Wednesday, July 13, 2011

Dunia Herbs pelbagaikan bidang niaga

Teruskan komitmen jadi pengeluar kepada produk ekstrak halia

Mukadimah
Setiap wanita mahupun lelaki kini lebih mementingkan soal kelangsingan kerana ramai yang mengutamakan keterampilan. Bagi memastikan personaliti sentiasa anggun dan bergaya, pelbagai produk pelangsingan badan dikeluarkan sebagai membantu orang ramai mendapat bentuk badan yang mereka inginkan. Kini pelbagai jenama dilahirkan dan Dunia Herbs Sales & Marketing adalah salah satu perintis dan pengeluar produk pelangsingan berasaskan pati halia terawal negara yang menggunakan kaedah sapuan losyen.

Pengenalan
Dunia Herbs Sales & Marketing memulakan operasi pada 6 September 2005. Ianya adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya bumiputera dengan memberi fokus terhadap perniagaan dan pemasaran produk kecantikkan dan kesihatan berkualiti berasaskan herba.

Syarikat itu mula menunjukkan potensi berdaya saing menerusi pemasaran produk perintis iaitu losyen Mustajab Pati Halia yang telah pun mendapat sambutan hangat daripada pengguna di seluruh Malaysia.

Produk losyen Mustajab Pati Halia adalah satu-satunya produk pertama keluaran Dunia Herbs. Produk ini sentiasa mendapat sambutan ramai dan laris di pasaran berdasarkan jualan produk yang mencecah 100,000 unit sebulan.

Sambutan hangat pengguna sekaligus merealisasikan visi yang misi syarikat itu yang berhasrat untuk mewujudkan rangkaian produk berasaskan herba sebagai satu kaedah rawatan alternatif masa kini secara selamat dan berkesan; selain menjadi sebuah syarikat korporat yang ternama dan berjaya diperingkat domestik dan antarabangsa khususnya dalam bidang kecantikkan dan kesihatan diri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rushdi Abdullah berkata, ke arah menjadi sebuah syarikat ternama dan disegani Dunia Herbs Sales & Marketing perlu mempunyai hala tuju dan strategi tersendiri dalam memajukan perusahaan ini.

Sebagai komitment kearah pencapaian itu, Dunia Herbs bukan sahaja sering memaparkan tentang keistimewaan produk di dalam akhbar mahupun majalah tetapi menwujudkan laman web bagi memudahkan pengguna membeli secara terus di alam maya.

Jualan atas talian
“Kewujudan pembelian secara atas talian ini sedikit sebanyak membezakan kami dengan pengeluar lain kerana pasaran di alam maya ini lebih menunjukkan kami ke hadapan dan mendahului jenama lain dalam menguasai pasaran,”katanya.

Katanya, saluran baru ini dijangka mampu menggandakan jualan daripada 100,000 hingga 150,000 unit produk serentak selepas membuka peluang rakan niaga secara bersekutu menerusi pembelian secara atas talian dan laman sosial Facebook.

Sistem bersekutu beri keuntungan tinggi
Sistem itu bertindak memberi manfaat daripada segi keuntungan kerana mana-mana ahli yang telah menjadi rakan niaga bersekutu layak menjana pendapatan sehingga 12 peratus daripada hasil setiap pelanggan yang membeli melalui rujukan mereka.

“Program bersekutu diwujudkan bagi memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan meskipun pelanggan yang dirujuk tidak mendaftar keahlian atau membeli pada masa itu,”katanya.

Sistem itu juga menjadi lebih menarik apabila rakan niaga berpeluang mendapat komisen daripada pembelian seterusnya daripada pelanggan yang dirujuk.

“Anda boleh mula menebus komisen selepas jumlah terkumpul melebih jumlah minimum (RM50) yang dibenarkan,”katanya.

Katanya, sistem ini juga menjadi salah satu kaedah jualan secara alternatif bagi memudahkan pelanggan terutama yang kesuntukan masa dan di luar negara untuk membeli selain dipasarkan secara runcit dan borong sejak September 2005 lalu.

Rancang keluar produk baru
Melihat potensi losyen pati halia mustajab mendapat sambutan syarikat sedang merancang untuk memperkenalkan produk baru dan masih mengekalkan ekstrak halia sebagai bahan utama.

“Kami juga sedang meninjau peluang untuk menghasilkan produk baru seperti losyen berasaskan serai, pegaga, limau dan pelbagai ratusan herba kerana potensi barangan ini adalah tinggi terutama pasaran Eropah,”katanya.

Dunia Herbs juga telah meneroka pasaran timur tengah menerusi pelantikan wakil tunggal jualan di tanah Arab dan kini tumpuan juga diberi untuk pasaran asian sekitar negara jiran seperti Thailand.

Dunia Herbs juga sedang menyusun strategi bagi membekalkan produk secara agresif untuk pasaran koperasi serta pasar raya besar seluruh negara.

Perancangan terkini
Bagi mempelbagaikan bidang niaga, Dunia Herbs telah menubuhkan sebuah anak syarikat berkongsepkan perniagaan berbilang tingkat (MLM) iaitu Bumidotcom Sdn Bhd (BDC) memasarkan produk makanan tambahan dan kesihatan. Sebagai permulaan, anak syarikat itu menyasarkan 10,000 penyertaan ahli baru tahun ini.

Rushdi berkata, BDC akan beroperasi menggunakan lesen akta jualan langsung bersama empat produk pengenalan peringkat pertama dengan yuran keahlian sebanyak RM50 seumur hidup.

Menurutnya, syarikat melabur hampir mencecah RM1 juta untuk menubuhkan syarikat baru sekaligus menempatkan semua urusniaga termasuk Dunia Herba berada di bawah satu bumbung.

Beliau berkata sebagai permulaan, syarikat menyasarkan RM10 juta jualan bakal dihasilkan sehingga akhir tahun ini.

“Kami optimis dengan jumlah itu kerana rangkaian produk yang ditawarkan adalah mengikut kemampuan ramai iaitu serendah RM29 hingga RM83 dan bakal mengeluarkan 50 produk sepanjang tahun ini,”katanya.

Rushdi berkata, kelahiran syarikat baru itu juga adalah bagi memenuhi pasaran herba yang kian meningkat dengan nilai pasaran yang dijangka mencecah RM10 bilion tahun ini.

“BDC dan Dunia Herbs akan bergerak seiringan kerana matlamat kami adalah untuk menjadi alternatif kepada perubatan moden bersama produk herba yang tinggi kualitinya,”katanya.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...