yang sesuai dengan cara memasak orang Asia misalnya penunu kuali yang rata dan teliti, ekstrasi yang cekap untuk hud malahan “INTELLILINK”, satu ciri inovatif yang menghubungkan kedua-dua dapur memasak dan hud. Ia cukup memudahkan dan praktikal,” kata Gary Ong, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn Bhd.


Salah satu kepintaran yang menonjol pada dapurAsian adalah Delay Shut-off Timer (Pemasa Penutup Tertunda) yang terdapat pada dapur model PBD9351MS. Ia menampilkan pemasa 1-99 minit dengan nada akustik, mematikan api secara automatik sebaik waktu memasak terpilih tamat. Aktiviti memasak kini menjadi lebih mudah dan selamat berbanding sebelumnya.
Antara ciri-ciri ketara yang ditampilkan pada inovasi INTELLI Bosch Asian Range ialah:

·         INTELLILINK
INTELLILINK menampilkan 'InterLink' (Sambungan) yang menghubungkan dapur memasak dan hud dengan sempurna. Dapur tersebut akan menghantar isyarat tanpa wayar kepada hud untuk mengawalnya. Jadi, setiap kali dapur terpasang, maka hud juga dihidupkan secara automatiknya. Dapur revolusi terbabit juga akan menghantar satu isyarat berhenti kepada hud apabila dapur dimatikan. Hud itu kemudiannya akan beralih kepada kelajuan rendah dan beroperasi kira-kira tiga minit sebelum berhenti. Gris, haba dan bau busuk disingkirkan secara automatik sekaligus memastikan ruang dapur bersih dan tidak berbau.
*INTELLILINK hanya terdapat pada beberapa model terpilih sahaja - PBD9351MS (Dapur) dan DKS968DSG (Hud).

·         INTELLISPARK
INTELLISPARK didatangi dengan 'Auto ignition' (penyalaan Auto), satu fungsi penyalaan kelajuan tinggi pintar. Dengan hanya menekan satu butang, ia boleh menentukan sama ada api telah dinyalakan. Sekiranya tiada api selepas 10 saat, injap thermoelektrik akan menghentikan bekalan gas sebagai langkah keselamatan.

·         INTELLIFLAME
Penunu nyalaan ganda tiga dengan perpaipan tembaga kembar dalam dapur gas memberikan kawalan nyalaan secara tepat dari serendah 0.3kW sehingga 4.0kW. Berbanding dapur Eropah dengan rekabentuk penunu nyalaan ganda dua, penunu ganda tiga Bosch bagi Asian Rangeadalah direka khas untuk pemanasan sekata dan terkawal. Dapur gas Bosch adalah kukuh tetapi pada masa yang sama lembut: ia membolehkan air mendidih dengan amat cepat pada kuasa tinggi dan mereneh dengan lembut pada kuasa rendah. Ia begitu lembut sehingga membolehkan anda mereneh sayur-sayuran halus, sup dan sos - atau untuk sekadar mengekalkan kepanasan makanan.
* INTELLIFLAME hanya terdapat pada beberapa model terpilih sahaja – PBD7251MS, PBD7351MS, PBD7331MS, PBD9331MS, PBD9351MS dan PMH768MS.







·         INTELLICLEAN
Dengan ciri Self-Cleaning (Penyucian sendiri), hud Asian Bosch terpilih menyedut segala sisa kotoran dan dengan hanya menekan satu butang, maka hud akan dicuci dan dibersihkan, sementara sisa akan dikumpul dalam satu bekas pengumpul untuk dibuang secara mudah.
* INTELLICLEAN hanya terdapat pada model terpilih sahaja – DKS968DSG.

·         INTELLIPOWER
Dapur Induksi Bosch menampilkan fungsi Power Boost (Rangsangan Kuasa) yang membenarkan output kuasa yang lebih tinggi kepada zon memasak terpilih dengan segera, dengan menekan hanya satu butang. Ini sekaligus menjimatkan masa, terutamanya untuk periuk besar berisi air, yang perlu suhu yang tinggi dengan secepat mungkin.

·         INTELLIFILTER
Penapis Hud Asian Bosch mempunyai geometri berbentuk piramid dengan sistem penapis berganda: Sisa minyak terperangkap dalam pengumpul yang membolehkan ia dibuang secara mudah untuk pembersihan. Pada masa sama, motor dalam hud memasak juga sentiasa kekal bersih, maka pretasinya pasti akan sentiasa berkuasa secara konsisten.

Bosch Asian Range terdapat dalam 10 jenis model: Dapur Gas (PBD7251MS, PBD7351MS, PBD7331MS, PBD9331MS dan PBD9351MS), Dapur Elektrik (PMI968MS), Dapur Hibrid (PMH768MS) dan Hud Pengumpul Sisa Minyak (DKE908PMY, DKE906HMY dan DKS968DSG). Kebanyakan model produk ini boleh didapati di kesemua wakil penjual sah dengan harga runcit standard bermula dari RM1,388*; manakala INTELLILINK model seperti PBD9351MS&DKS968DSG dan dapur gas model PBD9331MS akan berada di pasaran mulai Januari 2014. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.bosch-home.com.my.


2 comments:

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete
  2. bagaimana cara menghidup kan dapur elektrik bosch ni ye?

    ReplyDelete

thnks for your comment...