Wednesday, July 13, 2011

My Couture tampilkan koleksi eksklusif muslimah

sedia terima tempahan borong dan runcit



Pembekal dan pemborong pakaian wanita berkonsepkan sopan dan sedia dipakai keluaran My Couture Sdn Bhd (My Couture) merancang untuk meneroka lebih banyak segmen pakaian dalam wanita bagi mengembangkan sayap perniagaan pada masa hadapan.

Pengarah Kreatifnya, Hanim Sahrom berkata, syarikat bakal mengeluarkan pakaian dalam wanita berserta aksesori tambahan berjenama sendiri tidak lama lagi.

“Segmen ini nanti bakal menjadi cabang bisnes kedua yang akan bergerak seiringan dengan koleksi My Couture yang lain seperti baju kurung tradisional, jubah rekaan terkini, koleksi abaya, batik dan pareo, kurta, serta hijab dan skraf, ”katanya yang telah membuka butik pertama di seksyen 23, Shah Alam awal 2011 lalu.



Menurutnya, pasaran pakaian dalam wanita mempunyai potensi yang tinggi dan pengalaman yang diperoleh ketika terlibat dengan dunia pemasaran pakaian dalam di salah sebuah syarikat jualan langsung menjadi titik tolak untuk beliau meneroka lebih banyak peluang pada masa akan datang.

“Idea untuk berniaga sendiri timbul setelah lama sangat bekerja makan gaji dan dengan pengalaman yang ada saya yakin perusahaan ini mempunyai masa depan yang cerah lebih-lebih lagi turut mendapat sokongan penuh daripada rakan kongsi iaitu pelakon dan dramatis terkenal Rozita Che Wan,”katanya.



Beliau berkata, RM100,000 telah digunakan sebagai pelaburan untuk membuka butik menggunakan simpanan peribadi.

Katanya, sebagai pembekal, My Couture telah mempunyai lebih 10 pengedar dan jumlah itu dijangka bertambah sehingga ke 50 orang tidak lama lagi apabila telah membangunkan blog dan lama web untuk tempahan di www.mycouture.com.my.



“Sebelum membangunkan laman web dan berurusniaga dalam talian, kami juga telah menerima tempahan secara runcit daripada luar negara seperti United Kingdom, Timur Tengah dan Jerman,”katanya yang kini telah bersedia menerima tempahan secara terus di laman sesawangnya yang telah dilawati lebih 49,000 orang sejak dilancarkan Mei lalu.

Setiap rekaan dan koleksi yang dipasarkan adalah eksklusif kerana diilhamkan sendiri oleh syarikat yang diinspirasi melalui kehendak wanita yang ingin tampil anggun setiap masa.

No comments:

Post a Comment

thnks for your comment...