Wednesday, April 21, 2010

Acer lancar laptop model baru

Acer sasar 20 peratus pertumbuhan jualan tahun ini




Acer Sales and Services Sdn Bhd,mensasarkan peningkatan 20 peratus ke atas jualan keseluruhan produk tahun ini.

Pengurus Besarnya, Ricky Tan berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu menerusi pencapaian jualan tahun lepas yang mencecah RM1.6 bilion.

Menurutnya, syarikat optimis dengan pertumbuhan itu kerana pada suku ketiga 2009, jenama Acer menguasi tempat kedua mengatasi jenama Dell dalam perkongsian pasaran global.


“Kebangkitan Acer dalam pasaran global membuktikan pertumbuhan kukuh dan prestasi itu terus diperhebatkan dengan mengintegrasikan perkasasan, perisian dan perkhidmatan,”katanya selepas melancarkan Acer Timelinex di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, sejajar dengan pelancaran model baru, syarikat menjangkakan segmen komputer riba mampu menguasai 40 peratus pasaran tahun depan.

“Kini kami menguasai 60 peratus pasaran segmen komputer riba di Malaysia,”katanya.

Acer Timelinex direalisasikan menerusi teknologi pintar yang mampu memanjangkan hayat bateri sehingga 12 jam.

“Syarikat menjangkakan model baru itu mampu dijual 5,000 unit sebulan,”katanya.

Acer Timelinex ditawarkan pada harga RM2,999 seunit dan dipakejkan dengan rekaan kukuh dan tahan lasak seringan 2.2kg.



Selain menguasai segmen computer riba, Acer juga turut menguasi segmen komputer mobil dan komputer peribadi di samping turut bertanggungjawab mengedar produk jenama Gateway dan eMachines.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...