Saturday, April 17, 2010

Kopi Adabi

Sasar jualan RM1 juta menerusi Kopi

Adabi perkenalkan konsep Van untuk luaskan pasaran tempatan




Adabi Consumer Industries Sdn Bhd mensasarkan jualan sebanyak RM1 juta dalam tempoh enam bulan menerusi produk Kopi Adabi tahun ini.

Pengurus Pemasarannya, Adrian Roslan berkata, syarikat yakin dengan sasaran itu memandangkan jualan produk itu kini mencecah RM500,000 sebulan.


Menurutnya, sejak dilancarkan Ogos tahun lalu, produk itu telah menunjukkan peningkatan ke atas jualan dan kini menyumbang lima peratus ke atas perolehan syarikat.


“Selain berkhasiat, Kopi Adabi mempunyai formula tersendiri yang memenuhi permintaan pengguna sebagai produk berkualiti sesuai seisi keluarga,”katanya selepas melancarkan Van Kopi Adabi, di Rawang semalam.





Beliau berkata, Van Kopi Adabi adalah medium pengiklanan bergerak dalam meluaskan pasaran tempatan terutama di kedai-kedai makan, kafe serta warung-warung seluruh negara.


“Kami telah menyediakan 14 unit Van Kopi Adabi yang akan bergerak ke setiap pelusuk negeri meliputi kawasan bandar dan desa termasuk Sabah dan Sarawak,”katanya.


Menurutnya, syarikat melabur RM1.5 juta untuk tujuan promosi dan pengubahsuaian imej van tersebut.


“Van itu juga adalah strategi kami dalam mengukuhkan perkhidmatan di samping menyalurkan maklumat yang tepat tentang produk kepada pengguna,”katanya.


Beliau berkata, menerusi program itu, syarikat mensasarkan untuk meneroka 10,000 premis makanan dalam tempoh enam bulan.


“Bagi mencapai sasaran itu kami menjangkakan akan berada di 30 premis makanan sehari,”katanya.


Adrian berkata, selain menumpukan pada pasaran tempatan, Kopi Adabi juga kini dalam perancangan untuk menembusi pasaran Timur Tengah tahun ini.


“Untuk tujuan eksport, kami masih lagi dalam penyelidikan kerana setiap negara meletakkan syarat dan peraturan yang tersendiri.


“Bagaimanapun, Kopi Adabi mempunyai kelainan tersendiri dari segi rasa dan khasiat,”kata Adrian.


4 comments:

  1. hai saya dah minum kopi adabi,memang best.tapi sekarang tolong berikan no hp pengedar kopi itu di kawasan kuching.kalau ada vacant untuk mengedar boleh saya tau.

    ReplyDelete
  2. sabah serawak Keningau? mana?

    ReplyDelete
  3. alarabi Ana fb alkuliah@yahoo.com.sg

    ReplyDelete

thnks for your comment...