Saturday, April 17, 2010

RasaMas


RasaMas jangka menu baru sumbang 15 peratus ke atas jualan

Jamaluddin (kiri) ketika melancarkan hidangan ayam warisan di Restoran RasaMas Kota Damansara, baru-baru ini.

Rangkaian restoran ayam panggang citarasa ramai, RasaMas memperkenalkan hidangan ayam panggang Warisan yang dijangkakan menyumbang 15 peratus ke atas campuran jualan.

Pengarah Urusannya, Jamaluddin Md Ali berkata, syarikat mampu mencapai sasaran itu menerusi jualan promosi yang bermula sekarang hingga 2 Jun 2010 di 40 restoran RasaMas seluruh negara.


Menurutnya, resepi ayam panggang Warisan diilhamkan oleh Chef Mohd Salezahrin Mohd Saleh dari Ampang yang memenangani tempat kedua dalam pertandingan masakan RasaMas Roaster tahun lepas.


“Kami yakin resipi itu mampu mendapat sambuatan hangat penggemar ayam panggang kerana turut tersedia dengan hidangan sampingan seperti begedil, ulam, jejari ikan, dan tauhu,”katanya selepas melancarkan hidangan itu di Petaling Jaya, semalam.


Beliau berkata, hidangan itu menjadi lebih istimewa apabila menggunakan asam boi sebagai ramuan utama untuk memerap ayam.


Katanya, sebagai meluaskan lagi rangkaian di seluruh negara, RasaMas akan membuka lima lagi cawangan baru dalam masa terdekat.


“Tahun ini kami sasarkan lima cawangan baru yang akan dibuka sekitar Lembah Klang membabitkan pelaburan RM2.5 juta,”katanya.


Jamaluddin berkata, syarikat menetapkan lima cawangan bagi memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan KFC.


“Syarikat kini agresif melabur untuk cawangan KFC, tetapi tetap mengadakan promosi terhadap RasaMas yang menyumbang satu peratus ke atas keuntungan syarikat,”kata Jamaluddin.


Rangkaian RasaMas adalah anak syarikat KFC Holdings (Malaysia) Berhad yang pertama kali dibuka pada 1996.


KFC adalah francaisi bagi KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan India yang mengendalikan lebih 560 cawangan KFC di keempat-empat negara tersebut.





















No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...